Resepi Ayam Masak Kicap Mudah dan Sedap
Salam.. Kali ini cik tom nak share resepi cara nak buat resepi ayam masak kicap yang cik tom masak. Cik tom suka masak resepi ayam masak kicap sebab cara yang mudah nak masak dan menyelerakan. Resepi masakan ayam masak kicap yang cik tom masak ini hanya untuk anggaran 2 orang makan. So, kalau untuk lebih dari kuantiti tue korang boleh ubahsuai kuantiti tue ye. Cubalah resepi bujang ayam masak kicap.
Bahan-bahan Resepi Ayam Masak Kicap ( untuk 2 orang makan )
1 mangkuk kecil isi ayam (dipotong kecil)
2 sudu besar kicap
2 ulas bwg putih (ditumbuk)
1/2 labu bawang besar (ditumbuk)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
2 biji cili padi (dihiris)
1/4 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1 sudu kecil minyak untuk menumis
Cara-cara masakan resepi ayam masak kicap;
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Kemudian tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar sehingga naik bau wangi.
3. Masukkan ayam, kicap, cili padi, sedikit air dan kacau sehingga rata.
4. Tutup kuali untuk masak ayam sehingga empuk.
5. Masukkan bawang besar yang dihiris ke dalam kuali.
6. Masukkan garam dan serbuk perasa. Masukkan air sedikit lagi kalau nak berkuah.
7. Tutup kuali seketika sahaja. Siap untuk dihidang dan dimakan.
Selamat mencuba resepi ayam masak kicap mudah dan sedap 😉
Sharing is caring
+ 1 resepi ni hehehe. selalu sgt makan yg ni sebab mudah kan 😀
Jom baca entri terkini shah blogger …Template Seo Blogger | by forblogger
hehe..rasa kena stop sementara kot resepi masak memasak ni..or publish sekali 2kali seminggu je sebab ada yang dah tegur blog jd blog masakan..haaaaha
tngah lapar niiiiiiii.:(
Jom baca entri terkini tzmlt …Dinosaur Akan Kembali 10 Tahun Lagi
kalau lapar boleh cuba masak..hee
kalau nak tambahan rasa & kuah jd pekat sikit..bubuh sos tiram.
Jom baca entri terkini ujie …SAKA: Warisan Yang Menyusahkan!
yup betul..lagi sedap kalau campur dengan sos tiram..kuah jadi lagi pekat…
Saya amat suka masak kicap, kadang kala sardin dan temenung rebus pun saya masak kicap dengan kuah likat sikit .. hai terliur nih he he . .
Jom baca entri terkini musi …Apakah Yang Harus Dilaksana Sebelum Tidur:> TAFSIR HAQIQI
temenung tue apa ye?hehee…ciktom suka sardin gulung je..kalau lauk sardin xberapa sgt..heee
Ayam masak kicap mudah dan sedap. Anak2 pun suka 🙂
Jom baca entri terkini Mrs redzuan …dah naik kapal terbang ni!
tue la..adik2 cik tom pun suka masakan kicap..mudah pun mudah nak masak..hee
aik dah jadi blog masakan pulak hee..gaya terlihat daha da org masok ming ker hee..
kicap masak apa pun mmg sedap..resepi pun ringkas heee
Jom baca entri terkini suri …Kerana Cinta Akukah Yang Terluka
saje je..sekarang hobi memasak..hee…takdelah orang masuk meminang pun…saja nak share resepi yang cik tom biasa masak..
boleh jugak lah try kat buat kat rumah ayam kicap nih. trimas share resepi ciktom! 8)
Jom baca entri terkini kopisoda …penat
sama2..selamat mencuba ye..
sedap dan terliur la plak
Jom baca entri terkini Juan …Sadis! Iklan Israel Promosikan Melanggar Budak Palestin
kalau dah terliur…boleh la cuba masak pulak kan..hee
sesuailah dengan saya… tgh berpantang sesorang kat rumah…..waaaaaaaaaaaaaaaa
Jom baca entri terkini zack …Penyakit Sawan Tarik -Bahayanya Kepada Bayi
jangan sedih2 ye…kena banyak bersabar..tahniah dapat baby baru..cik tom banyak share resepi simple2…blog cik tom share resepi yang simple dan mudah untuk abang zack cuba 😉
cik tom, serbuk perasa tu nama ape? rasaku tu ke? pernah mase tu, ada sorang akak ni, masak daging masak kicap jugak, pakai sos lada hitam life. bessst giler3 dia masak. tapi anis buat xpernah sedap..xtau kenapa..masak mmg fail hahaha
serbuk perasa tue mcm sesedap rasa jenama knorr or cukup rasa yg maggi..
Dak cuba resepi kat anak-anak di rumah, nampak so simple buatnya…..
Jom baca entri terkini Ami Mulyadi …Paket Umroh Maret 2017 Penuhi Panggilan Allah
Sedapnya.. mesti kena cuba resepi ni. Kuah nampak pekat dan menyelerakan.
Ayam masak kicap memang best! Kegemaran orang kita. Macam-macam resepi dan variasi orang kita olah masakan menu ayam kicap ni.
Kami pun jadikan menu ayam kicap sebagai produk utama restoran kami.