Menyampah tengok mamat psiko ni! grrr…..
Grrr…. menyampah betul tengok mamat psiko ni! Ish… sehari kalau tak nampak dia memang tak sah. Apa la nasib diri cik tom ni.. Sejak kenal mamat psiko ni kan… Tidur malam tak cukup lena. Rasa dah tukar jadi burung hantu, asyik tidur lewat malam je. Nasib badanlah… grrr…
Korang tau tak apa tue psiko? Kan bebel panjang2 mamat psiko ni tapi tak faham maksud psiko tak best jugak ekk…
Apa itu psiko?? Psiko adalah seseorang dengan buah fikiran yang luar biasa dari fikiran normal. Psiko tidak sama dengan gila kerana pelakunya sedar sepenuhnya atas perbuatan yang dilakukan. Kebanyakan orang yang hebat biasanya termasuk dalam kategori psycho. 15-20% psycho terdiri dari golongan yang melakukan jenayah a.k.a criminal. Selebihnya adalah memiliki peribadi yang berpenampilan sempurna, pandai bertutur kata, mempesona, mempunyai daya tarikan luar biasa dan menyenangkan. Penghidap penyakit psiko ini sukar disembuhkan.-wikipedia–
Mesti ada yang cakap, ishhh tak baik la cik tom ni. Memandai je label orang psiko. Macam mana cik tom tau dia tue psiko ke tak? Ok.. cik tom cakap mamat ni psiko based on 6 ciri-ciri lelaki psiko.
Ciri-ciri Lelaki Psycho
- Ego dan menganggap dirinya hebat
- Bijak manipulatif
- Bertindak agresif dan suka tidur larut malam
- Tidak punya rasa sesal dan bersalah
- Biasanya mempunyai IQ yang tinggi
- Sikap acuh tak acuh
Cik tom tak kenal sangat pun mamat ni. Bercakap dengan dia pun tak pernah lagi. Tapi mamat ni suka psiko cik tom thru blog dia. Pasal mamat dan blog dialah cik tom jangkit penyakit susah nak diubati ni. Yelah mesti blog mewakili perangai tuan dia kan. Tuan blog psiko=blog psiko. Menyampah betul tengok blog dia yang psiko tuee. Meh cik tom review one by one ciri-ciri blog psiko yang suka sangat psiko cik tom.
Ciri psiko 1: ego dan menganggap dirinya hebat
Point pertama, blog psiko ni memang EGO dan poyo. Tak percaya? pi try masuk blog mamat ni >>Blog mamat psiko<< Pastu tengok apa yang dia tulis atas posisi belah kiri header blog dia?? korang pandai2 la tengok.. malas nak cerita lebih kalau tuan blog pun dah mengaku. Tak gitu?
Ciri psiko 2: Bijak manipulatif
Tak percaya jugak ek?? Tajuk artikel2 mamat ni dalam blog memang psiko giler. Buat sesiapa tak keruan & psiko kita WAJIB nak datang baca. Gaya penulisan mamat ni kadang merapu tapi itulah yang buat kita senyum2 je bila baca. Kadang2 jadi hanyut dalam khayalan Maikel & Mercidez dia tue. Entah wujud ke tak?? Sehari tak singgah baca blog psiko dia boleh tak tidur lena.
- Aku nak bagi korang jeles – 4 gambar hasil duit online dari blog. Tak kuasa dah den nak jeles!
- RM175 celah gigi -huh… senang sampai lekat celah gigi je tue nak dapat RM175-

Ciri psiko 3: Bertindak agresif dan suka tidur larut malam
Ini memang tip top betul. Cuba pi tengok blog dia part category buat duit. Giler punya agresif sampai berlambak entri komisen itu dan ini. Naik juling mata kita tengokk. Ada satu komisen ni sampai ke 100x dah dapat. Entah nujum mana dia menuntut pun kita tak tau. Bab suka tidur lewat malam tue tengok jelah time dia publish entri blog dia. Memang laju je time lewat malam.
Ciri psiko 4:Tidak punya rasa sesal dan bersalah
Memang entri-entri di blog psiko ni langsung takde rasa bersalah atau sesal pun. Siap suruh pembaca blog dia “sila cemburu“. Psiko tahap mahaguru dah ni.
- Sila cemburu -no komen-
Langsung tak rasa bersalah letak salji berguguran. Rasanya dulu dia pernah bagitahu tak suka singgah blog camtu. Aik tengok2 blog dia pulak yang buat. Apa motif letak efek animasi salji berguguran? Dalam hati ada taman ke? huhu.. Nasib baik ringan lagi nak load. Kalau tak dah laju-laju klik “X”.
Ciri psiko 5:Biasanya mempunyai IQ yang tinggi
Ni cik tom akui memang IQ mamat ni tinggi. Kalau tak macam mana dia pandai bagi umpan terbaik kat blog dia? Sampai berduyun-duyun ikan duyung dugong semua datang makan. Pernah taip 100 artikel sehari? Memang kerja gila tapi tak mustahil. Orang bijak dan kacak je pandai manage duit dan dah setel bayar hutang PTPTN.
- Nampak sangat aku dah tua..-Tersirat nak bagitau sebelum ni senang2 je mamat ni hasilkan 100 artikel sehari! Tue bukan namanya psiko ke??
- Makan cendol 15 hari berturut-turut-Menang top refferal dari insentif tunai blog mama murai sampai boleh makan cendol 15 hari beb!
- Manusia mudah lupa bayar hutang kan.- Ni psiko lagi… mamat ni dah setel bayar hutang PTPTN pada Disember 2011. grrr..
Tue baru citer bijak part tue. Kalau kira IQ dia dalam target alexa rank, pagerank, keyword, trafik blog kat blog psiko dia tue boleh buat entri by part. Hmm malas eh citer.. Korang pergi je lelaju tengok blog dia ada citer pasal ranking blog yang cun dalam entri yang lepas-lepas.
Ciri psiko 6: Sikap acuh tak acuh
Pesal lu tak letak link related post untuk setiap entri kat blog lu?? Ish lu ni acuh tak acuh je ek. Dah la psiko gua pi blog lu suh komen banyak2. Pastu susah kan gua pulak nak kena pi godek kat sitemap lu tengok entri. Kalau lu malas install je plugin related post kat blog lu.. bukan susah sangat pun. –cuba tiru style lu gua..tapi pelik rasanya..haha ;D–
Kenapa ek gambar income tue acuh tak acuh je tak letak watermark kat gambar dalam blog? Kita dah pernah jumpa screenshot income awak tue blog lain curik. Owner blog tue siap mengaku income tue dia punya hasil jana wang online. Dah tengok yakin tue bukan blog awak. Tak baik kan.. ish2… ciann wakk. Pasni rajin2 la letak watermark ek.. Kalau malas takpe boleh upah kita je,,, Satu pic kite charge murah je $3…
Tapi dalam banyak psiko, ada la entri blog mamat psiko ni buat kita tersenyum riang. Hati bunga-bunga gitu. hee…. Terima kasih ye awakk. Ni rasa nak apply no. 4 ada kosong lagi tak?? hahahaa…. –cuba tiru style kita awak. erk rasa gedik..-
- Apa itu Domain Authority dan Kelebihannya
- 15 blog Malaysia yang mempunyai Domain Authority tak terkalah.
- 10 blogger terbaik Malaysia – Why I Choose Them?
****************************************************
Dah2 stop menaip. Makin merapu pulak jadinya. Ni semua penangan bedah siasat sitemap dari mukasurat 1 hingga no. 23. Nak terima kasih banyak2 sebab mamat & blog psiko dia salah satu sumber inspirasi cik tom untuk lebih serius dalam jana wang secara online. Walaupun mamat ni tak pernah pun direct ajar cik tom macam mana caranya tapi entri-entri psiko di blog dia tue la banyak cabar diri cik tom dari “STOP SAYING I WISH…START SAYING I WILL“
Apa yang mamat ni psiko cik tom sampai menyampah??? Haa semua cik tom dah cerita dalam tue. Pandai2 la cari point. Kalau lain kali berpeluang jumpa insyaAllah cik tom akan ucap terima kasih directly dengan mamat ni. Nanti cik tom belanja cendol 10 tingkat eh silap 10 mangkuk. hehe..
Contest Review Tak Terkalah ini dianjurkan oleh Ahmad Faizal dan Earncent.com dan ditaja bersama oleh Sara, Syukri Tahir, RahsiaDuitFree, IlaZainal, Blackrosehunter, dan Nuristimewa.
nota jari lenguh menaip: saje taip panjang sebab mamat ni memang malas baca artikel panjang2. Komen pun ciput ikut suka hati dia je. haha… Tak kira kali ni lu wajib baca sampai habis 1163 patah perkataan! |
Sharing is caring
pendek ni je lu mampu tulis? hoho..
Jom baca entri terkini titan …10 sebab renungan gadis bertudung comel sangat merbahaya
panjang lagi boleh…tapi lu kan tak suka baca panjang2…huhu
wah, lu sanggup jadi bini nombor 4 gua kah? haha..
Jom baca entri terkini titan …Ramai gak yang tak puas hati dengan gua.
bagitau “rasa” je..xsanggup punn…haha…
nak tunggu jadi bini no 4 lu rasanya xkawin2 la gua jwbnye…
Wakakakakkakakaaa
suke sgt diaaa….
fuyooo.. ok gua sokongg
Jom baca entri terkini Datin Tyka …Jom Review Cikgu Titan Tak Terkalah Ni
haha…lu sokong mana satu ni??
sokong cik tom jadi no 4
Jom baca entri terkini Datin Tyka …Barang Baik Punya
tgk…psiko jer komen dia…hahahhahaa
Jom baca entri terkini hafizmd …Belum Cukup 5 Entri Affiliate tapi…
aik no 1 tak de buka lagi camner nk jadi 4 haaaa
Jom baca entri terkini suri …Hanya 9 Hari Sahaja !
Fuh memang psiko mamat ini sebab kegemaran suka makan cendol. 🙂
Jom baca entri terkini akubiomed …DiGi’s Menang Besar Contest dengan reload sahaja
kan2 blog dia memang psiko sekali dgn tuan dia..bila lagi amik peluang nak review kasi mantap gitu..hik3 ;p
mmg MANTOP review ni cik tom…
ambe rasa, ambe dah nampak pemenangnye!
Jom baca entri terkini hafizmd …Belum Cukup 5 Entri Affiliate tapi…
feh seronok betul ciktom mengenakan titan..haha
Jom baca entri terkini afif …Kursus Affiliate Buang Duit?
bila lagi kan..biasa titan suka kaw2 kenakan org lain…ehehe…titan jgn marah ye..nanti kena juaalll…
tu la..ramai sekrang tiru screenshot orang ni..nak bagi orang lain pcaya yang dorang dh berjaya.memang kene buat watermark ni..
gua takde hal. gua ok. haha..
Jom baca entri terkini titan …Ramai gak yang tak puas hati dengan gua.
manusia skang..suka kerja mudah…pemalas!
la. nak wat camana, dah gua memang pemalas.
Jom baca entri terkini titan …Ramai gak yang tak puas hati dengan gua.
ish mamat ni,,,tue bukan komen psl lu la…tue gua komen org yg suka curik gambar income lu tue pemalas,,,isk2 -.-
Jom baca entri terkini ciktom …Tudung Labuh Berkualiti Mengikut Syariat di InspirasiHana
headline saja dah cukup psiko..ada peluang menang besar nie..insya Allah.
Jom baca entri terkini kakiblog …Kemaskini Tentang Top 10 Komentar Di Kakiblog.my (ii)
amin…best kalau betul masin mulut eh ke masin taip..hahaha…
haha…mmg la en titan ni..ramai xpuas hati dengan dia sebab bajet ego dan kacak..kena paggil pulak mamat psiko..hahaha
Jom baca entri terkini FaizAlias …Lubuk Duit Untuk Newbie
haha..tue kira metafora je lebih…
All the best ciktom..
Jom baca entri terkini ciklaili.com …Tips Buat Duit Dengan Blog
thanks akak 🙂
Good luck cik Tom dengan mamat psyco tu ya..
Jom baca entri terkini Raudzah …Asteroid gergasi melintas bumi
doa2 la menang dpt hadiah no 1…hehe
ok cik tom plak jodoh dengan dia. hahaha
Jom baca entri terkini Datin Tyka …Jom Review Cikgu Titan Tak Terkalah Ni
hahaa…takdelah..gurau main2 je…
ini bukan cobaan.. ini betul betul
Jom baca entri terkini Datin Tyka …Barang Baik Punya
cis mamat yang ini memang psiko habis
Jom baca entri terkini onlajer …Tak Terkalah Mei
haha..ramai rupanye pendam rasa kat lu titan 🙂
hahahaha….ambe baca tajuk, dah boleh agak sape yg cik tom nak citer…
serius, tak tahu entri ni utk kontest tu…last2 baru perasan…
pandai cik tom…psiko jugak ni! hehehehe
Jom baca entri terkini hafizmd …Oh! Cermin Mata:Kedai Cermin Mata Terkini Berkualiti
ha ambe dha dpt agak..habislah mana ceruk nk lari lagi en cikgu
Jom baca entri terkini suri …Blogger Yang Paling Banyak Bercakap_05/2013
psiko?…betullah tu..
haa tue dah ada yang mengaku..huhu
Memang menyampah..rasa nak baling cendol je…ehh,silap2..rasa nak suruh mamat ni belanja cendol je…
Jom baca entri terkini eyriqazz …3D2N Hadiah Percutian ke Bali
hahaa..jangan2 nanti titan tak kasi menang…
Jom baca entri terkini ciktom …Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati
baling memang ganas
Jom baca entri terkini suri …Kita Akan Lebih Bersopan Santu Apabila..
psiko habis mamat tu yer.sampai ada 1malam tu eca jadi silent reader SEMUA blog dia tu..ish ish ish~
Jom baca entri terkini ecadwinkyasha …Bulan Mei yang …
wooot eca pun dah jangkit penyakit stalker ni..payah xde ubat tauu..
huhu habislah dah dikatakan physco plak dah
Jom baca entri terkini eiela …9s Jika Belum Berjaya – Dr. Azizan Osman
hahaha….trademark baru..best jugak tue…blogger kacak..cendol banting..ain maisarah…mamat psiko..hik3 ;p
eila satu alam di putarkan entri ini
Jom baca entri terkini suri …Ucapan Untuk Bapa
Jgn gado2 .. Org tue ckp ada jodoh..hihibi
Jom baca entri terkini Alin Marlini …Epic Movie
mana ada gaduh…gurau2 je ni..huhu
setuju mana tahu jodoh antara blogger ada juga sedia terjadi
Jom baca entri terkini suri …Hanya 9 Hari Sahaja !
psikopatik membacanya.. nampak ada jodoh disitu
Jom baca entri terkini zolar …Perlawanan akhir Piala FA 2013 di Stadium Nasional Bukit Jalil
baca entri ni pun jadi psiko?? haha…
Woww! Ini ungkapan yang Asyrof boleh katakan.
Ingatkan artiekl Asyrof je gempak. Rupanya artikel Cik Tom pun boleh tahan. Hahah! ..
Memamng terbaik. Nampaknya peminat Cendoldah tahu nak letak blog Cik Tom ni dalam list pemenang No. berapa? … Hahah!
Tahniah Cik Tom, seronok baca. Serius … 🙂
Jom baca entri terkini Asyrof – Blogger Tanah Arab …Ini Kalilah. Komen Ikhlas, Menangi Hadiah.
kena bagi gula2 tambat hati mikael dengan mercidez kalau nak menang…hihi…
ada potensi utk menag ini kita punya entri juga yang sedang-sedang
Jom baca entri terkini suri …06:05:07 PM Siapa Nak Bagi !
pompuan pun ramai psiko….ahahaks
Jom baca entri terkini reezluv …Komen Pelik Di WordPress Blog
eh2…cik tom xde pun summarize lelaki or pmpn ke yg ramai psiko..ni entri fokus sorang mamat ni je…xpe tunggu reez buat versi pmpn psiko plk…hik3
cik tom pulak memanipulasi mamat psiko..hahah
Jom baca entri terkini diana …SUAMI TAK BOLEH……
suka entri ni
aku senyum sampai noktah terakhir
hehe
Jom baca entri terkini TehR …Lagu Pilu Orang Kahwin
hahahahaha…mati2 SA ingat mmg wujud mamat psico yg digambarkan..rupanya Mr Titan…hehehehe…nice entry..
buat suspen aje…ingat mamat mana yang lorak tu… 🙂
Jom baca entri terkini Rahmat Ariffin …Bila Anak Saudaraku Balik Kampung!
lorok..bukanlah lorat der jenis yang banyak kisah
Jom baca entri terkini suri …06:05:07 PM Siapa Nak Bagi !
entry nie pun psycho panjang sgat haha
Jom baca entri terkini Khairul Zamri …5 Tips Mudah Atasi Kekeringan Idea Menulis Blog
kaci kacau sungguh2 ini
haha..kutuk habis2an sementara boleh kutuk..mamat cendol yang menjadi kegilaan ramai
Jom baca entri terkini hafizrahim …Komisyen Pertama AssignJobs.Com
Habislah en titan…terbaik lah cik tom…selamat maju jaya..hahahaha
Jom baca entri terkini Hafizul …Wordless Wednesday #54 – Yeahh I Know, Im Not Your Choice
sampai tidur tak lena.. mandi tak basah.. makan tak kenyang cik tom dibuatnya.. he.he.he
Jom baca entri terkini Hairul Hissam …Cara Memulakan Perniagaan Bisnes Makanan
ada makna ni….hahahaa
Jom baca entri terkini hafizmd …Belum Cukup 5 Entri Affiliate tapi…
agaknya masa buat entri ini agaknya
Jom baca entri terkini suri …Bila Si Dia Buat Hal
oh….name dia same daa…
mamat psiko yang hebat…
Jom baca entri terkini daddydee …Medidik Dalam Filem : Perginya Seorang Lagenda
Cepat betul dia naikkan ranking alexa dia ya, cane tu dia buat
Jom baca entri terkini sabree hussin …Akses Facebook Untuk Rakyat Malaysia Akan Disekat?
memang saiko mamat tue. Aku pon nyampah .hahaha. Entry baiikkk punya 🙂
Jom baca entri terkini kodinz …Buat Blog Memang Senang Tapi Sebenarnya….
hohohoho ingat pe la tadi..hihih 🙂
Ini antara entri yg ambe rasa cukup power utk kontest ni.
Serius, mmg best! tahniah cik tom
menyampah nanti dah suka macam mana?
Jom baca entri terkini suri …Etlingera Eliator
memang psiko lah mamat tu.
patutlahh ciktom menang review tak terkalah… tahniah ye 😉
Jom baca entri terkini Ummi Hanie …Wordless Wednesday #69: Zaid Presley… ada gaya tak? 😉
review blognya bagus sekali Sis, semoga sukses dengan kontes ini 🙂
Jom baca entri terkini Rina …Project : Make A Google Pagerank Prediction Tool
En titan..aku baru nak belajar memblog..trbuka blog.cik.tom..best and sharing.aku.kenal.en titan mlalui blog dia..ajar la aku.ciktom..
mamat yang ini memang psiko habis….
Jom baca entri terkini Hanif Menhad …SETUP MAXIS SKMM DI ANDROID
hehehe.nape ni ciktom…..lama tak jumpe…rindu paprik ciktom