Resepi Agar-agar Nescafe Layer Susu
Assalamualaikum dan Salam Sayang… Slot masak-masak kita hari ni ialah resepi agar-agar nescafe layer susu. Bagi yang penggemar minuman nescafe mesti suka agar-agar perasa nescafe susu ni. Dah lama buat agar-agar nescafe susu ni sampai dah lupa bila. Hehe..
Ayah cik tom memang suka agar-agar nescafe layer susu sebab rasanya pahit-pahit manis berlemak gitu. Sesuai dengan selera orang berumur. Tapi anak buah cik tom yang kecik pun suka jugak! So, sesuai untuk semua generasi terutamanya penggemar tegar nescafe.
Resepi & Panduan Bisnes Air, Dadih & Mousse Style Hotel
Bahan-bahan Bagi Resepi Agar-Agar Nescafe Layer Susu
30 gram agar-agar tali (cik tom guna cap layang2)
8 gelas air (cik tom guna gelas kaca saiz standard orang pakai)
1 gelas susu pekat
1 gelas gula
1 1/2 sudu kecil nescafe
Cara-cara Masakan Resepi Agar-Agar Nescafe Layer Susu
- Masukkan air dan agar-agar tali ke dalam periuk dan biarkan agar2 cair dan mendidih.
- Selepas mendidih, tutup dan bahagikan agar-agar kepada dua periuk berasingan (untuk 2 adunan).
- Adunan pertama panaskan dengan api perlahan dan masukkan 1 gelas susu pekat. Gaul sehingga sebati.
- Adunan kedua panaskan dengan api perlahan dan masukkan gula serta serbuk nescafe. Gaulkan sehingga gula cair dan adunan sebati.
- Okay dah sebati kedua2 adunan. Jangan matikan api. Biar je dengan api perlahan.
- Masukkan adunan pertama iaitu susu ke dalam loyang. Jangan letak semua tau! Letak cukup2 untuk 1 layer dalam 2 cm camtu. Biarkan ianya sejuk. **untuk cepat sejukkan agar-agar rendamkan bekas loyang ke dalam bekas mengandungi air.
- Cuba goyang2kan agar-agar 1st layer. Kalau agar tue dah bergoyang (maksudnya dah agak keras), boleh masukkan lapisan kedua dengan adunan kedua (nescafe).**Tapi jangan terlampau sejuk nati untuk next layer tak bercantum pulak agar-agar korang.
- Ulang langkah 6-7 untuk korang selang-seli kan lapisan agar-agar nescafe dan susu sehingga habis.
- Dah habis semua, sejukkan dalam peti untuk 2, 3 jam sebelum ready untuk korang potong dan makan!
Resepi kek cheeseResepi pau, bun dan pizza Resepi kek coklatResepi cupcakes
Cik tom buat guna 2 loyang kecik. So, cepat sikit sejuk agar-agar. Cuma bajet nak buat 4 layer tapi tak cukup. Sempat jadi agar-agar nescafe susu three layer je. Hehe…
Selamat mencuba resepi agar-agar nescafe layer susu!
Sharing is caring
Memang sedap layan masuk mulut laju jer.
Jom baca entri terkini akubiomed …Cara pairing Xiaomi Xiaoyi Ants Camera
aah memang laju tak sedar..sambil2 pulak minum petang tengok sinetron kat tv…hehe
Wah cantik bentuk agar2 nescafe tu..ciktom potong dgn pisau apa ye?
cik tom potong guna pisau utk potong agar2..sorry tak dapat nak snap dan tnjuk sebab pisau tu kat kampung..huhu….contoh gambar cik tom google; Pisau potong agar2 besi atau Pisau potong agar-agar plastik