McDonald’s Malaysia Taja Makanan Kepada Medical Frontliner
McDonald’s Malaysia Taja Makanan Kepada Medical Frontliner | Pengorbanan besar petugas barisan hadapan (frontliner) yang bertungkus lumus dalam menghadapi penularan Covid-19 sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Sejak dari awal negara kita diserang wabak ini lagi, mereka bukan sahaja komited dalam menjalankan tugas. Malahan sanggup mempertaruhkan nyawa demi memikul tanggungjawan dan amanah yang diberikan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan setiap rakyat Malaysia terjaga.
Segala usaha gigih mereka ini amatlah dikagumi dan sememangnya wajar diberikan pujian serta penghargaan. Bagi menghargai segala jasa frontliner yang bertungkus lumus berkhidmat di barisan hadapan, McDonald’s Malaysia telah melancarkan inisiatif tajaan makanan kepada lebih 70 buah hospital menyeluruh di Malaysia.
McDonald’s hantar makanan ke hospital
Penghantaran makanan dilakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu ke setiap hospital. Tajaan makanan oleh McDonald’s Malaysia untuk hospital-hospital ini yang merawat pesakit COVID-19, menjangkau sekitar 30,000 pekerja penjagaan kesihatan (medical frontliners). Usaha McDonald’s hantar makanan ke hospital ini telah dijalankan sejak 24 Mei dan dijangka tamat pada 30 June 2021.
Seruan #KitaBoleh Menyatukan Rakyat Malaysia
Inisiatif terkini McDonald’s Malaysia ini merupakan kesinambungan seruan #KitaBoleh yang dimulakan oleh McDonald’s semasa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) pertama tahun lepas. Ini adalah salah satu usaha murni McDonald’s Malaysia yang cakna tentang keadaan dan isu semasa negara.
Untuk pengetahuan korang, seruan #KitaBoleh yang dimulakan oleh McDonald’s Malaysia di platform media sosial adalah bertujuan untuk meningkatkan semangat semua rakyat Malaysia untuk terus bersatu dan menjaga semangat juang walaupun pada masa-masa sukar. Usahlah kita saling menuding jari mencari salah siapa tapi sebaiknya bersama kita bersatu padu, jaga diri dan patuhi SOP yang telah ditetapkan demi melawan virus Covid 19.
Panggilan #KitaBoleh juga merupakan panggilan nasional untuk memberitahukan keberanian diantara para barisan hadapan yang bekerja tanpa lelah dalam memerangi wabak tersebut. Selain usaha McDonald’s bantu frontliner, kita juga boleh membantu frontliner dengan mengamalkan SOP yang disarankan oleh kerajaan.
“Sudah lebih dari satu tahun sejak Perintah Kawalan Gerakan (MCO) pertama dilaksanakan di Malaysia. Sejak itu, kita rakyat Malaysia telah melalui pelbagai fasa kehidupan sepanjang pandemik ini “, kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.
“Apa yang tetap konsisten sepanjang masa-masa mencuba ini adalah ketekunan berterusan para barisan hadapan kami, yang pekerjaan hariannya menjadikan kehidupan kita lebih selamat setiap hari ketika kita melawan wabak ini,” tambah Azmir.
Azmir turut menghargai pasukan restoran McDonald’s yang telah bertungkus lumus bertugas untuk menghantar makanan ke hospital-hospital dan membuatkan petugas barisan hadapan tersenyum dengan kegembiraan apabila menerima makanan kegemaran mereka.
Alhamdulillah usaha McD taja makanan petugas kesihatan ini memang ciktom sokong sangat kerana memberi penghargaan kepada frontliner yang sanggup mempertaruhkan nyawa, masa dan tenaga demi merawat pesakit Covid 19.
Tahniah ciktom ucapkan kepada McDonald’s Malaysia yang sentiasa ambil peduli dan tidak putus memberikan pelbagai sumbangan kepada rakyat Malaysia. Semoga segala usaha murni McDonald’s ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dan dapat membantu mereka yang lebih memerlukan.
Sebagai rakyat Malaysia jom kita support frontliner dengan jaga diri kita, patuhi SOP dan patuh kekal di rumah jika tidak ada keperluan untuk keluar sepanjang PKP berlangsung. Sama-sama kita doakan semoga wabak Covid-19 terhapus dari muka bumi. Amin…
Untuk maklumat lanjut mengenai McDonald’s Malaysia, korang boleh juga layari website rasmi, https://www.mcdonalds.com.my atau facebook, www.facebook.com/My.McDonalds/
Sharing is caring
Alhamdulillah…sesekali kena juga hargai frontliner yang berkorban setiap masa sepanjang pandemik ini
Tahniah MCD! Untuk rakyat pulak, jangan lupa daftar vaksin, ini lah cara kita hargai frontliners.
Thank you McDonald’s sebab menaja makanan buat fronliners. Inisiatif yang sangat bagus.
Tahniah mcd malaysia diatas inisiatif ini..
Tahniah buat McDonald’s Malaysia atas inisiatif menghargai pengorbanan dan jasa para frontliners perubatan.
Tahniah buat Team McDonald’s Malaysia kerana prihatin dan menghargai pengorbanan dan jasa frontliners kita. Keep up the good work!
Jom baca entri terkini Faisal Badry …6 Tips Bagaimana Nak Tingkatkan Motivasi Diri. Tips #6 Adalah Tips PERCUMA Yang Ramai Tak Nampak
Terima kasih atas prihatin mcdonals malaysia