Resepi Kuih Cara Lemak Manis semudah A.. B.. C

Assalamualaikum dan Salam Sayang….. Ingatkan nak taip sambungan kisah Jodohku Dengan Lelaki Berusia Part 1 tapi malas pulak. hmm… Tengok dalam folder draft banyak giler gambar makanan yang cik tom masak dan snap tapi masih belum buat lagi entry resepinya. So, amik keputusan proceed dengan resepi kuih cara manis cuma versi cik tom ni namanya kuih cara lemak manis. Bila makan kuih cara ni, air gula akan cair dalam mulut dan rasa lemak manis gitu. Memandai je ek.. Padahal sama je. hehe…

Resepi Kuih Cara Lemak Manis
Resepi Kuih Cara Lemak Manis

Bahan-bahan Resepi Kuih Cara Lemak Manis:

2 cawan tepung gandum
3 cawan santan pekat
3 helai daun pandan (dikisar, ditapis dan diambil airnya)
2 biji telur gred A ( jika guna telur gred lain sila tambah lagi 2 biji ye)
1 sudu kecil garam
2 sudu besar majerin cair
½ sudu kecil pewarna hijau
Gula secukupnya untuk inti kuih (ikut tahap kemanisan lidah anda ;p)

Cara-cara Masakan Resepi Kuih Cara Lemak Manis:

1.Masukkan kesemua bahan-bahan kecuali majerin dan gula ke dalam blender.

2. Kisar semua bahan sehingga sebati.

3. Tapis supaya adunan tidak berketul.

4. Apabila adunan sudah siap ditapis, masukkan ke dalam acuan yang telah dan telah disapukan dengan sedikit majerin.

5. Masukkan adunan 3/4 penuh. Kemudian masukkan gula di tengah-tengahnya dan masukkan lagi adunan sehingga penuh acuan.

6. Bakar sehingga masak menggunakan api kecil.

Ada yang tanya cik tom senang ke belajar masak ni? Hee.. Maaf ye cik tom bukanlah pakar masakan dan bukan je seorang yang terer memasak. Cuma cik tom suka mencuba sesuatu yang baru.

Pendapat cik tom untuk memasak ini perlukan kerajinan dan semangat untuk mencuba. Kalau ada apa-apa resepi, cuba baca dulu dan fahamkan stepnya barulah mula memasak. Lagi bagus susun terus bahan2 yang akan digunakan. Jangan tengah masak tue baru nak tengok satu persatu, tue yang sebabnya masakan selalunya tak menjadi.

Gagal sekali bukanlah bermakna gagal buat selamanya tau yunk. Oklah selamat mencuba ye Resepi Kuih Cara Lemak Manis semudah A.. B.. C!!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

66 thoughts on “Resepi Kuih Cara Lemak Manis semudah A.. B.. C

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!