Penting Atau Tidak Penjagaan Kesihatan Lelaki?
Penting Atau Tidak Penjagaan Kesihatan Lelaki? | Assalamualaikum dan salam sayang.. Ciktom baru saja lepas baca info tentang penjagaan kesihatan wanita di internet. Rasa bertuah sangat sebab banyak info tentang topik ini dan senang sangat nak cari. Semua di hujung jari saja.
Cuma lepas ciktom baca pasal topik penjagaan kesihatan wanita ini, ciktom tertanya-tanya, kenapa kurang betul website yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan lelaki? Padahal topik ini sama pentingnya dengan topik penjagaan kesihatan wanita.
Penting Atau Tidak Penjagaan Kesihatan Lelaki?
Kepentingan Penjagaan Kesihatan Lelaki Malaysia
Mungkin budaya Malaysia yang agak ‘sopan santun’ dan pemalu menyebabkan ramai yang kurang bercakap tentang penjagaan kesihatan lelaki ini secara terbuka.
Info kesihatan lelaki terutamanya yang berkaitan dengan kesihatan seksual bukanlah sesuatu yang ‘taboo’. Malah masalah kesihatan seksual lelaki berkait rapat dengan penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan obesiti.
Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, peratusan kematian dicatatkan lebih tinggi bagi kaum lelaki iaitu 16 peratus. Kesedaran untuk para lelaki di Malaysia tentang kepentingan penjagaan kesihatan sangat kurang.
Mana taknya, bila masuk saja umur 40-an, ada banyak masalah kesihatan lelaki yang berbangkit seperti kencing manis, kurang libido dan penyakit jantung. Korang tahu tak penyakit jantung adalah punca utama menyumbang kepada kematian di kalangan lelaki di Malaysia?
Topik Kesihatan Lelaki Melayu
Bila kita bercakap tentang topik kesihatan lelaki, kita selalunya dimomokkan dengan term-term ubat kuat yang pelik-pelik. Tidak dinafikan kalau iklan-iklan tentang kesihatan seksual lelaki di internet lebih menjurus kepada perkara-perkara macam tu.
Tapi topik kesihatan lelaki sebenarnya lebih daripada itu. Ianya berkaitan dengan penjagaan kesihatan lelaki secara keseluruhan.
SuamiSihat.com.my – Laman Web Penjagaan Kesihatan Lelaki
Jarang-jarang sebenarnya nak jumpa website di Malaysia yang berkongsi tentang topik penjagaan kesihatan suami atau lelaki secara ilmiah. Jadi bila terjumpa website SuamiSihat.com.my ini, ciktom rasa ciktom perlu kongsikan dengan korang semua terutamanya para suami.
Dalam website SuamiSihat.com.my ini banyak info dan tips berkaitan dengan kesihatan lelaki yang boleh dibaca.

Antaranya adalah risiko kanser prostat. Ramai orang lelaki yang ambil endah tak endah tentang kesihatan dalaman sampai diri sendiri menghidap kanser prostat pun tak sedar. Kalau kita ambil tahu, mesti boleh cegah kanser ini dari awal lagi.

Dan korang tahu tak ada senaman kegel untuk lelaki? Selama ini ciktom ingatkan senaman kegel dilakukan oleh wanita untuk menjaga kesihatan dalaman kita. Rupanya senaman ini juga sesuai untuk lelaki bagi menguatkan kawasan otot pelvik mereka.
Para suami jangan ambil remeh mengenai senaman kegel ini sebab terlampau banyak manfaatnya untuk kesihatan lelaki. Jadi ciktom sarankan korang jenguk dan belajar kelebihan dan teknik senaman kegel khas untuk para suami.

Website SuamiSihat sebenarnya sangat bagus untuk para suami memahami isteri-isteri mereka dengan lebih dekat. Ada juga artikel-artikel berkaitan wanita yang perlu suami-suami ketahui seperti waktu subur isteri dan penggunaan pil perancang untuk merancang keluarga. Ingat untuk merancang keluarga memerlukan kerjasama terbaik dari 2 pihak dan bukan dari pihak isteri sahaja. Jadi amat penting untuk pihak suami turut menambah ilmu pengetahuan mengenai topik menarik ini untuk manfaat bersama.
Kalau korang ada suami atau adik-beradik lelaki, ciktom cadangkan korang minta mereka baca website SuamiSihat. Sekurang-kurangnya website ini boleh mendidik dan beri kesedaran kepada suami atau bakal-bakal suami yang ada di luar sana tentang kepentingan menjaga kesihatan lelaki.
Malahan pelbagai nasihat, tips dan panduan yang ringkas lagi padat khas dari pakar pelbagai bidang seksual dan kesihatan lelaki. Hanya di hujung jari je korang boleh dapatkan semua maklumat penting mengenai kesihatan lelaki ini sekiranya korang segan untuk bertanyakan pada keluarga atau kenalan rapat.
Malahan lagi Best! Siap ada FREE Ebook special hanya untuk pembaca website SuamiSihat sahaja.
Untuk maklumat lanjut tentang penjagaan kesihatan lelaki ini, ciktom recommend korang layari:
Facebook: https://www.facebook.com/suamisihat.com.my/ Instagram: https://www.instagram.com/suamisihat.com.my/ Twitter: https://twitter.com/SuamiSihat YouTube: https://www.youtube.com/c/SuamiSihat Website: https://suamisihat.com.my/
Sharing is caring
Kalau dah kata kesihatan, tak kira laaa lelaki ke perempuan kann, kena amik tahu dan peduli…yang sakitnya esok, diri sendiri…jangan sakit menyusahkan orang ye sudah..betul tak CT…
Jom baca entri terkini Sis Lin …CARA NAK MATIKAN KETAM NIPAH DENGAN MUDAH DAN CEPAT
SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini 🙂 done follow, follow me back.. thanks http://acuyuhan.blogspot.com/