Projek Berjemaah Makan Spicy Ramen Samyang Pedas Giler
Assalamualaikum dan salam sayang.. Ini sebenarnya entri versi #throwback kerana kejadian sebenar waktu kitorang adik beradik buat projek berjemaah makan Spicy Ramen Samyang pedas giler ni bulan Ogos yang lepas. hihi.. Tengok dari awal tahun duk viral sana sini pasal Samyang Spicy Ramen Challenge. Siap ada buat video lagi tapi cik tom malas nak tengok video orang makan. haha..
Terpengaruh jugak cik tom pun beli la 1 kotak besar Ramen tu yang dalamnya ada 8 bungkus besar x 5 bungkus kecil=40 bungkus kecil. Tapi takdelah ciktom dan adik2 habiskan semua makan. Kitaorang buat makan 2 bungkus besar je. Yang selebihnya jual. Alhamdulillah laku keras. Untung siap boleh cover 2 bungkus besar yang kitorang makan. Ada extra lagi masuk dalam bajet perbelanjaan kahwin. hihi..
Spicy Ramen Samyang Dengan Seaweed Egg Rolls
Masa makan ni mula2 masak 1 bungkus dulu percubaan rasa macam mana. 1 bungkus ni buat makan berempat. hihi.. Adik cdah siap buat seaweed egg roll. Cantik sangat rupanya dan rasanya pun super sedap!
Seaweed plus bijan yang dia bagi dalam plastik sikit je. So, kitorang add on extra seaweed dengan gunting seaweed grilled yang memang sediada stock lebihan buat kerepek seaweed.
First suapan ramen ni dalam mulut okay lagi. Bila dah suapan ketiga tue terus meleleh air mata dan hidung. Pedas giler! Tapi pedas-pedas pun tetap teruja nak makan sedap mee yang kenyal tu rasa sedap je kunyah2. Pergh tambah lagi krup krap makan dengan seaweed rangup.haha… Nak bagi kurang pedas makan sekali dengan seaweed egg rolls.
Satu lagi tips nak bagi kurang pedas boleh tambah cheese. Tapi ciktom kurang suka sebab muak.
Dah banyak bungkus makan spicy ramen ni, sekarang cik tom dah agak kebal rasa pedasnya. Tapi bibir tetap merah dan mata berair setiap kali makan ramen samyang. hihi..
Mana Nak Beli Samyang Spicy Ramen
Macam cik tom sebelum ni beli online kat instagram. Dapat harga borong untuk 1 box. Sebenarnya ada je jual di pasaraya Giant, Jaya Grocer, Jusco dan lain-lain. Atas nasib masih ada stok atau tidak. Kebiasaannya cepat habis.
Hukum Halal ke Haram Makan Samyang Spicy Ramen oleh JAKIM
Cik tom tahu ramai benor berdebat pasal halal atau haram makan spicy ramen jenama Samyang ni. Jadi ustaz dan ustazah internet. hihi… Tapi dari berbahas tak tahu pucuk pangkal. Serahkan jelah pada yang pakar.
“Berdasarkan makluman siasatan, Korea Muslim Federation (KMF) terhadap produk mi segera itu, didapati bahawa produk tersebut tiada mengandungi bahan yang meragukan dan merupakan pemegang sijil (KMF) halal yang sah sehingga kini.
“Pihak syarikat patuh dan komited terhadap piawaian prosedur yang telah ditetapkan oleh KMF dan pemantauan secara berkala turut dilaksanakan terhadap semua industri di Korea yang diberikan sijil halal oleh KMF,” katanya dalam satu kemas kini status di Facebook “Bahagian Hab Halal, JAKIM”, sebentar tadi.-petikan dari Suratkhabar Sinar Harian, 10 Mei 2016.
Kalau korang masih was-was better elakkan dari makan ramen ni. Macam cik tom yakin dengan status halal dari Korea Muslim Federation kat plastik bungkusan tu dan juga pengesahan dari pihak JAKIM sendiri. Jadi tak payah nak argue pasal status halal haram samyang spicy ramen kat sini. huhu…
Korang pernah makan ke samyang spicy ramen ni?
Sharing is caring
saya pernah beli 1 paket mee segera korea, perisa cendawan. tak tahu lah ramen ke ape…saya beli sbb teringin nak rasa hehe…takde lah sedap mana pun kat tekak saya. dekat paket tu ade cop ACCCP (cop halal antarabangsa)
sebenarnya kan, walaupun xde cop halal, asalkan takde benda2 yg haram, boleh je makan. tour guide saya pandailah baca tulisan korea ni. so dia tahu kalau 1 benda tu boleh makan atau tidak
Jom baca entri terkini siti hazreen …Kelebihan Sebagai Dealer Public Gold
oh hazreen pernah pergi korea ek..samalah ciktom dah pernah ke sana jgk 2014..tapi gi backpack je. takde tour guide. masa kat sana kitorang banyak bawak bekal dari Malaysia. kitorang makan ramen brand nongshim yang ada cop halal. Ada baca review student Malaysia makanan mana yang halal makan. hehe
Macam pedas je, tapi macam sedap je, hehe.. Kalau di Jepun, bila sebut “ramen” nie ialah mee yang dimakan bersama sup renehan tulang & daging khinzir.. Sebab pernah dok sana dulu, jadi dalam kepala memang asyik terbayang ramen = ehem ehem, walaupun sbnrnya ada juga penyediaan ramen yang halal, hehe.. Tapi, teringin juga nak try ramen samyang nie one day, Insya Allah..
Jom baca entri terkini arnie …Percutian Percuma Di The Westin Langkawi Resort & Spa
kali pertama makan memang pedas giler…berair air mata dan rasa bengkak bibir..haha..
wooow ramen tu kat jepun maksud camtu ek…bahaya jgk tu kalau melancong ke sana..elakkan makan ramen..
Setakat ni belum pernah lagi makan Samyang Spicy Ramen ni.. tak tahulah macam mana rasanya.. saya ni takut nak mencuba makan makanan Korea.. sebab tu sampai sekarang saya belum pernah lagi makan Sushi, walaupun saya selalu belikan Sushi untuk isteri dan anak-anak..
Jom baca entri terkini anuar …Tawaran Pengiklanan Homestay di Blog Coretan Anuar sempena Musim Cuti Sekolah.
sushi ada jenis yg ciktom boleh makan & ada yang tak boleh nak masuk anak tekak…
biasa lelaki tak berapa suka makanan korea ni kot.
Ramen di indonesia mirip mie goreng ya, benar tidak sih ?
Jom baca entri terkini sepatu kets wanita …LHR 605 Jual High Heels Murah Selop Berbulu
yup ramen ni mee goreng korea la kot…hehe
Uii….mcm sedap laa…. Akak x pernah lg rasa ramen ni. Baru2 ni adik akak pi Korea, tp tlupa pula utk kirim ramen segala, padahal mmg nak rasa…. 😀
Jom baca entri terkini Zurainny Ismail …Online Shopping – 10 Easy Tips on How to Get the Best Deals
rugi tu tak kiram barang2 ke korea..ramen tu ada jual je kat sini..kalau kat korea better akak kirim barang2 cosmetic lagi murah dan banyak sample & freegift..hehe..brooch pun lawo2 diamond and murah harga..
belum try lagi. harga dia yang agak meninggi… pasal status tuh.. jadi rasa was2.. so ambil pendekatan tak beli. huhu
Jom baca entri terkini zik …Ucapan penuh ds Najib Bajet 2017 (pdf file format)
harga memang agak mahal..biaa jual di giant dalam rm25++ 1 pack ada 5 bungkus.
kalau was2 better elakkan..
Belum berani nak cuba makan spicy ramen Samyanng lagi. 🙂
Jom baca entri terkini akubiomed …Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong
kebiasaaannya orang dah ada anak ni tak suka makan ramen..kecuali anak yg nak makan..baru tumpang sekali..hihi
Tak sabar nak cuba prodak satu ni. Saya penggemar makanan pedas, biasalah orang pulau Lombok (Lombok maknanya chili). Hampir semua makanan khas pedas tanpa gula lagi.
di indonesia pun ada jual ramen samyang ni..oh baru tau maksdu lombok tu chili…ciktom ada berborak dengan husben..teringin nak bercuti ke lombok..maybe hajar boleh jadi tourist guide..hihi
Amboih…..siap ada deko deko telur lagi ye….Yelah mmg pedas pun. Hakak tak suka sangat. Anaklah yg selalu beli, hakak tumpang sesudu dua je….
telur tu nak bagi kurang rasa pedas ramen samyang ni…ciktom pun adik yang beria suka makan..wlpn ciktom yg kuar modal beli tapi biasanya ciktom tumpang diorang makan je..hehe..
sepupu saya yang pergi Korea dan makan mee ni di sana bagi petua. Jika terasa pedas sangat-sangat sampai keluar asap dari telinga , bilas dengan susu segar . Sure pedas akan cepat hilang berbanding makan gula / minum air manis.
Jom baca entri terkini Azlan …9 Cara Buat Invoice Online Percuma & Profesional
ciktom dah try minum susu lepas makan ramen samyang ni tapi tak best!susu tu jadi rasa pelik..rasa tak ngam minum susu dengan ramen..hehe