Nilai Duit RM2 Mampu Bahagia ke?

Assalamualaikum dan salam sayang… Hari ini jom kita borak-borak mengenai nilai duit RM2 dalam hidup kita. Agak-agak RM2 tue boleh buat bayar atau beli apa? Kalau nak beli makanan sekali dengan minuman kat gerai pun tak lepas kot. Kecuali beli roti canai dengan air kosong kot. hehe…

Dengan taraf hidup yang makin tinggi kat Malaysia dan dalam keadaan ekonomi tak stabil pulak. Memang menyeksakan. Bila la keadaan negara ni nak okay agaknya. Tengok orang atasan buat selamba derk je rintihan rakyat. Yang wakil rakyat pulak bukannya lantang bersuara suarakan pendapat rakyat tapi sibuk bagi idea kurang bernas pulak nampak gayanya. Sadis sungguh keadaan Malaysia sekarang ni. Semoga keadaan ekonomi dan pentadbiran Malaysia akan pulih kembali dalam masa terdekat.

Nilai Duit RM2 Mampu Bahagia ke?
Antara barang yang boleh dibeli dengan nilai duit RM2

Jauh benor cik tom membebel ek. hehe… Agak-agak duit RM2 ni ada nilai tak? Duit RM2 ni boleh ke kita belanjakan untuk bahagiakan mereka. Mereka bagi cik tom kat sini ialah anak-anak sedara dan adik2 cik tom. Diorang ni memang gemar sangat dengan kedai RM2.

Baca juga: Nilai Duit Syiling 20 SEN

Azim happy dengan pencil case & alat tulis bernilai RM2
Azim happy dengan pencil case & alat tulis. Besau dari tuan. hihi…

Dengan bajet RM2 seorang ni cik tom pun belikanlah set alat tulis berserta pencil case untuk diorang sekolah tahun depan. Walaupun hadiah ni tak seberapa tapi diorang happy sangat dan tak sabar2 nak guna buka sekolah nanti.

Adik kedua bongsu cik tom yang istimewa, faseeha..suka sangat mewarna
Adik kedua bongsu cik tom yang istimewa, faseeha..suka sangat mewarna

Untuk adik2 cik tom pulak buku mewarna, pensil warna dan marker color. Pensil warna dalam kotak besi tu bila buka teruk. Semua warna berlainan tapi dari jenis pensil yang berlainan. Nampak gaya reject punya. Yelah belinya berbungkus. Tak boleh buka nak tengok isi dalamnya. Cik tom sarankan jangan beli jenis macam ni. Tak berbaloi.

Ehh dah tak jadi kedai RM2 sebab lepas caj GST jadinya RM2.12. Korang pernah tak pergi kedai RM2?? Rasa berbaloi tak nilai duit RM2 berbelanja di sana?

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

22 thoughts on “Nilai Duit RM2 Mampu Bahagia ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!