Rupanya Pepsi Blue @Tasik Biru di Terengganu
Assalamualaikum dan salam sayang… Cik tom tengah sibuk men’google’ resepi murtabak diet akins kat satu blog koleksi resepi InaAchik. Cik tom terpandang la satu entri di sidebar dari blog utama Ina; Tasik Biru @ Pepsi Blue. Cik tom terdetik wah tasik pepsi blue? Macam menarik je. Nak tengok juga rupa tasik pepsi blue tue macam mana kan?
Subhanaallah cantik sangat pemandangan tasik biru atau lebih dikenali sebagai pepsi blue dikalangan penduduk kat sini. Cantik warna biru tasik buatan manusia ni.
Cik tom jadi tertanya-tanya kat mana tempat cantik sangat macam dalam gambar ni???
Tup.. tup tengok Ina bagitau tasik biru @ pepsi blue ni kat Rusila berdekatan Taman Kalongan Mas. Hahaha… gelak cik tom baca eh ni kampung aku ni. Haih kampung sendiri pun tak tahu ada tempat cantik macam ni. Duk sibuk berjalan tempat lain je. Adoii…
Bila cik tom bagitau kat adik bongsu respon;” Apa la kak ni ketinggalan zaman betul. Dah lama kot viral pasal tasik pepsi blue ni kat facebook. Ika banyak kali doh gi situ.” hahahaa….
Rupanya Pepsi Blue @Tasik Biru di Terengganu
Baru cik tom tau rupanya tasik biru @ pepsi blue ni sebenarnya bekas lombong emas. Oh kalau lombong emas ni memang dari cik tom kecik2 lagi famous dengan banyak kes kematian orang yang pergi menggali emas kat sana. Kebanyakannya kes tertimbus dalam lubang yang diorang korek waktu melombong. Bekas lombong emas ni biasa orang kat sini panggil LUBUK MANDI.
Cik tom ingat lagi pernah baca sebuah buku yang memang khas cerita kisah macam mana emas dijumpai kat lubuk mandi dan yang jumpa tu ialah ayah kawan ciktom. Tapi ayah cik tom bagitau emas kat sini jenis emas muda, tak banyak dan kurang kualiti. Pastu banyak pulak kes meragut nyawa. Kisah mistik pun memang melambak kat sini. huhu… Akhirnya lubuk mandi ni ditutup dari orang luar kerana merbahaya.
Bila tengok keindahan pemandangan di Tasik Biru ni, cik tom jadi teringin jugak nak berkunjung sekali kat sini. Lagi pun memang dah kira dekat sangat dengan rumah cik tom. Jalan kaki ke sana pun boleh je. Tapi rupanya ayah dah pesan kat adik awal-awal lagi jangan pergi ke sana dengan kawan.
Tips dari adik cik tom dah ke sana beberapa kali. Nak lawo nampok air kaler biru kena pergi waktu tengahari. Kalau waktu petang tak berapa clear nampak airnya biru. Haih macam2..
Jangan risau before autopublish entri ni cik tom dah nasihat kat adik jangan datang ke sini lagi. Lagi2 takde inspection dari orang dewasa. Apa2 jadi susah kan.
Ramai yang datang berkunjung semata-mata nak lihat kecantikan warna tasik biru. Lagi-lagi selepas viral difacebook, ramai pelancong yang bercuti di Terengganu ambil kesempatan melawat ke sini jugak. Mungkin pihak berkenaan boleh amik inisiatif untuk komersilkan tempat ni dengan jadikan ia lebih selamat kot.
Lokasi Pepsi Blue @Tasik Biru di Terengganu
Peringatan Sebelum ke Pepsi Blue @Tasik Biru di Terengganu
!!! PERINGATAN !!!
AWAS KAWASAN LARANGAN. Anda dilarang MENCEROBOH.
- Tindakan Undang-undang boleh diambil jika anda MENCEROBOH.
- Merbahaya kerana airnya berASID, pH 2.4 ,kulit anda akan menjadi gatal jika terkena airnya.
- Pihak kami telah melepaskan 2000 anak ikan, semuanya mati.
- Cerunan pada bukit tidak kukuh dan mudah runtuh.
Saya selaku Pegawai Keselamatan di kawasan lombong emas ini meminta jasa baik anda semua agar tidak beriadah di kawasan ini. HARAP MAKLUM. – Ku Napi ku Mat, Pegawai Keselamatan – ( SEGALA RISIKO DITANGGUNG SENDIRI)
Tasik Biru di Johor
Selain di Tasik Biru @ Pepsi Blue di Terengganu rupanya terdapat juga Tasik Biru di Johor. Tengok pada gambarnya lebih kurang pemandangan di Terengganu. Persamaan yang lain ialah lokasinya turut tersembunyi dan terlarang bagi sebarang aktiviti riadah kerana dikatakan merbahaya.
Sharing is caring
cantik di mata tapi merbahaya …
Jom baca entri terkini Sync …Peperiksaan Online Penguasa Kastam
kadang2 manusia ni dah tak nampak bahaynya bila dah nk kejar cantik ni..
Blog inspirasi (y)
terima kasih sudi berkunjung ke blog ciktom.com
dalam agaknya tasik biru nih…
Jom baca entri terkini zik …Keputusan terkini jdt vs felda united suku akhir kedua 28.11.2015
tak pasti..tapi ramai jugak budak2 kmpg yang mandi manda kat sini..
Mmg cantik betul kolor tasik biru sebijik kolor air pepsi blue
tuelah tgk dlm gmbr lawo je kaler biru tasik pepsi blue ni
Cantik tetapi perlu berhati-hati.
Jom baca entri terkini akubiomed …Bawa famili mandi di Santuari ikan sungai Chiling Kuala Kubu Bharu
yup memang kena berhati2 sebab bahaya..lagipun sebenarnya kawasan larangan..
wah indah bangett yah jadi inget saga anak ,,, plass back
memang cantik tasiknya
lawanya…best tuk tenangkan fikiran tu
Jom baca entri terkini seraa …Chicken Floss Bun
tue la cantik sangat ciktom..dia amik guna hp cikai je mgpxl…gmbr amik xde filter pe..cuma ciktom edit skit2 letak watermark n cover apa yg patut..hehe