Resepi Sayur Kacang Botor Masak Hitam Manis

Salam… Kali ini cik tom nak share masakan cik tom yang diberi nama Resepi Sayur Kacang Botor Masak Hitam Manis. Sesuka hati je cik tom bagi nama. hehe… Hitam manis sebab masakan ini menggunakan kicap manis dan sos tiram. Masakan sayur kacang botor antara sayuran kegemaran cik tom.  Dulu tak suka sangat pun makan sayur tapi semenjak belajar kat UiTM Jengka, cik tom banyak belajar makan sayur. Makan sayur ini bagus untuk kesihatan diri sihat dan kuat.

Resepi Sayur Kacang Botor Masak Hitam Manis
Resepi Sayur Kacang Botor Masak Hitam Manis

Bahan-bahan Resepi Sayur Kacang Botor Masak Hitam Manis:

300 gram kacang botor (dipotong)
50 gram ayam (dipotong kecil)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
2 biji cili merah (dihiris)
½ labu bawang besar (dihiris)
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-cara masakanResepi Sayur Kacang Botor Masak Hitam Manis:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau harum.

2. Masukkan ayam dan kemudian masukkan semua bahan-bahan lain. Kacau rata.

3. Tutup kuali seketika sahaja untuk empukkan bahan masakan.

4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba Resepi Sayur Kacang Botor Masak Hitam Manis yang memang mudah dan cepat untuk disediakan walaupun lepas balik kerja.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

45 thoughts on “Resepi Sayur Kacang Botor Masak Hitam Manis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!