Pelajar Lepasan SPM: Antara Matrikulasi dan Diploma

Tahniah diucapkan pada pelajar yang memperolehi keputusan peperiksaan SPM yang cemerlang. Dan pada yang gagal jangan patah semangat kerana kegagalan result SPM tak bererti arah hidup korang dah berakhir. Jadikan itu satu azam untuk terus berusaha dan berjaya. SPM bukan menjanjikan kecermerlangan dalam hidup tapi memudahkan perjalanan untuk berjaya.

Entry kali ini cik tom nak kongsi pendapat cik tom berdasarkan pengalaman cik tom belajar diploma dan pengalaman kawan-kawan cik tom belajar matrikulasi dari lepasan SPM. Apakah kelebihan dan kekurangan antara matrikulasi dan diploma? Mana pilihan yang terbaik bagi pelajar lepasan SPM? Soalan-soalan tersebut banyak diajukan pada cik tom semenjak dari tahun lepas lagi oleh sebab entry review cik tom mengenai kursus diploma sains UiTM.

Mana Pilihan Terbaik Diploma atau Matrikulasi
Mana Pilihan Terbaik Pelajar Lepasan SPM Antara Diploma dan Matrikulasi

Antara yang dapat cik tom listkan senarai kelebihan dan kekurangan antara matrikulasi dan diploma;

Kelebihan Matrikulasi

  1. Program under KPM. Tidak perlu bayar malahan elaun diberikan kepada pelajar sepanjang pengajian.
  2. Tempoh pengajian yang pendek iaitu setahun dan terus dapat sambung ijazah.
  3. Sesuai bagi pelajar lepasan SPM yang tidak pasti halatuju masa depan untuk futher apa.

Kekurangan Matrikulasi

  1. Subjek padat dan pembelajaran dalam masa yang singkat.
  2. Perlukan result yang gempak atau akan di tendang keluar.
  3. Result matrikulasi dapat pointer 3.5 pun belum tentu boleh dapat course yang diidamkan.
  4. Jika result matrikulasi bawah 3.0 kebanyakannya dapat course lelong.
  5. Sijil lepasan Matrikulasi tidak boleh digunakan untuk dapatkan kerja.
  6. Hanya terdapat kursus matrikulasi bagi sains hayat (biologi), sains fizikal (fizik)dan perakaunan.
  7. Kurang praktikal

Kelebihan Diploma

  1. Lebih praktikal dari Matrikulasi kerana sesetengah kursus diploma terdapat practical training.
  2. Lebih tinggi peluang kerja bagi yang ada experience diploma dan ijazah berbanding matrikulasi dan diploma.
  3. Diploma dilengkapkan dengan pelbagai skills tambahan bagi minor course.
  4. Pembelajaran lebih santai.
  5. Sijil Diploma boleh di gunakan untuk dapatkan pekerjaan tak seperti Matrikulasi dan Asasi.
  6. Peluang yang lebih tinggi untuk sambung degree di tempat pengajian yang sama compare dengan matrikulasi jika pelajar dapat result yang sama.
  7. Sambung pengajian ijazah dengan hanya 2 tahun atau 2 tahun setengah kerana boleh pengecualian kredit(subjek yang dah diambil ketika diploma, tak perlu diambil lagi semasa ijazah) depend pada jenis course yang diambil.

Kekurangan Diploma

  1. Masa pembelajaran yang panjang iaitu kebiasannya 3 tahun.
  2. Mungkin melekakan bagi yang mudah terpengaruh.
  3. Tiada elaun dan pilihan yang ada ialah pinjaman PTPTN.

Mana Yang Terbaik Antara Matrikulasi dan Diploma

Setiap apa pun perkara dalam dunia ini pasti ada kelebihan dan kekurangannya. Walaupun dalam senarai di atas banyak kelebihan belajar diploma tapi semua itu pun boleh berubah bergantung pada diri kita sendiri untuk mengatasinya, sama ada nak berusaha untuk berjaya atau tidak. Kalau dengar pendapat ramai orang lain memang macam-macam versi ada yang cakap bagus belajar matrikulasi, diploma itu rugi. Dan ada yang cakap matrikulasi rugi, diploma bagus.

Jika anda seorang pelajar yang mampu untuk belajar dalam tempoh pengajian yang singkat selama setahun memang cik tom suggestkan anda pergi sambung ke matrikulasi. Lebih jimat masa pengajian. Belajar bersungguh-sungguh, jangan terleka dan sebaiknya score pointer 3.8 ke atas untuk dapatkan course ijazah yang diidamkan.

Namun sekiranya memang semenjak dari awal korang tak berminat untuk sambung ijazah bidang sains ataupun akaun dan ada target pekerjaan yang diidamkan, cik tom suggest korang sambung diploma dari awal. Nanti bila dah habis 3 tahun korang boleh apply ijazah dan dapat pengecualian kredit ijazah untuk 2 tahun.**

Matrikulasi+ Ijazah= total tempoh pengajian
1+3=4 tahun
Diploma + ijazah= total tempoh pengajian
3+2 tahun= 5 tahun

Pelajar perlu sedar bahawa penentuan arah masa depan bukan hanya bergantung kepada permintaan keluarga atau terikut-ikut kawan tetapi anda perlu menilai sendiri kelayakan, minat, tahap kelulusan serta keupayaan diri sebelum memohon atau memilih sesuatu kursus. Tepuk hati dan tanya akal fikiran dimanakan kemampuan diri anda?? Anda sebagai pelajar perlu ada keupayaan untuk mencabar diri sendiri bagi penentuan arah masa depan. Selamat Maju Jaya!!

**pengecualian kredit dari diploma ke ijazah bergantung pada jenis course.

p/s: Jadi kemana hala tuju anda selepas ini? Kalau masih belum pasti, boleh mengetahui arah tuju anda dengan >>rujukan informasi kerjaya lepasan SPM<<

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

16 thoughts on “Pelajar Lepasan SPM: Antara Matrikulasi dan Diploma

  • May 15, 2012 at 8:39 am
    Permalink

    hermm , bagi saya , baiklah matriks , sbb jimat setahun , hehe , apa2 pun pilihan di tangan masing2 ..

    Reply
    • May 17, 2012 at 2:56 pm
      Permalink

      bagi nak jimat tempoh pengajian better matrik tapi kalau rasa takde kemampuan belajar under pressure better diploma..

      Reply
  • May 15, 2012 at 12:42 pm
    Permalink

    saya tak eprmah belajar matrik hee tapi klu ada pelung belajar tu bersungguh2 jgn sia2kan…

    sb pelung tu tak semua org dptkan heee

    Reply
    • May 17, 2012 at 2:54 pm
      Permalink

      bila dapat peluang terbaik gunakan..jangan sia2kan peluang yang ada kan suri..

      Reply
  • May 15, 2012 at 4:35 pm
    Permalink

    beberpa hari lepas ada cikgu2 dok gebang kat kantin
    ramai yang setuju diploma lebih bagus, senang nak dapat kerja bila habis belajar

    Reply
    • May 17, 2012 at 2:41 pm
      Permalink

      tue la ramai juga lecturer yang berbincang isu ni dan bagitahu diploma lagi bagus untuk peluang kerja daripada matrikulasi..

      Reply
  • May 15, 2012 at 5:41 pm
    Permalink

    Anak sedara saya amik matrik di kolejmatrikulasi johor dua tahun.

    Reply
    • May 17, 2012 at 2:40 pm
      Permalink

      temph pengajian matrikulasi ini depend pada result spm n juga result semasa semester di matrikulasi..kalau bagi yang kurang cemerlang memang tempoh pengajian 2 tahun di matrikulasi..tapi standard setahun je..

      Reply
  • May 15, 2012 at 11:28 pm
    Permalink

    hehee aku dulu taktau pun benda2 macam ni, abes je SPM tgk kawan2 semua isi matrikulasi aku pon isi, diorang isi diploma aku pon isi… last2 matrik dapat result dulu, so masuk matrik la , hahahaaa

    Reply
    • May 17, 2012 at 2:15 pm
      Permalink

      dulu masa belajar kalau dapat matrik xdapat dah diploma..tapi pelajar skang banyak pilihan..dapat matrik, asasi dan diploma..pastu mulalah hilang arah untuk pilih mana yang terbaik..so harap perkongsian entry ini dapat bantu adik2 pelajar lepasan SPM buat pilihan terbaik antara matrikulasi dan diploma..

      Reply
  • May 16, 2012 at 10:35 pm
    Permalink

    Saya bukang seorang pelajar yang cemerlang ketika SPM tetapi tidak kisah mengambil jalan jauh untuk mencapai cita-cita. Ramai sahabat saya keputusan SPM mereka tidak cemerlang menjadi pensyarah di universiti tempatan ada yang sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat Phd. Saya kagum dengan mereka berusaha untuk mencapai cita-cita mereka dengan jalan yang berliku walaupun jangkamasa agak panjang.

    Reply
    • May 17, 2012 at 1:21 pm
      Permalink

      xpe bagi ciktom tue semua tak kisah perjalanan hidup manusia semua tak sama..yang penting akhirnya kita dapat capai cita2 yg kita nak..

      Reply
  • May 20, 2012 at 5:00 pm
    Permalink

    salam..sy tengah ambik DIS uitm sabah… menyesal tak study betul2 masa skolah dulu… tp masuk sini Alhamdulillah xda repeat the same mistakes that i did…. insyaALLAH kalau rezeki nak ambik course yg bersesuaian..tp seriously enjoy blajar diploma ni..hehe

    Reply
    • May 22, 2012 at 12:14 pm
      Permalink

      bagus2..belajar rajin2..jangan hampakan harapan ibu bapa..

      Reply
  • February 9, 2013 at 8:34 pm
    Permalink

    skrng susah tak masuk ipta?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!