Panduan Lengkap Cara-Cara Jahit Baju Kurung
Panduan Lengkap Cara-Cara Jahit Baju Kurung
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…. Nak dekat musim raya ni kan semua duk sibuk beli kain pasang dan juga mengupah jahit kain pasang untuk dijadikan baju kurung tradisional atau berfesyen dengan tukang jahit. Minggu lepas balik pilihanraya, emak cik tom bagitahu dah ramai tukang jahit tak nak amik kain pasang untuk jahit baju kurung sebab dah banyak terima tempahan. Dahsyat ni baru bulan 5.. Bulan 8 nanti baru raya. Hebat penangan raya ni. hehe 🙂
Pertengahan tahun lepas, cik tom ada dapatkan ebook Panduan Jahit Baju Kurung. Memang bagus sangat panduan ini sebab memang detail diajar satu persatu langkah demi langkah cara amik ukuran badan, cara nak lukis pola baju pada kain, cara potong kain yang betul, cara nak jahit kain dan banyak lagi. Memang mudah difahami panduan jahit kak Salma ni terutamanya bagi sesiapa cam kategori cik tom yang langsung takde asas kemahiran menjahit.
Panduan disediakan memang lengkap dengan illustrasi bergambar, teks penerangan dan gambar sebenar yang menjadikan pembelajaran bertambah mudah, menarik dan praktikal.
Cik tom nak cerita detail bab menjahit ni pun bukan pro. Baru jugak belajar cuma kekangan masa kerja yang padat tue kadang-kadang terpaksa upah orang lain jahit. Bagi yang ada masa terluang, cik tom sarankan memang bagus korang dapatkan panduan menjahit baju kurung dari Kak Salmawati ni. Orangnya baik dan peramah tau. InsyaAllah kalau ada masalah apa-apa dalam panduan dibeli tue, boleh mintak bantuan bertanyakan terus dengan Kak Salma.
Buat masa ni, Kak Salma ada sediakan 4 jenis panduan belajar menjahit dalam bentuk ebook iaitu;
- Panduan Lengkap Jahit Baju Kurung Tradisional
- Panduan Lengkap Jahit Baju Kurung Riau & Pahang
- Panduan Lengkap Jahit Baju Kurung Moden
- Panduan Lengkap Jahit Baju Melayu & Seluar
Sekarang ni tengah harga promosi RM45 sahaja untuk setiap satu jenis ebook. Kalau ikut harga asal aritu RM60 satu panduan. Jangan lepaskan peluang untuk beli! Kalau kira sekarang upah jahit baju kurung biasa je dah RM45 sepasang kat Negeri Sembilan.
Berminat untuk tahu maklumat lanjut dan juga detail kandungan modul setiap panduan menjahit boleh klik>> Belajar Menjahit Pelbagai Jenis Fesyen Baju.
Korang boleh menjahit baju untuk suami dan anak-anak. Memang menjimatkan dan berbaloi dengan harga panduan ditawarkan lebih murah. Kalau hadiri kelas menjahit lagi mahal harganya. Pastu mudah lupa bila dah lama tak menjahit. hehe… Tapi kalau beli panduan ni korang still boleh rujuk walaupun dah lama tak menjahit. Malah korang boleh tambah duit sampingan dengan amik tempahan menjahit baju kurung jugak.
Dengarnya kak Salma nak buat ebook cara jahit baju peplum pulak. Confirm cik tom beli jugak kalau kuar ebook tue nanti. hehe… Tak rugi beli dengan ilmu pengetahuan yang bakal dapat. Nanti boleh jahit peplum sendiri.
Pada yang pernah tanya cik tom. E-book tue apa ye? Ebook ialah buku dalam bentuk digital yang akan dihantar ke email kita. Ianya dalam bentuk file yang kita simpan dalam komputer dan boleh dibuka bila-bila masa tanpa akses internet. Contoh email ciktom terima file ebook dari kak Salma dalam gambar bawah ni ye. Korang kena klik download dan save dalam komputer.
Pastu, file tue boleh jugak kita print dan binding jadi macam buku bagi mudah nak baca tanpa perlu buka komputer. Macam gambar kat bawah. Tapi sekarang ramai yang ada gadget canggih cam smartphone. Boleh terus je simpan file ebook dalam smartphone korang. Bila-bila masa boleh buka hanya dihujung jari gitu! Takyah susah bawak buku tebal-tebal kan. hehe 🙂
Cik tom tak nak cakap panjang lagi. Baik korang pi tengok sendiri kat website kak salma>> Belajar Menjahit Pelbagai Jenis Fesyen Baju.
ps: Saranan cik tom bagi yang first time nak belajar menjahit tue, korang beli je dulu kain pasang yang murah. Lagi bagus kain jenis cotton. Pastu follow arahan yang diajar dalam ebook oleh kak Salmawati ni. Bila dah try dan yakin, korang cuba kain jenis kain lain yang elok ye. Selamat mencuba dan bergaya 🙂
Sharing is caring
teringin nak beli…tapi dah tahu, mesti buku tu akan tersimpan aje..hehe
beli time harga promosi ni nini..nanti maybe akan up balik harganya…ebook ni kalau simpan pun memmang xkan lapuk dek zaman..
Macam-macam jenis buku ada dah sekarang ni. Ni dah nak raya mesti ramai yang cari buku macam ni,
Jom baca entri terkini Hazmin Hamudin …Selamat Tinggal Sir Alex Ferguson
bukan musim raya je..skang upah menjahit sepanjang tahun tak menang tangan…cikgu suka upah buat baju baru..hehe
orang yang minat menjahit macam mesti ada buku ni….
memang betul tue!koleksi yang patut dimiliki 🙂
Kalau ada kemahiran jahit boleh tambah pendapatan seperti ibu saya mengambil upah menjahit baju.
Jom baca entri terkini akubiomed …Makan makan pizza di Papa John’s
betul tue..jiran ciktom senang dengan amik upah menjahit baju je..
kerja mudah kalaua da minat semua ok
sesuai untuk suri rumah yang tak berkerja, hehe boleh lah buat duit sampingan untuk hubby, hehe
Jom baca entri terkini Cik Lisa …Badan tak cukup Vitamin
yup mmg betul..bagus untuk bantu ketua keluarga..
dapat juga kita berjimat nanti ye…
Jom baca entri terkini hafiz …Komisyen ke 3 dari Panduan Baju Kurung
jom jimt semua nk jimat ni heeee
kena pandai berjimat untuk masa depan..
yup..banyak dapat berjimat kalau jahit sendiri..kalau dah sepasang baju kurung biasa dlm rm40-45..
terbaik !!
Jom baca entri terkini syaifuddin alias …Blogger Berlagak Sombong Ingat Diri Artis
insyaAllah memang terbaik 🙂
Emm ni la yang rasa nak karang artikel macam ni..seronok dapat ilmu menjahit ni…kat mana2 boleh bikin wang..hehe
Jom baca entri terkini Hafizul …Kite Buatkan Untuk Mak
memang seronok tau belajar menjahit ni…seronok bila tgk baju siap jahit..pastu org tersayang pulak yg pakainya 🙂
as salam cik tom.
ada info tentang ebook jahit tudung awning?
tq.
wslm..utk ebook jahit awning tudung boleh cuba rujuk antara 2 blog ni;
1. http://hralegacyresources.blogspot.com/p/ebook.html
2. http://panduan-jahit-tudung.weebly.com/index.html
Ada video tak?
Jom baca entri terkini Earnic …Cenderahati Perkahwinan Unik 2013
sori cik tom, ni off topic sikit. yg job di rumah tu masih onn ke? sbb saya ni pesara nk cari income sikit.
ok xpe…yup jobdirumah masih on..cuma ciktom dh kurang share entri psl jdr dan fokus pd yg lain plk..jobdirumah tue hanya bg panduan, tips utk mcm mn, kat mana dll nk cr kerja on9..lepas tue awk kena bida utk dapatkan kerja..tp dont worry akan diajar smua tue..
Belum lagi fikir pasal baju raya..hehe
Ebook ni kalau pandai guna dan ada bakat menjahit,mmg boleh berhenti kerja dah ni 😛
Jom baca entri terkini hafizmd …Seloka Untuk Manusia Bernama Lelaki, Suami & …
saya tinggal di seremban,, saya berminat untuk membeli buku buku jahitan..pls advise.
thank you.
Salam sis boleh klik pada ciktom suggest dalam artikel ini..ataupun ada klik pada iklan ebook panduan jahit pada sidebar blog ciktom..kl ada mslh boleh hubungi ciktom di email: tomatogurl86@gmail.com..
salam. nak beli buku tu mcamana?
wslm..maaf ye baru respon..hanya klik pada link saya bagi dalam entry ini or klik pada gambar untuk ke website jualan ebook panduan jahit baju kurung ni..nanti akan diceritakan detail stepnya…