Sambal Garing Ummi Sekali Cuba Pasti Nak Lagi

Sambal Garing Ummi Sekali Cuba Pasti Nak Lagi | Betapa beruntung dan mudahnya kita kini tidak perlu lagi bersusah payah untuk keluar membeli sebarang makanan. Bila perut terasa lapar je, picit2 handphone terus makanan akan dihantar melalui COD atau pos. Kini semuanya hanya dihujung jari. Antara produk yang makin laris permintaan dam dikomersilkan di pasaran  ialah SAMBAL GARING UMMI.

Sambal Garing Ummi Sekali Cuba Pasti Nak Lagi

Sambal Garing Ummi Sekali Cuba Pasti Nak Lagi

Sambal Garing Ummi ialah sambal ikan bilis yang digoreng garing dan dimasak kering agar tahan lama tanpa bahan pengawet. Sedap dimakan bersama nasi putih, bubur , roti, ketupat, lemang dan juga mee.

Produk sambal garing keluaran Bumiputera ini sudah pasti dijamin HALAL, sedap dan diperbuat dari bahan premium.

Bahan-bahan Sambal Garing Ummi

Sambal Garing Ummi ini dimasak bersama bahan-bahan premium dan berkualiti iaitu termasuk bawang putih, ikan bilis, bawang merah, lada kering, kacang tanah, garam, asam jawa serta serbuk perasa yang dibenarkan.Yang penting tanpa bahan pengawet  atau pewarna tau.

Kelebihan Sambal Garing Ummi

  1. Menjimatkan masa kerana ianya produk sedia untuk dimakan. Korang cuma perlu buka penutup botol dan sedia dihidangkan.
  2. Enak dimakan begitu sahaja. Sesuai sebagai kudap-kudap yang boleh diratah begitu sahaja
  3. Sambal homemade yang tahan lama tanpa bahan pengawet.
  4. Sambal Garing Ummi ini memang sesuai sangat korang bawa jika pergi melancong dalam atau luar negara.
  5. Sesuai dimakan pelbagai cara bersama bubur,nasi panas dan pelbagai menu lain mengikut citarasa.
  6. Mengandungi bawang putih yang membantu mengeluarkan lebihan angin dalam badan.
  7. Kerangupan tahan lama lebih dari sebulan

Sambal Garing Ummi Sesuai Untuk…

  • Golongan ibu yang bekerjaya dan tiada masa untuk memasak dirumah.
  • Golongan bujang yang kurang pandai memasak.
  • Pelajar yang tinggal diasrama dan tidak berselera dengan menu diasrama
  • Mereka yang ingin menu simple untuk bersahur/berbuka
  • Mereka yang kurang selera makan
  • Korang yang tengah terliur baca artikel ni. Hihi….

Testimoni Sambal Garing Ummi

Korang boleh menikmati Sambal Garing Ummi ni dengan nasi panas-panas bersama telur goreng pun perghhh dah terlajak sedap tau. Jangan lupa kicap sekali. Confirm bertambah-tambah nasi. hihi..

Jom cuci mata tengok beberapa testimoni dari pelanggan Sambal Garing Ummi yang berpuas hati dengan kesedapan sambal ini.

 

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Sambal Garing Ummi boleh hubungi Ummi Sal:

Facebook: https://www.facebook.com/salamah.amat
Whatsapp: 014-5216625

Cepat-cepat order tau sebab Sambal Garing Ummi ni special homemade Ummi Sal buat dengan kasih sayang.Selalunya bila restock baru cepat je habis. Jangan menangis tepi bucu katil sudahlah. Hihi..

Korang ingin mencuba sambal garing ummi yang rangup dan sedap ini? Jom klik link >>www.wasap.my/60145216625/sambal+garing+ummi

Sambal Garing Ummi Sekali Cuba Pasti Nak Lagi. Rasailah kerangupan yang tiada batasan dengan Sambal Garing Ummi.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

5 thoughts on “Sambal Garing Ummi Sekali Cuba Pasti Nak Lagi

  • October 2, 2018 at 11:40 am
    Permalink

    Ok..akak termasuk dlm kategori –> Korang yang tengah terliur baca artikel ni. ?

    Reply
  • October 3, 2018 at 9:13 pm
    Permalink

    Sedap nampak tu..
    Nk gak cuba..nanti boleh belek-belek..

    Reply
  • October 5, 2018 at 8:05 pm
    Permalink

    Saya ingin mengikuti anda dengan kerap. Blog anda memberi saya maklumat yang sangat bagus dan berguna.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!