Perselisihan Faham Dan Dibelasah Kerana Kura-kura
Cik tom nak share kisah yang agak lucu yang terjadi kat negeri tercinta cik tom, Terengganu. Apabila berlakunya salah faham hanya kerana kura-kura sehingga melibatkan pergaduhan besar. Dahsyatnya boleh pulak bergaduh hanya sebab seorang lelaki ni nak serahkan kura-kura untuk kawan perempuan dia ni jagakan. Rasanya perkara ini berlaku sebab cemburu membuta tuli tanpa sebarang selidik tentang tujuan sebenar lelaki berjumpa wanita tue. So, kepada semua beringatlah untuk siasat cerita sebenarnya sebelum membuat sebarang perkara yang mungkin terburu-buru. Jom layan cerita kat bawah;
KUALA TERENGGANU: Akibat perselisihan faham berhubung seekor kura-kura, seorang anggota polis dan adiknya cedera dibelasah lima lelaki dalam satu pergaduhan berhampiran sebuah pasar raya di Permaisuri, Setiu, kelmarin.
Kejadian itu berlaku apabila seorang pengawal keselamatan berusia 22 tahun itu dilaporkan ingin menyerahkan seekor kura-kura untuk dijaga oleh seorang kawan wanitanya berusia 20an, pada pukul 7.30 malam.
Bagaimanapun, secara tiba-tiba datang dua lelaki dipercayai kawan kepada wanita itu terus mengajak mangsa ke belakang bangunan pasar raya itu dan akibat tidak puas hati dengan tindakan itu telah membelasah mangsa.
Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Supritendan Rohaizat Abd Ani berkata, mangsa sempat menghubungi abangnya berusia 26 tahun yang merupakan seorang anggota polis yang bertugas di daerah Setiu.
Semasa abang mangsa cuba meleraikan pergaduhan, secara tiba-tiba datang tiga lagi lelaki dengan dua daripadanya membawa dua bilah parang dan melibas mangsa dan akibatnya anggota polis itu cedera di bahagian bawah mata manakala adiknya cedera di pergelangan tangan, katanya.
Kelima-lima suspek yanmg berumur antara 20 hingga 30-an itu kemudian dilihat menaiki kereta jenis Honda CRV berwarna hitam dan dipercayai melarikan diri menghala ke Jertih. Mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Polis sedang mengesan kelima-lima lelaki itu bagi membantu siasatan dan setakat ini tiga daripada suspek itu telah dikenal pasti.
Sumber: Hmetro, 14/4/2011
Agak-agak kalau cik tom nak bagi kat sesiapa tolong jagakan kura-kura kesayangan cik tom lepas ni, ada tak yang volunteer nak jagakan??hehehehe…
Sharing is caring
leceh la jaga kura2 ni
xleceh pun..cik tom suka bela…senang je tukar air+bagi makan je..hee
takmo la baca berita pnjg lebar tu…
ciktom nak suruh jaga??
ciktom punya pasal ape pon bley.. :p
Jom baca entri terkini Fariq …Setiap Masalah Adalah Peluang
cik tom pun malas nak baca..copy je..hahaha…
wah boleh ker tolong jaga..ni sayang lebih..hehe…
meh2 nak tolong jaga ..ada gak teman nak bercakap..hehe
Jom baca entri terkini iqbalhakimi …impian nak ke OLD TRAFFORD tercapai!!
wah terbaikla iqbal..nanti weekend tlg jaga ek..ciktom nak pi shopping..hehee
saya boleh jagakan cik tom..heh ..
Jom baca entri terkini zik …Kartun Malaysia- Anak durhaka part2
wah terbaiklah zik..boleh2..nanti weekend tolong jaga ye..cik tom nak pi jalan2..hee
uish2,macam tu skali…bongok betul laa dieorg ni…tak waras laa tu sume, duk cri gaduh…otak letk kt kepala lutut kot..:)
Jom baca entri terkini Aisya …100 Penulis – Kalau Saya Diberi RM100 Sekarang- Saya Akan
hahaha..memang betulll..rasa diorang letak otak kat kepala lutut..
Assalam ciktom…wakakap.kerana kura2 pun boleh bergaduh erk…kura2 ciktom tentu dah besor dh nie kn…hek3
Jom baca entri terkini AdamXis …►Lawak – Kepala Ayeem Yuyu CikEpal
memang lawak..macam budak2 kan…aah memang dah besar compare masa beli..nanti ada masa cik tom nak tunjuk gambar terlatest..hee
hai…sbb kura2 pon nk gaduh?hmm haih cik tom.patut lah lame tgk cik tom tak update.rupenya dh tukar domain. sy terpaksa kena follow blk.sbb kalo yg lame tu dye tak update. =(
Jom baca entri terkini rara pinkmafia …wahai ibu bapaTOLONGLAH pantau anakanak mu
salah faham je semua ni..hee…owh cik tom baru bertukar hosting…so memang ada problem dengan feed..cik tom ada share dalam enrty yang lama..maybe terlepas pandang…sori ye..
seriously tak faham apa kaitan kura-kura tu sampai nak bergaduh.. macam tak de motif je. nak gaduh dahla tak fair, ajak ramai-ramai siap bawak parang bagai.
Jom baca entri terkini eastbullet …Tutorial Cut Objek Dalam Gambar Dengan Adobe Photoshop
tue la namanya manusia yang ade otak tapi letak kat lutut..heheh
gaduh sbb kura2? cam xde bende lain je nak gaduh
Jom baca entri terkini chybee …Testing
bukan sebab kura2 sebenarnya tapi cemburu or salah faham je ni..hee
akak xminat kura2..
akak kegelian..hehee
akak suka ikan..ikan laga dan puyu..
tak geli la kura2 ni akak..best bela…hehe…ikan laga cik tom suka tengok ekor warna-warni..ikan puyu xpernah plk tgk..heee
seriously tak fahamlah, dua 3x ila baca nih. so kesimpulannya kan, betul jugak kot kes cemburu buta nih sampai bergaduh yang berpunca daripada lelaki kot. =p
Jom baca entri terkini eiela …Kembali Berblog- Poco-poco dan Obesiti
cik tom pun tak berapa faham..hehe…sebab semua ni hanya berpunca dari salah faham…
hihihi…ciktom jaga sendirik la kure2 tu…
Jom baca entri terkini LindaRahim …ONDE-ONDE KELEDEK
nak suruh akak yang jagakan kura2 cik tom..boleh la ek..boleh ek..hihihi
pasal kura2 pon leh gadoh… sume bertindak tanpa mengikut akal 🙁
Jom baca entri terkini taufiq arifin aka topimagine …KESIAN KAT UNCLE TU
dah manusia yang pendek akal kot..xguna akal yang ada sebaiknya..hee
jenjalan jenguk cik tom 🙂
Jom baca entri terkini keet …Today my life begins
tenkiu sudi jenguk..hee
Bendanya kecik je pun tp ni dh kira serius krn mengakibatkan kcederaan org lain..mcm2 skrg ni..
Jom baca entri terkini Affieza …KLIBF 2011
tue la fieza..orang sekarang pelik2 dan macam ragam…dunia dah nak akhir zaman..
lorh..shiannyer, xpasai2 kne belasah..
oopss, maaf cik tom..sy xleh jage binatang, cpt kesian..nanti sy lepas je kura2 cik tom tu ke tempat tinggalnya..eh, xleh..nangis la cik tom nnti..huhu
Jom baca entri terkini emieysandra …Putus
tue la kesian kan…ala baru cik tom suh emiey yang jagakan..hehee…
Tu la umur je tinggi, perangai budak-budak!
Jom baca entri terkini Encik Ketam …Makanan Daripada Biasa ke Luar Biasa
memang..diorang tak fikir panjang..tue yang jadi macam tue…huk3
kalau sedap dimakan saya boleh tolong ‘jagakan’
Jom baca entri terkini lost kitty …Kenapa
sedap??konpem ciktom xbagi kat adik jagakan diego dan dora..hehe
saya tak suka kura2 tapis aya suka mkn belangkas heee…
makan belangkas?xpernah pulak cik tom makan..sedap ek?hehe
mungkin cemburu tu dah lama tapi hari yang dia bawak kura2 tu yang hari kemuncak cemburunye tu…kan??jadi belasah je la..
hehehh..
Jom baca entri terkini diana …Maisara-5810
hahahah…kura2 pun cemburu?
eh, nie cerita lama cik tom.. baru taw ke? hehe
Entri terkini :
10 Tempat Terbaik Promosikan Entri Blog
cik tom dah lama tau tapi ni entry autopublish..cik tom dah set ikut hari nak publish entry apa…tak kisah cerita lama or baru yang penting penyampaian..heee
sy nak..sy nak jaga ciktom,plzzzzzzzzzz hehee
Jom baca entri terkini achie …Aku memang degil
bukan cik tom tapi tolong jagakan kura2 cik tom…hehehe
Kalau kucing boleh jugak saya jagakan Cik Tom. Sebab saya minat kucing. He3
——
Ada juga orang bergaduh pasal kura-kura yer. Itu binatang kecil sampai lebam-lebam. Kalau bergaduh pasal kambing ker, seladang ker, mau taknya hilang sebelah mata.
Moralnya : Lagi besar binatang yang digaduhi, lagi besar risiko kena lanyak. Apa da diorang nie
cik tom alergik dengan binatang berbulu2 ni…sebab tue pelihara kura-kura..huhu…
Bengong… Tak suka lelaki yang cemburu membuta tuli.
Jom baca entri terkini Nisa’ …Appearance isn’t everything
cik tom pun sama..xsuka lelaki yang camtu…tak fikir panjang hanya ikut perasaan je..
Bahana kura-kura. Manusia zaman sekarang ni.
Jom baca entri terkini Hisyam …Akhirnya!
manusia zaman sekarang banyak yang tak fikir panjang..
terima kasih share benda ni cik tom…kat kampung ayah saya tu… 🙁
takut pulak bila dengar berita ni…
pengajaran: pikir dulu sebelum buat…jangan men tuduh je… 🙂
Jom baca entri terkini SyafzMagz …Kucing VS Internet
sama2…owh kat kmpng ayah….yup betul pengajaran fikir sebelum buat sesuatu..jgn bertindak melulu..
ada juga kisah macam tu ya. Cemburu tak bertempat. akhirnya diri sendiri yg malu :-p
Jom baca entri terkini MEKAR …Stres dan Cara Unik Hindarinya
yup malu sendiri la bila cemburu tak bertempat…