Persiapan Raya di Butik JAMILAH Uda Business Centre
Alhamdulillah lega betul sebelum penghujung 2024, dah selesai bayar yuran anak-anak untuk sekolah tahun depan. Bajet pakaian dan kelengkapan sekolah lain pun dah asing sesiap dalam sampul. Jadi bincang dengan suami nak survey untuk persiapan kelengkapan raya pulak. Yelah tahun depan bersusun rapat tarikh buka sekolah, puasa dan raya bulan Feb serta Mac 2025.
Ciktom dapat tahu dari facebook yang Butik JAMILAH buka outlet terbaru di Uda Business Centre (UBC). Wah lagi senang nak pergi camni. Kalau ke Angsana tu kadang-kadang banyak melencong ke tempat lain. hihi..
Rezeki betul pergi hari tu ada parking kereta depan butik JAMILAH. Alhamdulillah.
Design Uptodate dan Moden
Design semua pakaian lelaki mahupun wanita kat Butik JAMILAH ni uptodate dan moden. Kalau masuk tak rambang mata tak sah tau.🤣 Ada kurung moden, mini kurung, kebaya, kebarung, skirt, baju melayu, Kurta KACAX dan juga aksesori seperti brooch, kain samping dan banyak lagi.
Saiz dewasa dari saiz S hingga 5XL. Saiz kanak-kanak pula saiz dari 0 hingga 12 tahun. Terdapat lebih dari 50 pilihan warna serta lebih 20 pilihan design menggunakan pelbagai material kain yang selesa dan sejuk.
Ciktom fall in love betul design baju kurung Butik JAMILAH tahun ni. Mostly tone kolor sweet ala korean gitu.
Suami ciktom memang peminat setia butik Butik JAMILAH dari zaman bujang tau. Dulu semua persiapan keluarga family dia dari emak, ayah, kakak dan abang beli kat Busana Jamilah. Sekarang ciktom terjebak sekali jatuh hati dengan design baju trendy dan kain pun berkualiti.
Kalau korang nak tahu segala pakaian wanita keluaran Butik JAMILAH ini di design oleh Puan Jamilah sendiri. Beliau dan suami sanggup pergi cari material seperti lace dan kain sehingga ke luar negara untuk dapatkan yang terbaik, berkualiti tinggi dan cantik. Tapi serius memang semua cantik dan berkualiti.
Butik JAMILAH Banyak Pilihan Sedondon Sekeluarga
Kat Butik JAMILAH ni serba lengkap kalau nak cari baju tau. Korang boleh cari untuk 1 family dari ayah, ibu, anak perempuan sampai la ke anak lelaki. Senang nak ikut tema kolor apa untuk raya depan. Senang nak cari complete satu family baru raya. Senang one stop centre je boleh jugak minta staff recommend untuk 1 family ye. Nak cari baju raya, samping, songkok atau butang melayu.
KACAX untuk pakaian lelaki.
JAMILAH untuk busana perempuan.
Pssstt… Set pakaian nikah pengantin pun ada untuk pengantin lelaki dan perempuan pun ada tau.
Ruang luas, selesa dan aesthetic
Ruang menunggu yang selesa untuk pasangan menunggu. Jadi boleh kita cuci mata lelama sikit. Yeayy!
Fitting room lawo giler uols. Cermin pun besar. Boleh la jadi model puas-puas depan cermin. Hihi..
Lagi ruang menunggu. Lawooo oit. Buat tempat shoot ootd korang.
Banyak Pilihan Sehingga Rambang Mata
Rambang mata semua design baru lawa 😍
Cuba dua dulu. Sweet kan kolor?
Sweet dooh blouse ni. Mix match dengan skirt pleated yang plain confirm lagi meletop!
Uit rasa macam feeling cikgu pulak. See semua latest design lawa dan sweet.
Haa ciktom dah payung port baru nak shopping baju raya. Jomlah bawa family survey dan beli baju raya kat sini. Mudah tau 1 keluarga settle dalam 1 butik je. Harga pun mampu milik serta berkualiti.
Ciktom share sekali lokasi Butik KACAX dan JAMILAH, senang korang nak pergi shopping baju raya dengan keluarga.
Sharing is caring