Resepi Kuih Vadei Mudah dan Sedap
Assalamualaikum dan salam sayang… Slot masak-masak kita hari ini ialah resepi cara nak buat kuih vadei atau ada yang panggil masala vadai atau wadey. Banyak giler namanya. Tapi famili cik tom biasa sebut vadei je. Cik tom tak berapa gemar vadei ni tapi vadei ini salah satu makan kegemaran ayah cik tom. Jadi kena la belajar cara nak buat wadey ni macam mana ye dop?
Gambar dibawah ni waktu cik tom belajar kali pertama buat vadei ni dengan housemate, Hawa dan Shida. Tak sangka pulak Hawa pandai buat masala vadai ni. Yang kelakar masa nak buat wadey ni merata kitorang cari daun kari tak jumpa sebab takde jual. Last2 kitorang tebalkan muka tanya jiran dan minta dengan mak cik tue. Baik sangat mak ciknya sebagai tanda terima kasih kitorang bagi jugak vadei ni kat mak cik selepas siap masak.
Sebenarnya waktu kitorang masak ni resepi main campak2 je takde spesifik sukatan untuk buat. Kacang dhal tu pun beli RM1 je. hehe… Tapi alhamdulillah lepas rendam semalaman kacang tue jadi kembang dan bila buat memang banyak jugak dapat vadei ni.
Jom ikuti gambar langkah demi langkah cara buat vadei ni seperti dibawah ye. Eh langkah no 5 tu sebenarnya gambar masa cik tom bentukkan begedil sardin tapi lebih kurang je caranya so cik tom copy gambar tu je masuk kat sini. Masa bentukkan vadei ni takde siapa nak ambil gambarnya. hehe..
Resepi Kuih Vadei Mudah dan Sedap

Bahan-bahan Resepi Kuih Vadei Mudah dan Sedap;
250 gram kacang dhal (direndam semalaman-rendam dengan air yang banyak ye)
2 tangkai cili kering (dihiris halus)
1 tangkai daun kari (dihiris halus)
1 labu bawang besar (dicincang halus)
1 sudu kecil jintan manis (tumbuk halus)
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng
Cara-cara masakan Resepi Kuih Vadei Mudah dan Sedap
- Bersih dan toskan kacang dhal yang telah direndam semalaman.
- Kemudian, kisar atau tumbuk kacang dhal sederhana halus. Macam cik tom buat blender tak hancur mana ada tinggal juga sikit2 yang ada biji sebab lagi sedap.
- Satukan semua bahan-bahan dalam 2 mangkuk kecuali minyak. Gaulkan sehingga sebati.
- Kepal/padatkan dan kemudian bentukkan sedikit leper. Buat sehingga habis adunan kacang dhal.
- Panaskan minyak dan bila minyak betul2 panas, boleh gorengkan vadei secara deep ffry sehingga masak iaitu berwarna kekuningan. Waktu menggoreng guna api sederhana ye.
- Dah masak, angkat dan toskan minyak. Siap dan sedap untuk dimakan panas2!
Tips untuk gerenti jadi cara buat vadei/ masala vadai/wadey
Tips ni semua cik tom ambil dari blog mamak; Resepi kueh masala vadai penang tapi diolah dengan ayat cik tom sendiri. hehe…
Tips pertama untuk mudah bentuk vadei ni ialah boleh korang guna sarung tangan plastik atau basahkan tapak tangan bagi mudah dan kacang dhal tidak melekat pada tangan.
Tips kedua, sila pastikan minyak betul2 panas sebelum menggoreng dan bila nak goreng tu pulak just guna api sederhana. Kalau silap teknik mau bertaburan vadei korang waktu menggoreng ni.
Tips ketiga, jangan goreng vadei terlampau banyak dalam satu kuali. Limit kan kepada 4-5 ketul sahaja. Vadei cik tom dan kawan2 masak ni bentuknya kecik aje so okay je goreng 7 sekaligus. hehe..
Resepi cara buat vadei ni mudah dan ringkas je kan? Selamat mencuba Resepi Kuih Vadei Mudah dan Sedap!
Sharing is caring
Info yg menarik.. dah lama tak makan kuih Vadei ni…
Jom baca entri terkini anuar …Peluang Buat Duit TANPA MODAL di musim Cuti Sekolah Dengan Menjadi AFFILIATE BookCafe.com
cik tom kurang vadei ni..tapi sebab ayah suka tu rajin nak belajarnya..hehe
Kalau sarapan pagi dikedai mamak memang wajib makan Vadei. 🙂
vadei mmg biasa jadi kegemaran utk sarapan pagi..sama dgn ayh ciktom..
dulu Mak selalu buat kuih nie.. biasa pangil magelek. saya suka jugak makan…..
oh banya betul versi nama..kali pertama dengar kuih magelek..heheh
Memang menjadi la cik tom.. Best. Best..
alhamdulillah. boleh cuba resepi lain pulak banyak kat blog cik tom especially aiskrim. 🙂