McDonald’s Introduced New Thai Green Curry Burger and More, Hurry Up and Grab Yours!

McDonald’s Introduced New Thai Green Curry Burger and More, Hurry Up and Grab Yours | Haaa rata-rata kawan- kawan ciktom pasti sukakan makanan fast food macam McDonald’s ni kan? Ciktom dengan husband selalu ternanti- nanti apa la lagi idea dan menu menarik terbaru dari McDonald. Boleh dikatakan semua menu baru McDonalds keluarkan memang ciktom suka, awesome dan sedap!!!

Antara menu yang terbaru dari McDonald ialah McDonald’s Thai Green Curry Burger Series, Mango Desserts, Pulut Hitam Santan Pie dan Fluffy Egg Delights. Wow semua menu memang lazat sangat dengan citarasa resepi dari Thailand.

McDonald’s Introduced New Thai Green Curry Burger and More, Hurry Up and Grab Yours!

McDonald’s Introduced New Thai Green Curry Burger and More, Hurry Up and Grab Yours

Wow tengok jelah semua gambar menu terbaru dari McDonald’s ni memang menggoda betul la. Rasa nak cepat- cepat beli dan rasa semua menu. hihi…

#1 – McDonald’s Thai Green Curry Burger Series

Thai Green Curry Burger ni ada 2 pilihan iaitu sama burger ayam atau burger ikan. Yang lazat ialah burger ni dicampur ramuan dengan sos hijau thai yang pedas dan rasa unik. Lagi bertambah sedap dengan sayur campuran yang fresh bersama roti oblong yang lembut dan gebu.

Actually, menu Thai Green Curry Burger yang ayam dan ikan ni ciktom dengan husband dah cuba minggu lepas waktu balik kampung suami kat Bota, Perak. Serius memang sedap giler Thai Green Curry Burger ni. Meleleh air mata dan hidung makan burger ni sebab sos hijau thai tu pedas gila tapi at the same time ko still nak habiskan. Sebab apa? Sebab sedap sangat tau! Setiap gigitan tu berharga sangat. haha…

Bukan sos je sedap, burger ikan dan ayam tu enak dan crunchy sangat. Makan krup krap2 sekali dengan sayur campuran yang fresh. Roti oblong pun lembut je takdelah keras macam roti burger lain biasa makan tu. hihi..

#2 – Mango Desserts

Perghhh ni pun menggiurkan menu dessert dengan tema Mango. Dah la sekarang musim panas terik, memang kena sangat kalau pekena dessert samaada Mango McFlurry ataupun Mango Sundae. Yang desserts ni ciktom belum sempat cuba. Nak try la minggu ni. hehe…

Tengok jelah Mango McFlurry tu gabungan buah Mango dengan ketulan Oreo confirm meletup. Mango sundae pun sedap bagi korang yang suka kan rasa ali buah mango semata je.

#3 – Pulut Hitam Santan Pie

Wow ciktom tak sangka McDonalds sangat kreatif dalam cipta menu gabungan makanan moden barat dengan tradisional timur iaitu pie dan pulut hitam santan. Pastri rangup pasti bertambah sedap dengan inti pulut hitam yang lemak berkrim serta manis.

Pulut Hitam Santan Pie bersaiz kecil ni memang mudah untuk grab waktu lepas balik bekerja mahupun lunch mahupun ketika bercuti. Yelah dah penat bekerja seharian mesti nak rehat regangkan kaki sambil makan pencuci mulut kan. Heaven gituu..

#4 – Fluffy Egg Delights

Opppsss… belum habis lagi tau! Lagi banyak menu awesome untuk korang cuba ialah Fluffy Egg Delights. Macam anak ciktom memang favourite dia telur. So, nanti boleh Adira dan korang cuba rasa fluffy scrambled eggs sandwiches; Crispy Chicken & Scrambled Egg Sandwich, Sausage & Scrambled Egg Sandwich atau Scrambled Egg Sandwich.

Kalau korang nak lagi umpph boleh combine Hashbrowns atau Iced Latte. For those, tak pernah cuba lagi Iced Latte ni korang kena pergi cuba rasa. Serius memang sedap okay! Especially for coffee lovers.

Nak Makan Sedap Tapi Malas Nak Pergi Beli?

Ada tak kat sini macam husband ciktom yang nak makan sedap- sedap tapi malas benor nak start enjin kereta dan drive pergi beli makanan sedap di kedai? Lagi pulak baru je reda sikit Pandemic Covid 19 kan. Fikir banyak kali nak pergi keluar beli makanan kat luar sana. Jadi sebagai isteri dan pengguna yang bijak ciktom suka guna servis western food near me dari Foodpanda je. Mudah hanya di hujung jari dan tunggu je dorang hantar ke rumah. Bijak tak?? haha..

Jangan lupa keep social distancing dan keep stay at home jika tiada keperluan untuk keluar. Nyawa kita begitu berharga. Jom cepat2 grab menu baru dari McDonalds ni tau sebab biasanya menu baru ni promo limited time.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

2 thoughts on “McDonald’s Introduced New Thai Green Curry Burger and More, Hurry Up and Grab Yours!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!