Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Bersara | Yang Baru Ganti Yang Lama
Mesti semua orang masih terimbau kenangan setiap kali tibanya malam pengumuman puasa dan raya oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah. Pasti cik tom dan semua yang dah mengenali Pak Engku akan merindui gaya pengumuman dari Pak Engku. Walaupun tiap-tiap kali keluar muka Pak Engku ni, kitaorang satu famili akan cakap eh hidup lagi rupanya. huhu.. Pengganti pada Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah ialah Datuk Syed Danial Syed Ahmad.
“”Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66, dilantik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru berkuatkuasa 10 Januari ini.Beliau menggantikan Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah yang bersara pada Jumaat setelah berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun.Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Datuk Sabtu Awab berkata Syed Danial yang berkelulusan ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya dan Sarjana dari Universiti of Wisconsin, Madison di Amerika Syarikat, pernah menyandang jawatanDatuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja di Istana Negara.“Syed Danial telah dilantik dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-222 yang berlangsung tahun lepas,” katanya kepada Bernama pada majlis tertutup meraikan Engku Ngah Ibrahim di pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di sini, Khamis.Sabtu berkata Syed Danial dilantik secara kontrak selama tiga tahun.Syed Danial, yang berasal dari Pulau Pinang, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di beberapa kementerian seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Dalam Negeri.Engku Ibrahim, 79, merupakan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang paling lama menyandang jawatan itu. – Sumber: mstar””
gambar:jentayu
Sharing is caring
dah tua dah dia kan..
dari akak kecik lagi ni..
nostalgia betul la bila tengok muka dia..
betul2..kalau die kluar mesti ckp "eh hidup lg pakcik ni!" haha
Thanks Tom share this info..selalu nampak ni kalo nak umum raya kan..hehe…so this year orang baru la kan..
lamenya la die b'khidmat..
tp,dh tua pn die ni…ske sgt dgr ble ad p'ngumuman rye/puasa..hehe
ala. nti mesti rindu pak cik tu. hahaha.