Resepi Daging Masak Pedas Cara Mudah dan Sedap

Salam.. Kali ini cik tom nak share resepi cara nak buat resepi daging masak pedas. Resepinya amatlah mudah, senang dan yang penting sedap. Resepi masakan deging masak pedas. Resepi masakan daging masak pedas ini hanya untuk anggaran 2 orang makan. So, kalau untuk lebih dari kuantiti tue korang boleh ubahsuai kuantiti untuk resepi daging masak pedas ini ye. Gambar daging masak pedas kat bawah ni terlebih masak pulak tomato dan kacang panjang sampai jadi layu. huhu..

daging masak pedas
Bahan-bahan Resepi Daging Masak Pedas (Anggaran untuk 2 orang makan);

200 gm daging (dipotong kecil)
1 sudu besar cili boh
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tomato
4 rempah sekawan (1/2 inci kulit kayu manis+1 kuntum bunga cengkih+2 biji buah pelaga+2 kuntum bunga lawang)
1/2 labu bawang besar (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 inci halia
1 biji tomato
2 batang kacang panjang
3 cawan air
minyak secukupnya untuk menumis

Cara-cara Masakan Resepi Daging Masak Pedas;

1. Rebus daging dengan halia, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis.

2. Biarkan hingga empuk dan tinggal sedikit airnya.

3. Panaskan minyak dan tumis bawang besar serta bawang putih sehingga wangi.

4. Kemudian, masukkan cili boh dan kacau hingga naik minyak.

5. Masukkan daging bersama airnya, tuangkan kicap, sos tomato dan kacau sehingga kering sedikit kuahnya.

6. Sebelum diangkat masukkan bawang besar, kacang panjang dan tomato yang dipotong.

7. Kacau sebentar dan hidangkan.

Selamat mencuba resepi daging masak pedas cara mudah dan sedap.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

6 thoughts on “Resepi Daging Masak Pedas Cara Mudah dan Sedap

  • September 18, 2011 at 6:01 am
    Permalink

    wah ya ini nih, tolong deh dikirim yah di jalan manukan subur VII/34 hahaha 🙂
    Jom baca entri terkini Fonega …Alpro Oh AlproMy Profile

    Reply
    • September 20, 2011 at 12:33 pm
      Permalink

      boleh aja..kalau dikirimkan juga wang..hehee

      Reply
    • September 20, 2011 at 11:32 am
      Permalink

      masaklah resepi ni…resepi daging memang sedap je masak apa ye..

      Reply
  • March 19, 2012 at 3:34 pm
    Permalink

    Hello there! If you are female and male below 26 year-old, minimum height: 157 cm for female, 165 cm for male, at least educated to High School level (SPM), pleasant disposition and great personality and proficient in English…do join us as a cabin crews…We at Aptech Aviation & Hospitality Academy (Cabin Crew Training) are looking for new talents and fresh candidates. We attach with more than 38 airlines all around the world such as Air Asia, MAS, Emirates, Qatar Airways, Royal Brunei, Qantas, Sinagpore Airlines, Kingfisher and many more. We will groom you well in every aspects so you will be really prepared to explore the whole new world in new image and new career up in the skies. For more details, those who are interested can always keep in touch with me, Zarina Zainal Abidin (019-6290910) the person in charge for cabin crews course in Aptech Aviation & Hospitality Academy (Cabin Crew Course). See you! I’m waiting for your call…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!