Resepi Cupcake Chipsmore Guna 2 Bahan Mudah

Resepi Cupcake Chipsmore Mudah | Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.. Eda nak kongsikan cara buat cupcake chipsmore semudah ABC. Hanya memerlukan dua bahan sahaja. Cupcake ni memang sesuai sangat dijadikan aktiviti hujung minggu atau semasa cuti sekolah bersama anak-anak kerana menggunakan bahan yang mudah.

Anak-anak buah eda kebanyakannya memang suka makan biskut chipsmore. Jadi ngam sangat bila eda buat cupcake chipsmore ni. Buat sikit tak cukup tau. Kena repat buat bebanyak. Maklum la anak buah ramai. Sekali serbu makanan atas meja tu sekejap je habis. haha.. Tapi eda tak kisah. Suka je tengok bila apa yang eda masak tu anak buah makan sampai habis.

Yang eda marah kalau anak buah membazir makan atau dah kenyang nak makan lagi. Kira makan bukan sebab lapar tapi ikut hawa nafsu makan.

Opss.. melalut banyak pulak eda. haha… Jom tengok cara buat cupcake mudah cara eda.

Resepi Cupcake Chipsmore Mudah

Resepi Cupcake Chipsmore Mudah

Bahan- bahan Cupcake Chipsmore ;

2 paket Biskut Chipsmore
200 ml Susu coklat farmfresh

Cara- cara Membuat Cupcake Chipsmore:

  1. Hancurkan biskut chipsmore.
  2. Masukkan biskut ke dalam pengisar.
  3. Campurkan susu coklat ke dalam pengisar tersebut.
  4. Kisar bahan sehingga biskut hancur dan sebati.
  5. Panaskan bekas kukusan.
  6. Masukkan adunan yang siap ke dalam acuan cupcake atau Loyang.
  7. Kukus selama 30minit.

Tips tambahan untuk menjadikan cupcake lebih menarik, boleh ditabur sedikit hiasan seperti coklat rice warna warni di atas adunan.

Jika semasa mengukus adunan, adunan tidak naik dan nada air wap yang masuk di dalam adunan, anda boleh la tutup setiap cupcake dengan aluminium foil atau baking paper. Semoga bermanfaat perkongsian resepi cupcake coklat dari eda kali ini.

Eda baru lepas tengok drama “Bahagia Bukan Bidaan”, tertarik pulak dengan kata- kata madah pujangga dari Adi Putra iaitu “Kebahagiaan tak menjamin bersyukur, tapi bersyukur menjamin kebahagian dan itulah kebahagiaan yang sebenarnya”.

Jadi bersyukurlah dengan setiap rezeki yang kita dapat kerana rezeki bukan dalam bentuk wang ringgit je, Rezeki dari Allah dalam pelbagai bentuk seperti kesihatan yang sihat, keluarga yang peyayang, suami yang baik, anak-anak yang aktif dan sihat, pekerjaan yang baik, sahabat handai dan sebagainya. Bila bersyukur insyaAllah kita akan berlapang dada dengan segala ujian dariNYA.

Selamat mencuba Resepi Cupcake Chipsmore Semudah ABC!

Sharing is caring

eda rushdi

Penulis baru di blog ciktom[dot]com. Masih belajar dan belajar dalam memperbaiki teknik penulisan. bakal mencari idea-idea baru untuk ditulis. ^_^

2 thoughts on “Resepi Cupcake Chipsmore Guna 2 Bahan Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!