Resepi Ikan Masak Tumis Air Mudah dan Sedap
Assalamualaikum dan Salam Sayang… Kembali lagi cik tom dengan resepi Ikan cermin masak tumis air. Cik tom panggil ikan cermin tapi tak tahulah kalau kat tempat lain panggil nama lain. Cik tom kurang suka sikit makan ikan ni walaupun orang Terengganu yang femes dengan ikan dan keropok lekor. hee.. Cik tom lagi suka makan ikan keli masak sambal. Gambar resepi ikan masak tumis air ni pun dah lama tersimpan dalam lappy cik tom. Rasanya memang sesuai sangat update entry resepi untuk segmen masak memasak time malas blogging ni. huhu…

Bahan-bahan Resepi Ikan Masak Tumis Air Mudah dan Sedap:-
2 ekor Ikan cermin (saiz sederhana) **boleh tukar kepada jenis ikan lain
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 labu bawang besar (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 cili merah (dihiris)
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
1 batang serai (dititik)
1 sudu perasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa
Cara-cara Masakan Resepi Ikan Masak Tumis Air Mudah dan Sedap:-
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
2. Kemudian tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau wangi.
3. Masukkan air, lada hitam, serai, halia, perasa dan garam.
4. Selepas mendidih masukkan ikan dan cili merah.
5. Kemudian tutup kuali dan biar ikan masak.
6. Siap untuk dihidang dan dimakan.
Lauk ikan masak tumis air ni memang simple giler! Tapi salah satu resepi pembuka selera yang mantap kalau pekena dengan sambal belacan atau budu. Makan pulak time nasi panas-panas. Memang tak pusing kiri kanan. hehe… Ok… Sampai di sini dulu ye segmen masak memasak bersama cik tom. Selamat mencuba Resepi Ikan Masak Tumis Air Mudah dan Sedap!!
Sharing is caring

Wah… Sedapnya.. Cik Tom ni bukan sahaja pandai menulis blog dan pandai mengajar… bab memasak pun tak kurang hebatnya… Calon wanita melayu terakhir ni… Untunglah siapa yang dapat kahwin dengan Cik Tom nanti…
Jom baca entri terkini Anuar …Pendapatan RM20K Sebulan dengan menjadi Ejen Affiliate
memang nampak menyelerekan ni. kalau kena dengan nasi panas mesti powerrr !
Jom baca entri terkini azwan …Puisi : Bila Dapat Gaji
mesti santap dengan nasi panas kalau kuah pedas baru sedap
Jom baca entri terkini suri …Solat Jamak Dan Solat Qasar
mana tak kisah selau dekat rumah asa ada cili bawang merah, putih halia, asam dah blh jalan buat rebus2 ikan ni 🙂
Jom baca entri terkini suri …Pengalaman Anak Duduk Dalam Kereta
selalunya yang berkuah ini macma ini sedap di hirup masa panas-panas kena pula masa badan kurnag sihat makan terus badan keluar manik-manik peluh
Jom baca entri terkini suri …CPUV Campaigns Nuffnang 7_ 2013
makan panas-panas memang sedap. bila sejuk panaskan balik…
Jom baca entri terkini faizal …Menikmati Hidangan Melayu Di Hotel Perdana Kota Bharu
Untung yang gemar makan ikan bertambah nasi. 🙂
Jom baca entri terkini akubiomed …Abang Koning sambut Hari Lahir
memang simple.. saya pernah mencubanya
Jom baca entri terkini Mus …Persembahan Kebudayaan Menarik Perhatian Pengunjung HPPNS 2013
Boleh la lepas ni suruh mak masak ikan masak tumis air. Dah ada resepi kan. hehe
Jom baca entri terkini Naziman Azlye …Aktiviti Harian Berkualiti Muslim
PM tak makan ikan , fobia tulang ikan…huhu
Jom baca entri terkini papa mifz …Bertegur Sapa Dengan Bro Eyriqazz
simple tapi sedapkan cik tom..kita lebih suka steam ikan ni..sebab rasa dia rasa dia maintain kot…
Jom baca entri terkini raudzah …Giveaway Butik Comel Collection
nanti resep ikan tumisnya bis asaya coba praktekkan di rumah
terima kasih ya…
Jom baca entri terkini Rina …Best List of Free PHP Website Hosting Services Providers
best resipi ni…memang gemar sangat sebab mak selalu jugak masak macam ni…
Jom baca entri terkini yusri …Tebus Backpack Bonuslink di Stesyen Shell
Ini macam singgang je. Saya suka masak simple macam ni..
Jom baca entri terkini Qashmere …Terima Kasih Lazada
saya nak minta cili dan kiah bari hirup sedap sikit..pedas ada rasa tak menjemukan
Jom baca entri terkini suri …Jangan Marah