Mom Blogger Top Referral Contest

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…. Contest ketiga tahun 2014 yang mudah syaratnya sehingga terbuka hati cik tom untuk join. Contest ini anjuran mom blogger, Ummihanie. Pada yang nak join boleh klik je banner bawah untuk link ke entry blog ummihanie ye.

Dulu cik tom pernah join contest top refferal iphone 5 anjuran ummiehanie.com dan menang cuma lupa pulak no. berapa. hehe…

Zaman sekarang, semakin ramai wanita yang mula mengorak langkah melakukan kerja online dari rumah dengan segala kemudahan akses internet hanya di hujung jari. Konsep bekerja dari rumah ini atau lebih dikenali Small Office Home Office (SOHO) bukanlah satu perkara yang asing di Malaysia malah semakin diterima oleh masyarakat.

Salah seorang daripadanya ialah mom blogger yang dikenali di dunia blog dengan nama Ummi Hanie yang rancak melakukan bisnes online dari rumah semenjak tahun 2008 lagi. Wah hebat kan?

Bagi cik tom bukan mudah seorang ibu yang mempunyai 5 orang anak untuk bahagikan masa diantara fokus bekerja di rumah dengan perhatian terhadap anak-anak kecil. Ni tak termasuk lagi jika terdapat keletah anak yang agak sikit nakal suka mengusik ibu ketika melakukan kerja.

Tahniah!! atas kelahiran baby baru no 6.pada bulan 29 Oktober 2013 yang lalu. Kalau ada cakap anak ramai halangan untuk berbisnes sila lihat contoh sis ummi as mom blogger yang korang boleh jadikan inspirasi ni ye!

Pada awalnya sis ummi menjual online menggunakan platform blogspot; Blogshop: Pink Muslimah Store dan kemudiannya dengan lebih serius tubuhkan e-commerce; Annisa Biz Center pada Mac 2013 yang menjual pelbagai jenis produk termasuk handbag jenama Coach, busana muslimah, Corelle, tepung kek dan banyak lagi.

Header blog ummihanie[dot]com yang menarik
Header blog ummihanie[dot]com yang menarik

Hasil pemerhatian cik tom sepanjang kenal di alam maya, sis ummi ni seorang yang rajin dan berusaha dalam menjana pendapatan dengan blogging. Mana taknya.. rasanya sepanjang tahun 2013 dah lebih 3 kali blog bertukar header dan juga theme blog. Bagi cik tom nak renovate blog boleh pecah otak main coding dan segala error yang muncul. huhu..

Hasilnya memang blog utama dan e-commerce ummihanie tersusun kemas entri serta sidebar dan nampak menarik. Penggunaan warna yang lembut dan latar background putih memang mendamaikan mata setiap kali berkunjung. Blog pun mantap siap ada iklan google adsense tue…

Sedikit cadangan maybe sis boleh ubah lokasi tab menu “home, hubungi, peta lama, advertorial, kedai online, travelog” ke bawah header untuk memudahkan pengunjung blog melihatnya. Sebab header agak besar sehingga terlindung tab menu.

Harapan cik tom semoga bisnes online sis ummihanie semakin sukses dan kalau rajin boleh share tips-tips menarik untuk membantu lebih ramai wanita di luar sana yang berminat untuk tahu bagaimana cara menjana pendapatan dengan bisnes online dari rumah.

Jom ramai2 join contest mudah dan support sis ummi di entri; Mom Blogger Top Referral Contest.

Mom Blogger Top Referral Contest dianjurkan oleh ummihanie.com 
dengan kerjasama AnnisaBiz dan Ziefauzi.com“.

Nota kecik: maaf masih tak boleh ubah tabiat taip entry panjang..hehe

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

25 thoughts on “Mom Blogger Top Referral Contest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!