Peluk Hadiah Kesayangan di Kala Kerinduan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…. Entry hari ini nak cerita kisah 2 adik cik tom yang comel. Yang first nak cerita kisah adik bongsu yang nama Ika umur 13 tahun. Sebelum ini cik tom pernah cerita kisah ika dalam entry; Handphoneku…Handphonemu Jua.. sebabnya adik cik tom ini memang suka main sms, call dan game kat handphone. Ika bagitau nak kumpul duit beli handphone tapi cik tom tak berapa nak galakkan sebab rasanya handphone tu bukan satu keperluan bagi student form 1.
Erm.. Kalau cik tom takde kat rumah, handphone emak la yang jadi mangsa ika guna. Bila cik tom sambung kerja lepas dah habis cuti hari tu, ika ada sms cik tom dan antara input sms kitaorang ialah;
Ika: Bye kak tom ika nak tidur doh ni. esok pulok sms. moga kak tom mimpi yang indah. goodnight.
Cik tom: Iye. goodnight.
Ika: goodnight for my lovely sister. ika rindu kat kak tom. terima kasih kerana bagi hadiah kat ika. sayang kak tom.
Cik tom: wow speaking adikku. bagus. kak tom pun sayang ika.
Ika: kak tom bawak dop bantal love yang ika bagi.
Cik tom: bawak. ada je kat tepi ni.
Ika: Kalau kak tom rindu kat ika kak tom peluk ah bantal love tu.
Cik tom: Ok cute. hehe 🙂
Ika: ika nak tidur. assalamualaikum
Cik tom: Ok. Wassalam.
Rasa sweet sangat sebab adik cik tom ini dalam kategori adik yang garang. Susah kot nak cakap rindu-rindu selalu ni. Pastu siap cakap lagi jangan bagitahu kak yaty and yang lain dia bagi hadiah bantal love purple tue kat cik tom takut nanti yang lain jeles. hehe..
Lastly, rasa tak terlambat lagi nak ucap tahniah versi dalam blog kat adik cik tom, miss yaty yang dapat kerja kat Sime Darby dan dah lapor diri hari Isnin lepas. Semoga adikku terus sukses dalam alam pekerjaan dan kehidupan seharian. amin.. Alhamdulillah| Miss Yaty.
p/s: dua2 gambar adik cik tom tue gambar lama masa tahun 2010. Malas nak cari dan upload pic baru. hehe…
Sharing is caring
so sweet dapat adik mcm tuh. ^..^
hehe..time ni sweet la…kalau time garang ish rasa dunia ni terbalik je..hik3
Teringatkan kepada boss saya dapat bantal love daripada kakitangan ketika membuat pertukaran hadiah yang dianjurkan hujung tahun.
wah bos dpt bantal love..mesti ada yang sayang sgt kat bos tue..hee
Ika tu betul2 comel lah 🙂
Geram tengok pipi dia.
Kirim salam dekat Miss Yaty ye 😉
mmg pipi comel tapi garang tau..hehe..
ok beres..
comel adik ika ni..gambar ciktom takde pun..ahahhaa
#cik yaty keja kat sime darby sbgai apa ea??
xde sebab nak promote adik2 je ni..hehe…
xbpe pasti la kerja apa sbb yaty belajar bidang akaun..ciktom kimia co xberapa tau sgt nama kerja bidang akaun ni..try tanya dia sendiri kt blog ye..yaty rajin dah update blog…
adik yang sweet..hehe
sweet cam gula2 ke?hihi
come eh adik2 cik tom sweet gitu
tq sudais..hee
hehe sweet sgt bila adik2 msg syg2 semua. hihi.
rs sweet bila adik jarang bt camtu..tp kl dh selalu maybe ada yg rs biasa je kot..hihi
Waaa
Jeles sudah
Kak Yaty dah baca pun entri ni
hehe..ntah baca xlagi sbb xde komen pn kat entry ni.. ;p
suwwitnyer adik cik Tom! bantal luve tu mmg cantik, wrne pupel lak tuu =)
baik n so sweet la u adik. loooike 🙂
thanks zaty 🙂
Bagusla ciktom ada adik beradik camni. Jeles gitu. 🙂
ala adik shraqs pn mesti syg kt shraqs jgk..cuma xtunjuk je..
comel la adik-adik cik tom tu..adik ciktom yang yaty tu dah kawin ke belum hehehe
thanks..adik yaty tue belum kahwin..hee
Waaa…kalau pompuan mmg gitu kot…lovely2…kalau adik beradik lelaki rasanya mcm payah la kot cik tom….tahniah juga buat kwn cik tom yg bru dpt kje kt Sime Darby tu….
maybe perempuan manja2 tapi lagi susah nak touching2 ni..huhu…bukan kawan cik tom tapi adik cik tom la yastro..hehe
comelnya adik cik tom.
lawa adik cik tom.
mas pun baru ari ni dapat jumpa akak mas.dah 2minggu tak jumpa,rindu tahap gaban.dgr sora sblm ni pun dah sayu je.hihi
thanks mas..kembang adik2 ciktom kalau baca ni..hehe..tue la ni cik tom dah 4 bulan xbalik kampung..homesick!
publish blk komen dr cik fiza (http://ulatcomeywarnawarni.blogspot.com/)..sori ye ciktom tsilap delete..huk3
geram tgk ika ! hehehe. comel la ika tuh. pipi dye tembam. rasa cam nak cubit2 je. hee D
Congrats utk adek Cik Tom miss Yati sbb dh dpt keje )
Pss :: Syukur la dapat adek yang caring. Hee. D
perghh…adik2 comel belaka..
mana muka sbenar ciktom ni..nk tgk..
muka cik tom xperlu tengok xpe..biase je..xde menarik nak tunjuk..hehe
haha..rasenye tak perlu kot tunjuk gambor ti tu my sis…huhu..
oohhh bile ika bagi bantal purple tuh? mane aci! 😛
delete la gmbo ti tuh..huhu~