Review Mamamia Diapers Selesa Untuk Bayi
Mamamia Diapers Selesa Untuk Bayi | Assalamualaikum dan salam sayang.. Baru-baru ini, ciktom scroll online shopping di aplikasi Shopee dan ternampak ada brand diapers baru dijual iaitu jenama Mamamia Diapers. Kebetulan pula nama pampers ni sama dengan nama movie english yang ciktom pernah tengok dulu. So, starting dari itu ciktom tertarik nak cuba bila tengok ada jual diapers jenis “pants” saiz kecil iaitu S. Kebiasaan brand diapers ciktom beli untuk pants tiada saiz kecil tau.
Untuk ibu bapa yang baru nak mencuba diapers yang sesuai dengan bayi korang. Berbaloi beli saiz mini trial pack ni untuk cuba dan harganya berpatutan. Dah alang- alang nak dapat free shipping dari shopee voucher, ciktom beli terus 2 trial pack jenis pants dan juga tape.
Berdasarkan guidelines anggaran berat dengan saiz Mamamia diapers yang sesuai untuk bayi ciktom. Bagi tape, ciktom ambil saiz M manakala untuk pants ialah saiz S. Masa ini berat anak ciktom ialah 5kg lebih.
Mamamia Diapers Selesa Untuk Bayi
So far dah cuba ni tengok anak ciktom sesuai dan selesa pakai diapers Mamamia ni. Yang bestnya diapers Mamamia ni material berkualiti tinggi, cawat jenis lebar serta nipis dan ringan. Walaupun nipis, kadar penyerapan air kencing bayi pun bagus ye.
1- Packaging Mamamia Diapers
Packaging Mamamia Diapers yang comel gambar doraemon! Anak ciktom bila tengok je kartun Doraemon tu kan bukan main excited lagi nak buka tengok isi dalamnya. Pampers anak pun ada gambar kartun tau! Tapi sori lupa nak ambil gambar pampers tu macam mana. hehe…
2- Material Lembut
Bahan berkualiti dengan lapisan kapas lembut yang mengandungi gel super yang menyerap dan mengering dengan cepat. Jadi apabila digunakan kulit bayi ciktom tetap elok lembut dan bebas dari ruam atau kerengsaan.
3- Design Ergonomik
Ciktom suka design Mamamia diapers ni sebab bentuk cawat yang lebar untuk cover punggung bayi dan mengikuti lekukan badan bayi. Tape diapers tu pun elok boleh buka dan pasang balik.
Getah pinggang untuk pants tu pun lembut tau. Takdelah bila nak buka pants tu tinggal kesan getah pada pinggang bayi. Sebab ciktom memang lagi prefer guna pants dari tape. Senang nak pakaikan untuk anak sambil berdiri pun boleh.
4- Kadar penyerapan tinggi
Mamamia ni menggunakan teknologi terkini. Jadi yang ciktom perasan anak kencing pun takde sampai melimpah keluar sebab cepat diserap. Tambahan pula, lapisan dalam diapers turut memastikan peredaran udara berjalan lancar ketika digunakan. Jadi takde masalah kulit bayi jadi ruam. Alhamdulillah bayi ciktom takde masalah ruam atau melecet.
5- Penghantaran yang cepat
Ciktom suka sebab order hari ni. Esoknya terus seller pos tau diapers yang ciktom order. Cara dibungkus pun bagus dan kemas. Mamamia diapers yang dapat elok tanpa sebarang koyakan.
6- Freegift
Siapa geng mak- mak yang tak suka freegift kan? haha.. Dengan minimum pembelian RM50 akan percuma baby apron/ bib. Manakala untuk pembelian RM100 ke atas akan dapat percuma satu apron dewasa yang comel!
7- Ada sijil HALAL
Yang menarik dan guna tanpa was-was ialah Mamamia diapers ini ada sijil Halal dari Majelis Ulama Indonesia (No.Sertifikat: 0017008501117)
Kelebihan Mamamia Diapers
Ciri-ciri yang dinyatakan oleh pihak Mamamia diapers di shopee shop mereka:
- Chlorine Free
- Breathable Layer
- Material as Soft as Cotton
- Irritation Free
- Halal Certified
Baby selesa ibu gembira ❤️
Secara overall ciktom memang suka dengan Mamamia diapers ini sebab kadar penyerapan bagus, nipis dan ringan. Jadi takdelah berbonjol pampers anak nampak bila pakai seluar. Anak pun nampak selesa walaupun kencing banyak. Tetap terasa kering pada lapisan dalam diapers.
Jadi sudah semestinya bila baby selesa ibu pun gembira dan senang hati nak uruskan keluarga dan rumah.
Harga diapers Mamamia ni pun berpatutan dan mampu milik. Ada diskaun dan juga extra free shipping kat Shopee tau.Kalau korang nak beli diapers ni boleh klik pada link seller Mamamia Diapers .
Sharing is caring
alhamdulillah, memang ibu gembira kalo bayi selesa dan tak meragam disebabkan pampers yang best macam ni kan…
Jenama baru yee CT..pertama kali ni Sis dengar…macam nama gelaran adik Sis plak Mama Mia hehehehe
yup jenama baru sis..dari indonesia
Pakai jenis pants lagi sesuai lagi2 kalau anak lasak. Tape ni kalau nak pasang kena pasang betul2. Kalau silap lekat , bila anak bergerak je akan jadi luka kat bahagian kulit anak.
tu sebab ciktom lagi suka pants..nak pakai pun senang..hehe
Sekarang anak saya yang umur 3 tahun dah mula ajar tak pakai lampin pakai buang pada waktu siang. Pengalaman terdahulu kulit anak ada yang sensitif dengan jenama tertentu. Teruk melecetnya kesian tengok asyik nangis sakit.
Jom baca entri terkini akubiomed …Cara atasi masalah SYM Sport Rider 125i semput
Comelnye apron dengan bib tu. Suka kumpul bib baby. Hehe
Jom baca entri terkini Cik Puan Ena …Wordless Wednesday | Menu favourite anak