Resepi Mudah Cara Buat Coklat Chip Cookies M&M
Assalamualaikum dan salam sejahtera…. Resepi mudah cara buat coklat chip cookies M&M kali ini dari air tangan adik cik tom, Ika. Cik tom jadi assistant je tolong sukat bahan-bahan untuk buat coklat chip. Ika belajar resepi chocolate chip cookies dari cikgu kat sekolah semasa kelas subjek kulinari.
Actually coklat chip cookies ni kitorang dah buat pertengahan tahun aritu dan repeat buat lagi sebagai biskut raya time Hari Raya Aidilfitri yang lepas.
Memang sekejap je habis kitorang makan biskut coklat chip tu dalam balang. Sambil duk layan movie dalam laptop sambil tu kunyah makan choc chip cookies M&M.
Baca juga: Resepi Biskut Penyet ala Cookies Famous Amos
Resepi Mudah Cara Buat Coklat Chip Cookies M&M
Sumber: Cikgu Kulinari
Percubaan: Ika Rushdi
Bahan-bahan Mudah Coklat Chip Cookies M&M;
120 gram tepung gandum
100 gram planta
25 gram gula perang
60 gram coklat chip
30 gram badam tanpa kulit (dicincang kasar)
1/4 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara Membuat Coklat Chip Cookies M&M;
- Sila timbang tepung gandum, planta, gula perang, coklat chip dan badam.
- Putar gula perang dan planta dalam mangkuk adunan.
- Masukkan tepung, coklat chip dan badam ke dalam mangkuk adunan. Gaulkan menggunakan spatula sehingga menjadi doh.
- Bentuk biskut coklat chip menggunakan camca teh (sudu kecil) dan kemudian tekan garfu pada untuk leperkan biskut coklat chip di atas dulang pembakar yang telah disapu dengan mentega pada permukaan dulangnya.
- Letakkan sebiji coklat M&M diatas setiap cookies.
- Simpan sejam dalam peti sejuk.
- Keluarkan dari peti. Bakar dalam ketuhar bersuhu 180°C selama 10-15 minit.
- Sejukkan di luar ketuhar seketika sebelum ambil cookies dari dulang. Simpan dalam bekas kedap udara.
Baca juga: Resepi Rahsia Biskut Raya Homemade
Cara buat coklat chip cookies dia atas adalah perkongisan dari adik, ika. Macam comel pun ada baca first step timbang bahan-bahan adunan. hihi..
Yang atas ni gambar biskut coklat chip yang dah simpan dalam balang. Yang balang kecil tudung biru tu ika hadiahkan pada Cikgu Maggie. Ika siap decorate lagi balut botol tu cantik-cantik dan letak reben. Cik tom lupa nak snap gambar.
Selamat mencuba resepi mudah cara buat coklat chip cookies M&M!
Sharing is caring
resipi menarik untuk tuan punya blog yang cantik. terima kasih atas perkongsian ini.
Jom baca entri terkini Encik Ketam …Intoduction To Webhostinng Before You Create Your Self Host Website
Seronok buat hidangan tetamu yang datang. Macam nak sambut Hari Raya. 🙂
Jom baca entri terkini akubiomed …Mi Band 2 untuk mereka aktif dan bajet kecil
Sedap nih.. takda untuk tester ke.. hehe
Jom baca entri terkini zik …Keputusan penuh pemenang, Anugerah Skrin 2016 tv3
mmg menarik la letak coklat m&M.. nie kalau jual.. pengemar m&m mesti sapu dulu..
Jom baca entri terkini Hairul HIssam …Skim Latihan Siswazah Menganggur Dgn BIsnes Makanan. Betul Ke Jual Putu Mayam Dgn FB Nie