Resepi Puding Jagung Mudah dan Sedap
Salam.. Kalau balik bercuti kat kampung memang seronok dan rajin je nak cuba pelbagai resepi baru. Yelah ramai orang kat rumah bolehlah diorang merasa dan jadi pengkritik. Baru-baru ini cik tom cuba buat resepi puding jagung mudah dan sedap yang cik tom ambil dari buku resepi masakan emak. Ini percubaan pertama dan alhamdulillah rasanya sedap dan rupanya mudah untuk buat resepi puding jagung ni. Biasa sebelum ini cik tom suka beli je 5 potong puding jagung RM2.00. Buat puding jagung sendiri lagi best sebab boleh letak jagung banyak2. Kalau rajin boleh buat bisnes untuk bulan puasa nanti. Huhu 😉

Bahan-bahan Resepi Puding Jagung:
1 cawan tepung kastard
1 cawan jagung manis
3 cawan air
½ cawan gula
1 ½ cawan susu cair
1 sudu besar majerin
Cara-cara masakan Resepi Puding Jagung:
1. First, campurkan bahan tepung kastard, gula, jagung, susu cair dan air ke dalam periuk. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati dan pekat diatas api sederhana. **pastikan sentiasa kacau untuk elakkan tepung kastard melekat pada periuk.
2. Tambahkan majerin apabila adunan puding menjadi pekat dan kacau sehingga sebati.
3. Kemudian tutup api dan cepat-cepat angkat dan masukkan ke dalam loyang atau acuan yang disukai sebabnya puding ini cepat sejuk (keras).
4. Masukkan loyang ke dalam peti sejuk dan sejukkan.
5. Bila dah sejuk dan keras, siap untuk dihidangkan.
Mudahkan nak buat puding jagung ni? Selamat mencuba Resepi Puding Jagung Mudah dan Sedap!
Sharing is caring
wahh nampak snang ja cara buatnya cik tom. mahu try buat nanti :))
selamat mencuba ye
mmg mudah2..kanak2 kecil mesti suka.. 🙂
kanak2 mmg suka makanan yg lembut dan warna terang @ menarik..
my peberet ni
terliur la pulak 🙂
boleh cuba sendiri..mudah je..
bak sikit. hantar ke banting leh?
xleh..berkulat la sampainya!
wahh..macam best je buat puding..
cubalah buat sendiri mmg sedap!
wahhh nmpk sedap..suke..sukee 🙂
boleh cuba untuk famili..sesuai sangat kalau jadi juadah berbuka puasa akan datang.
Mudah dan sedap. My ayah suka makan kuih ni sbb lembut..
mmg lembut… lg best kalau makan sejuk2 lepas keluarkan dari peti sejuk…
cik tom kita cma temujanji pula..sama je menu kita nih heee…camner nk tukar2 menu msakn dapur ni hee..
eh suri pun buat puding jagung ek?? hehee… ada chemistry la tue..hik2
tengok warna kuning mmg mengancan lom lgi masok mulut heee
warna kuning hasil dari tepung kastard memang cantik..
cik tom memang rajin
rajin kalau ada orang yang nak merasanya…hee
nyummy..chii pun suka puding jagung gak..tp nak lg best..buh dlm peti ais.kasi sejuk..best kan
yup betul tue sejuk2 keluar dari peti lagi best!
ciktom, kak lina ambil resepi puding jagung ke Yoskshire, England. Kakak balik S’pore nanti baru hantar laporan. Take care dear, bye!
ok akak…take care to u to sis.. 🙂
akak…tq suke dpt resepi mudah cam ni…sedap lak tu..tq for the resepi
sama2…tahniah berjaya buat puding jagung yang sedap.. ada banyak lagi resepi yang cik tom pernah share sebelum ni.. boleh refer pada category or menu resepi.
Saya suka makan Puding Jagung tetapi didalam kuantiti yang sedikit. Sedap makan ketika masih panas lagi.
means potong puding kecik2 ek..owh suka panas2..ciktom suka yg dr peti sejuk…best ..hee
Nak try resepi cikTom pulak lah, sebab myra dok buat selalu lembik 😀
ciktom buat alhamdulillah ok..xlembik…selamat mencuba.
sy try buat tapi jadi krim pula.. apa yg salah agaknya ya?