Motivasi Diri Dengan Hadiah Untuk Diri Sendiri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…. Kebiasaannya kita hanya akan memberi hadiah kepada orang lain sempena satu tarikh yang istimewa seperti tarikh lahir, perkahwinan dan sebagainya. Namun, kita seringkali terlupa untuk menghadiahkan diri kita sendiri sebagai satu tips motivasi diri selepas kita penat bertungkus lumus dalam mencapai sesuatu target atau matlamat yang disasarkan. Kita berhak untuk memberikan hadiah kepada diri sendiri mengikut kemampuan masing-masing sebagai cara untuk meraikannya. Cara ini akan meningkatkan lagi motivasi dan produktiviti kerja yang lebih bagus bagi masa akan datang.

Tips motivasi diri dengan hadiah diri sendiri ini cik tom belajar dari kawan cik tom, Nur Suhada binti Ribut ketika sama-sama belajar Diploma Sains. Masa belajar cik tom biasanya hadiahkan diri sendiri dengan buku-buku, handphone dan shopping mengikut bajet yang ditetapkan. Tapi selepas menginjak ke alam pekerjaan, cik tom lebih suka menghadiahkan diri dengan barang kemas. Tahun lepas dalam bulan 10, cik tom beli seutas rantai tangan emas berat dalam 7g. Manakala semalam, cik tom beli loket emas dalam 5g. Cik tom pilih hadiah berasaskan emas kerana Cik Tom Pilih Emas Sebagai Simpanan Masa DepanAlhamdulillah bersyukur pada Allah atas segala rezeki yang diberi walaupun cik tom masih tidak mendapat kerja tetap.

Loket emas 916

Hadiah yang diberi tidak semestinya mahal tapi boleh memberi impak yang bagus pada diri sendiri sebagai satu semangat motivasi diri yang bagus. Tapi beringatlah upah atau hadiah untuk diri sendiri mestilah berpada-pada dan janganlah melebihi bajet kewangan yang ada.

Korang pernah hadiahkan diri sendiri bila capai sesuatu target?? Kalau ya, apa jenis hadiah yang biasa dihadiahkan pada diri sendiri??

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

37 thoughts on “Motivasi Diri Dengan Hadiah Untuk Diri Sendiri

  • April 19, 2012 at 10:11 pm
    Permalink

    ye… itu pilihan yang bijak..

    klo beli fon, harga makin turun~

    Reply
    • April 21, 2012 at 10:55 am
      Permalink

      aah harga handphone mmg makin turun..emas lagi secure untuk jangka masa panjang..

      Reply
  • April 19, 2012 at 10:27 pm
    Permalink

    hehe..saya mmg tak lupa nak hadiahkan diri sendiri.
    hadiahnya ikut tahap pencapaian dan tahap kewangan semasa.
    hadiah paling mudah..makan2 kat tmpt yg special dari biasa.

    Reply
    • April 21, 2012 at 10:56 am
      Permalink

      seronok kan bila dapat bagi hadiah untuk diri sendiri..makan2 pun seronok 🙂

      Reply
  • April 19, 2012 at 10:30 pm
    Permalink

    satu pelaburan yg pasti menjanjikan hasil yg lumayan, harga emas semakin melonjak le ni 🙂

    Reply
    • April 21, 2012 at 10:54 am
      Permalink

      cik tom tak melabur dalam emas cuma menyimpan emas..biasa pelaburan emas ini macam dinar emas dan jongkong emas…yup emas akan sentiasa naik dari tahun ke tahun..

      Reply
  • April 20, 2012 at 8:48 am
    Permalink

    wahh..syoknyaa..teringin jugak nak menghadiahkan diri mcm tu..untung masa depan jugak..tapi x mampu lagi..hehe..

    Reply
    • April 21, 2012 at 10:53 am
      Permalink

      xpe nanti husna bkemampuan akan dtg boleh buat..

      Reply
  • April 20, 2012 at 9:04 am
    Permalink

    Sayam, aritu Shag baru je hadiahkan diri sendiri CD. Haha. Konon nak motivasi kan diri untuk p hiking lagi. Keke 😛

    Reply
    • April 21, 2012 at 10:51 am
      Permalink

      wah siap beli CD lagi…wah seronoknya hiking..nak ikut..hehee

      Reply
  • April 20, 2012 at 9:24 am
    Permalink

    Kalau kita bersyukur, Allah tambah rezeki kita. Tapi bersyukur bukan bermaksud kita tak berusaha, betul x?

    Reply
    • April 21, 2012 at 10:50 am
      Permalink

      ye betul…kalau kita bersyukur Allah akan tambahkan lagi rezeki kita..dan juga teruskan berusaha utk dpt keredhaannya..insyaAllah…

      Reply
    • April 21, 2012 at 10:48 am
      Permalink

      bagus2..lagi semangat nanti nak kerja n berblog..hii

      Reply
  • April 20, 2012 at 2:21 pm
    Permalink

    Hadiah untuk diri sendiri ni mmg motivasi diri yang terbaik.. lg satu ia akan menjana perasaan atau feel yang positif dalam diri supaya dapat melakukan satu2 kerja dengan penuh semangat…hehehe… tp kalo hadiahkan diri sendiri dengan beli barang kemas tu.. mmg terbaik la.. selain motivasi diri dpt memenuhi keinginan sendiri..heheh.. nice admin..

    Reply
    • April 21, 2012 at 10:47 am
      Permalink

      utk pmpn sesuai la jgk brg kemas utk motivasi diri..lelaki kena cr hadiah yg lg sesuai..tq miss amy 🙂

      Reply
  • April 20, 2012 at 8:37 pm
    Permalink

    Biasa juga beli hadiah untuk diri sendiri
    Tapi memang kena tengok poket gak la
    Hehe

    Reply
    • April 21, 2012 at 10:32 am
      Permalink

      yup nak hadiahkan diri sendiri kena tengok bajet jgk..kl x xkeruan nanti jadinya..hee

      Reply
  • April 20, 2012 at 11:17 pm
    Permalink

    Saya pun berminat dengan emas..tapi masih x berkesempatan utk mengumpulnya

    Reply
    • April 21, 2012 at 10:31 am
      Permalink

      takpe nanti ada masa boleh kumpul sikit demi sedikit..sbb cik tom pmpn suka brg kemas..faisal maybe boleh beli dinar emas or jongkong emas..

      Reply
      • December 29, 2018 at 7:58 pm
        Permalink

        Salam cik tom..kalau beli dinar atau jongkong emas, se eloknya simpan sendiri atau simpan dekat bank? Kalau simpan dkt bank, brapa kadar cas? Dan ia mngikut bulan ke macam mana cas tu

        Reply
        • March 24, 2019 at 2:37 am
          Permalink

          waalaikumussalam..maaf ciktom tak simpan dalam bank..ciktom simpan kat pajak ar rahnu..hihi..jadi tak pasti cas di bank berapa dan bagaimana..

  • April 21, 2012 at 1:05 am
    Permalink

    Beli emas untuk hadiahkan diri ide yang bagus kalau lelaki macam saya kena tukar jenis hadiah kot. 🙂

    Reply
    • April 21, 2012 at 10:31 am
      Permalink

      boleh je lelaki nak beli emas pun.. try beli jongkong emas atau dinar emas..tapi xrasa seronok sgt kot sbb kena simpan tempat selmaat..hehee

      Reply
  • April 21, 2012 at 3:45 pm
    Permalink

    wanita dn emas mmg tak bisa d lupakan heee…

    Reply
    • April 21, 2012 at 3:52 pm
      Permalink

      aah..tapi ada juga yang cakap emas ini untuk mak cik2 je..orang muda xsuka..rasa ayat tue xwajar..rugi kalau mentaliti kita guna pakai yang tue..beli banyak2 pakai2 gilir..xsemestinya kena pakai semua kan..

      Reply
  • April 21, 2012 at 3:46 pm
    Permalink

    masa2 akan dtg mmg emas potensi tggi utk melonjak jadi mmg tak rugi bli emas utk masa skrg heee..

    Reply
  • April 21, 2012 at 7:08 pm
    Permalink

    ingat nak hadiahkan diri sendiri dengan Galaxy Note tp sendiri x mampu.. hahaha

    Reply
    • April 21, 2012 at 7:36 pm
      Permalink

      xpe in future dgn hasil blogging bolehnya..

      Reply
  • December 29, 2018 at 8:02 pm
    Permalink

    Salam cik tom..maaf klau bnyk brtanya..sy nak tahu, kalau beli jongkong atau dinar emas, seeloknya simpan dkat mana? Simpan sendri atau bank ? Dan kalau simpan dkat bank, kadar cas dy macam mana cik tom? Boleh tak cik tim jelaskan apa yg cik tom tahu..

    Reply
    • March 24, 2019 at 2:37 am
      Permalink

      Wslm..kalau banyak..better simpan di bank..tak selamat simpan dirumah..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!