Review Novel “Akulah Cinderella”
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Saya “eda rushdi” ialah penulis baru di blog ciktom.com yang akan menulis post entry mengenai review novel-novel yang pernah saya baca. Idea penulisan review novel ini hasil idea asal kakak saya, cik tom selepas melihat minat saya yang mendalam dalam membaca dan mengumpul koleksi novel. Novel pertama yang akan saya review ialah novel “Akulah Cinderella”. Ini ialah novel hadiah dari kakak saya bersempena birthday saya.
Review Novel “Akulah Cinderella”

AKULAH CINDERELLA
Penulis: NOZI DANISYA (Terbitan Kaki Novel)
~Bila benci bertukar cinta, hati bak waja pasti luluh dek hangatnya api asmara.~
Harga: RM18 (SM) & RM21 (S/S)
Muka surat: 376 m/s
Sinopsis Ringkas Novel “Akulah Cinderella”:
Nur Aisyah yang biasa dipanggil Syah adalah seorang gadis manis yang cekal menggalas tugas kedua orang tuanya yang telah pergi buat selama-lamanya. Seorang yang tegas, bertanggungjawab dan sangat melindungi lima orang adik-adiknya. Ketiadaan ibu dan ayah memaksa dia membulat tekad berhenti sekolah untuk bekerja dan menukar imej menjadi seorang tomboi demi tidak menjadi mangsa buli lagi.
Takdir telah menentukan Syah bertemu dengan Syafiq, seorang lelaki yang panas baran dan bermulut celupar yang dilabel sebagai musuh utamanya. Bencinya terhadap lelaki itu melangit tinggi sehinggalah dia telah mengisytiharkan perang terhadap lelaki itu. Pertengkaran demi pertengkaran tercetus diantara Syah dan Shafiq dek kerana ego masing-masing.
“Oi mangkuk ayun! Kau ni apa hal? Nak cari gaduh ke?”
“Oi pendek! Kalau aku gaduh dengan kau pun tak seronok tahu? Lembik!”
Secara kebetulan juga Syah telah menyelamatkan nyawa Datin Zulaikha, seorang wanita kaya yang baik hati dan juga ibu kepada Shafiq. Kesengsaraan hidup Syah telah menyentuh hati Datin Zulaikha dan cuba untuk membalas budi baik gadis itu dengan mengambil Syah dan adik-adiknya sebagai anak angkatnya tanpa pengetahuan lelaki itu.
Bagaimanakah reaksi Shafiq?
“Apa ni? Nak cari gaduh ke?”
“Apa dia? Aku buat apa?”
“Kau luku kepala aku tu kenapa?”
Bolehkan mereka berdamai? Bolehkah Shafiq menerima Syah dan adik-adiknya? Adakah Syah akan selamanya menjadi tomboi dan bersikap dingin terhadap Shafiq? ‘Akulah Cinderella’ ada jawapannya.
Secara keseluruhan, rating saya berikan bagi novel “Akulah Cinderella” ialah 3 dari 5 (3/5). Pendapat saya pada sesiapa yang suka scene pasangan kekasih bertengkar memang pasti akan sukakan novel ini sebab nampak cam couple sweet je. Cuma bagi saya sebab terlampau banyak scene bertengkar so rasa agak bosan. Maaf ye ni hanyalah pendapat peribadi saya dan mungkin berbeza minat dengan orang lain yang membacanya.
Sharing is caring
minat yang sangat bagus…bestnya boleh baca novel…akak belum ada masa lagi nak selak novel.. cuma sekarang ni cover novel kebanyakannya tak menarik minat golongan umur pertengahan nak membacanya… terlalu “remaja” hehe…
Jom baca entri terkini rozita …Sakit jiwa kan orang ni?
Fuhh, tebalnya..Novel2 isteri yang beli 2-3 tahun lepas, ada yang belum buka lagi…
Jom baca entri terkini eyriqazz …Segmen – Saya Mahu Ditegur
Kita suka baca sinopsis novel cik tom coz nak baca noivel sampai habis lambat..tak sabar nak tau ending..so baca sinopsis then buat conclusion sendiri. he..he
Jom baca entri terkini raudzah …Rakyat Malaysia Paling Sosial Di Dunia?
Amat berguna bagi peminat2 novel tapi tidak buat sayalah cik tom. Kurang berminat dengan novel, tapi wife saya sukalah… 🙂
p/s: Mungkinkah permintaan cik tom tertunai kali ini? Sila pastikannya sendiri…
Jom baca entri terkini Bin Muhammad …Permintaan Anda Tertunai Sudah – Episod 2
aku bukan cinderella tpi untuk anak bolehlah kot heeee
Jom baca entri terkini suri …Potensi Bersara Wang Tetap Bercambah
cik tom kalau cerita dia best baghu kt fb hee blh ambe beli tambah koleksi lagi
Jom baca entri terkini suri …Ubat Bagi Yang Lalai
Nampak macam menarik je Novel “Akulah CInderella” ni… Saya nak beli satu dan baca sampai habis. Kalau takde masa pun akan spend masa untuk baca… Thanks “eda rushdi” fro introducing this book…
Shila
Jom baca entri terkini Shila …BISNES SEWA KANOPI – UNTUNG KE?
sekarang nih amat jarang melihat wife PM baca novel…
Jom baca entri terkini papa mifz …Kenali Lego Sebelum Pergi Legoland
Novel yang best, bisa jadi bacaan dikala sore hari nie…
Jom baca entri terkini Rina …Create SEO Friendly URLs Rewrite Using Htaccess And Mod_Rewrite
menarik gak, kalau famous nt adela yg buatkan filem novel ni hehe
Jom baca entri terkini Wan Gerrard …Liverpool 0-1 Southampton: Sesat di Anfield
ohh..ada penulis baru nih..
Jom baca entri terkini ohcikgu …Keputusan penuh perlawanan Piala Malaysia Watson – 21 September 2013
kalau banyak scene negative dalam novel boleh mempengaruhi emosi kita yang baca, betul tak?
Jom baca entri terkini faizal …Bayi 5 Tahun Meninggal Dunia Di Taska
sokong2.hehe. jangan je ada banyak unser negatif. payah kita.
Jom baca entri terkini pahan …3 Mac Software Terbaik Yang Perlu Kau Tahu
saya baca-baca dulu nih review novelnya. sepertinya bagus alur ceritanya..
Jom baca entri terkini Nakusan Bali …Event Philips: Kota Terang Hemat Energi Di Bali
suka cerita novel 3 segi ada semangat nak baca heee
Jom baca entri terkini suri …Solat Jamak Dan Solat Qasar
salam mana sahabat saya cik tom diam sebulan dua kurnag sihat atau sambung belajar?
Jom baca entri terkini suri …Aku Frust Giler
buku novel saya baru borong buku dari keluaran kaki novel best gak 🙂
Jom baca entri terkini suri …Job Di Rumah Lawan Suri Rumah Pemalas
hoho adik beradik sama-sama tulis blog
Jom baca entri terkini sabree hussin …Formula Efektif Hapuskan Fobia Pengucapan Awam Dengan Cepat