Pengalaman Temuduga Chemist Di Utara Tanah Air
Salam… Sebenarnya tak de mood sangat nak menaip share pengalaman temuduga cik tom pertengahan bulan lepas. Tapi masuk semalam dah 3 orang hubungi cik tom bertanyakan soalan yang sama rentetan dari artikel tawaran temuduga chemist. Cik tom gagahkan juga menaip artikel pengalaman cik temudga chemist di utara tanah air pada 2 minggu lepas. Pada yang tanya kilang apa yang cik tom temuduga? Biarlah rahsia. huhu…
sumber: pseudosains
Ok untuk temuduga chemist tue, cik tom ada tanyakan masa diorang call ada tak ujian bertulis? Tapi diorang just jawab bawa pen biru dan pakai kasut bertutup sebab kilang diorang tak bagi masuk sesiapa pakai sandal. Cik tom agak je ada ujian bertulis based on experience cik tom temuduga masa position chemist jugak kat company Top Glove dan sememangnya betul.
Sesi interview cik tom pukul 2.30 petang tapi macam biasa cik tom akan datang awal, pukul 2 petang dah ada kat sana. Sampai je kat kilang tu, cik tom dimaklumkan ada ujian bertulis untuk jawatan chemist. Terdapat 5 jenis ujian bertulis dan masa yang diberikan ialah 1 jam. 5 jenis ujian itu ialah set ujian english (grammar), set ujian IQ, set ujian calculation (math), set ujian leadership’s skills dan set ujian kbkk. Ujian ini ada yang bentuk objektif dan juga subjektif. Tidak ada soalan esei mahupun lukisan (kena melukis) seperti di Top Glove.
Ok selepas sejam dah siap submit kertas soalan ujian, menunggu pulak turn temuduga. Lama juga cik tom menunggu sehingga pukul 4.30 petang baru masuk temuduga. Cik tom ditemuduga oleh 2 interviewer iaitu Senior Chemist dan QC. Masa temuduga cik tom agak nervous pulak entah kenapa sedangkan yang interview tue baik je siap ada juga cakap bahasa melayu tapi cik tom maintainkan cakap bahasa inggeris sepanjang temuduga.
Oleh sebab dah lewat dan masih ramai calon yang belum ditemuduga, interview ini agak tergesa-gesa jugak bila tak sempat nak explain panjang lagi dah diasak dengan soalan yang bertalu-talu dari penemuduga.
Antara soalan-soalan yang ditanya ialah;
1. Introduce yourself
2. Explain about your final year project during your degree.
3. What type of instrument you use in your final year project.
4. So, what your final project result? Which one is the dangerous element?
5. I see in your certificate that you have certified in shortcourse water and waste water analysis. Can you briefly explain about it? What you have learn and done in the course?
6. Explain a short brief about high perfomance liquid chromatography (HPLC)
7. What is the important component in HPLC?
8. How about UV-vis? What can you tell us about it?
9. We have done all the question. Do you have any question to ask?
Itu antara soalan yang masih cik tom ingat diorang tanya. Cik tom maklumkan yang cik tom berminat je untuk travel kerja disana, ada transport untuk pergi kerja dan juga abang bekerja di utara tanah air jugak. Diorang maklum maybe akan ada second stage interview but semua depend pada perfomance sesi temuduga dan juga keputusan ujian bertulis. Tapi tak tahulah macam mana sebab awal2 dah dengar company tu lebih prefer orang utara juga sebab bimbang ambil orang jauh macam cik tom ini bakal berhenti if dapat better offer di negeri sendiri. Kalau ada rezeki di sana insyaAllah. Wallahualam.
Sharing is caring
gd luck!doa2kan cik tom dapat ni…:)
tq cik en..
Oooo…InsyaAllah ada rezeki, ada…secara jujurnya, saya paling tak suka cerita pasal pengalaman gi interview… bukan sbb interview tu teruk ke apa, cuma saya mmg xsuka..hahahaha…
cik tom suka je share pengalaman interview wlpn xdpt or teruk..dah selalu kot share kat blog ni..hehe..cuma kali ni sbb xde mood menaip bukan xde mood sbb pengalaman…
Saya doalan Cik Tom akan berjaya. Interviewer akan tanya bertalu-talu untuk tengok cara kita solve satu problem itu bila ada pressure. Nak tengok skill kita sebenarnya tu. Base on my experience la.
thanks daddydee…yup mmg biasanya diorg akan tanya bertalu2 untuk tgk skill solve prob n handle press tp yg ni lain sikit gayanya…sbb more kpd rush utk kejar masa..hee
pehh..makin susahlah ko nak belanja aku cendol nih..
ala ko dtg je utara boleh belanja cendol versi utara plk..hehe
welcome to sungai petani, tempat cek main2 waktu kecil dahulu.. rasanya dia tak base pada asal mana tp pada pengalaman kerja & pengetahuan.. ada juga mat salleh dr oversea kerja kat kilang2 di SP. Semoga berjaya
tak tau lagi dapat ke tak… memang diorang atau kerja mana2 pun akan tengok based on experience and knowledge..tapi lepas tgk tue semua diorg akan prefer plk asal dr mana..ciktom dapat tau yang diorang prefer lagi orang petani sebab untuk long term..tapi tak tahulah kalau dah rezeki tak mustahil dapatkan..
wah. lone pairs!
haha..nampak je ek lone pair kat alcohol group tue..
huiyoo..mcm tough jer interview tu..seram gak..
entah la..dah takde feel..hehe
hmm.. pi duk utaghra plak lepaih ni…
insyaAllah kalau ada rezeki kat sana..
semoga berjaya cik tom.. 🙂
tq jaerul.
Selalunya depa stanby 10 soalan. Tapi kat atas 9 jer. hmmm petanda tuh CikTom. Ada harapan. Inysa-allah rezki x kemana.
lebih 10 soalan tp ciktom xmasukkan semuanya..dah lupa..hehe
Owh CikTom jurusan Chemist ye, kalau kat tempat myra ada nak pakai Chemist Myra roger cikTom ye 😉
yup ciktom study applied chemistry.. ok kl ada kerja kosong roger ye.. thanks 🙂
Rasanya kalau Cik Tom sudah biasa guna HPLC dan UV VIS tidak ada masalah.
biasa guna masa belajar je..kerja pulak skang bidang edu..so kena refresh blk..insyaAllah boleh..
Waaa speaking ke??kalau kena temuduga speaking,comfirm aku tak lulus..haha..harap cik tom berjaya..
thanks.. mostly mmg interview in english..huhu
alamak..susahnya soalan..dah la BI..
tanya pulak macam2 ..
Tapi insyaAllah ada rezeki ciktom
bersabar je lah ya..
interview memang dalam bi…susah kot nak cari dalam bm..huhu
Kalau dapat nak pegi tak? Hehehe..
kalau dapat of course cik tom akan resign kerja skang ni dan pergi kerja chemist ni.. =)
Memang best sangat kalau dapat kerja dalam bidang yang kita minat
Harap2 berjaya nanti, ciktom
thanks cikgu..ciktom harap camtulah..amin
Wah..susahnya cik tom iv…hidy dulu nasib baik senang…2 minggu lepas pun hidy iv kat Sumitomo..xdala susah macam company cik tom iv tu…1st solar eh??..=)…Takpe..at least dah ad pengalaman..
memang company yg ciktom mintak ni susah sgt kot..high demand macam top glove jgk..xla company ubat..
fuh,byk gak soalan nya ye..erm..kalau ada rezeki..ke utara la nampaknya cik tom ye..eheh.
aah doakan semoga ciktom ada rezeki kerja ini ye..thanks chii.
gudluck sis..i pray the best for u! 🙂