Secerah Mentari… Seindah Pelangi…
Salam… Hidup ini seumpama mentari, hujan dan pelangi. Adakalanya ia secerah mentari.. seindah pelangi.. Hidup ini indah bilanya ia secerah mentari. Tapi kadang-kadang kita lupa yang ada ketikanya Allah sembunyikan matahari. Allah turunkan hujan. Kita tertanya-tanya, ke mana perginya matahari. Rupa-rupanya Allah ingin berikan kita pelangi yang indah. Janganlah selalu mengeluh dengan apa yang kita hadapi sekarang, tetapi bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang.
Sebenarnya, cik tom nak update menang tempat kedua bagi Contest 3 Blog Pilihan Terbaik anjuran Amirez. Terima kasih kepada semua rakan yang support dan juga kepada penganjur serta penaja contest seo ini. Kemenangan tempat kedua ini boleh dikatakan tuah je kalau tak mungkin cik tom menang tempat ketiga. Apa-apa pun kagum dengan kehebatan onlajer yang menduduki tempat pertama google.

So, pada blogger diluar sana jangan cepat patah semangat untuk join contest SEO. Jangan jadikan tak pandai seo sebagai alasan kalah atau tak nak join SEO. Kita sentiasa melalui proses pembelajaran untuk berjaya. Masa korang kecil dulu pun terus je ke lahir-lahir dah pandai berjalan?? Mestilah kita semua melalui proses merangkak, bertatih, berjalan seterusnya berlari kan. Samalah juga dengan proses nak belajar SEO ini, kita kena sentiasa rajin untuk mencuba teknik baru. Google apa teknik yang bagus dan cuba aplikasikan di blog. Tengok bagaimana hasilnya.
Jangan asyik guna alasan kalau join memang konpem kalah atau alah mana aci buat contest seo memang asyik muka sama yang menang. Sebagai contoh, korang hanya nampak kemenangan akmaomar je dalam contest ini. Walaupun korang tengok hanya ada 1 entri di blog dia. Tapi macam-macam usaha dan teknik yang dilakukan untuk menang dalam contest ini cuma ramai tak nampak je. Bukan dia duk senang-lenang je tunggu menang bergolek kat kaki dia. She deserve it 🙂
Korang tak pandai SEO, boleh amik inisiatif pergi beli ebook SEO arifshah atau ebook Juara SEO Lokal. Pergi dalami dan belajar teknik yang betul. Kalau sayang nak keluar duit pergi godek2 entri blog lain mengenai tips dan teknik SEO. Cuma biasalah perkara free bukan semua rahsia seo akan didedahkan.
Dah tamat 1 contest SEO. Ada lagi 2 contest SEO yang berjalan dan bakal tamat akhir bulan ini iaitu Contest SEO Tahunku Yang Kacak/ Cantik dan juga Contest SEO Blog Popular. Kedua-dua contest seo ini cik tom tak join, hanya bertindak sebagai penaja sahaja. Contest SEO terbaru bermula ialah 10 Blogger Terbaik Malaysia dan bakal tamat 3 Mac 2013. Cik tom duk fikir lagi nak jadi penaja ke atau peserta? Sebab dua-duanya best!!

Seindah pelangi, pelangi akan hilang jua..
Secerah mentari, malam akan berganti siang..
Semuanya aturan dari ALLAH..
Ada ketikanya kita diatas..
Ada ketikanya kita mungkin berada dibawah..
Semoga segala rezeki ini akan mendekatkan lagi diriku padaMu..
Menambahkan rasa syukur dan berkongsi dengan mereka yang lebih memerlukan.
Kerana sebahagian daripada rezeki ini adalah milik mereka..
Tapi Allah salurkan kepada diriku supaya dikongsi bersama mereka..
Sebagai satu ujian supaya tidak sombong atau bongkak..
Kerana Allah sentiasa sayangkan hambaNya..
Sharing is caring
dah beli dah ebook ariffshah..insyaAllah tengah bellajar..hehe
Jom baca entri terkini afif …SEGMEN BEBAS SYARAT:Entry Terbaik 2012 Untuk Direview
insyaAllah ciktom ..segala niat murni dan berbekalkan doa kepadaNya insyaAllah pasti akan mendatangkan hasil yang membanggakan..bukan untuk orang lain tapi untuk CikTOM sendiri juga
Jom baca entri terkini syaifuddin alias …Syaifuddin Alias, Lifestyle, Wanita dan Ranking
hebat !
kena berguru dengan Cik Tom 😀
Jom baca entri terkini ahsfantasy24 …Laman Pertukaran Guru | Suka Sama Suka
setuju…moga Allah kuatkan hati ayu untuk redha atas ketetapan Nya…
di sebalik kesusahan, pasti ada kesenangan:)
Jom baca entri terkini ayumi comot …Wordless Wednesday 🙂
banyak lagi kena belajar ni…
Jom baca entri terkini auc …Contest Bersama Cik Tom dan Exabytes
Semua hebat2, blogger2 yang tak asing lagi. Heehehhe
Jom baca entri terkini Qashmere …iPhone 5 Gadget Impian
Tahniah…rezeki hujung tahun ni….
kalau akak join mesti kalah..
eh!eh!!hahaha…
banyak nya kontest sekarang ni..
Jom baca entri terkini diana …BLOGLIST DAN RAHSIA MENJADI BLOGGER AKTIF
Rasanya berkat buat post dekat bumi madinah tu yang dapat no.1 tu selain dari usaha buat backlink sana sini hehe
Jom baca entri terkini onlajer …2012 Tahunku Yang Kacak
pheeww taniah cik tom. Hehe semoga dimurahkan lagi rezeki ye untuk tahun hadapan . On the way untuk belajar seo ni , maybe next year kumpul modal beli ebook,kihkih
Jom baca entri terkini SM …Segmen Khas Rakan Bloglist Bersama OhGosip Artis
Myra masih tak yakin dengan contest SEO, pernah try 2 contest SEO dan terbaru iPhone 5, ternyata masih jauh ketinggalan..heeee
Jom baca entri terkini Myra Jay …Power Bank untuk dimenangi
Cik Tom, Myra tengok dari FB cik Tom kenal dengan Syazwani?
Dia x-staf kami dulu 😉
p/s: Jgn inform dia myra ada blog ye..heheee
Jom baca entri terkini Myra Jay …Power Bank untuk dimenangi
cik tom ni memang hebat lah… pergh.. tabik spring melantun2
Jom baca entri terkini boni kacak …Terima Kasih Kepada Dua Awek Jelita Ni
tahniah untuk cik tom dan pemenang yang lain
rajin berusaha pasti akan berjaya
Jom baca entri terkini TehR …10 Cara Mencari Penyakit Dalam Banjir
tahniah cik tom… betul juga.. mana aci asyik org sama menang heee… so elok buat pelbagai kategori contest mengikut level…
Jom baca entri terkini Hairul Hissam …Membayar Zakat Mampu Membersihkan Harta Dan Jiwa Anda
tahniah2..bukan senang nak senang kan..
`
Jom baca entri terkini BUATBEST …18sx: Gempar! Gadis Bogel Depan Landmark Di Singapura
Tak dinafikan, cik tom dah boleh ditabal queen of seo…tahniah yer..
Nak kena belajar lagi ni pasal seo dari cik tom…lehla kongsi lagi tips2 best yer…hehe
Jom baca entri terkini hafizmd …Wordless Wednesday #27 Komisyen Pertama!
Btul tu cik tom. Kita kena ada usaha, tawakkal, insya Allah akan berjaya. Kan usaha itu tangga kejayaan
Tak ada peluang untuk menyelit langsung. 🙂
Jom baca entri terkini akubiomed …Bloglist Setahun Dari ciklaili.com
apa nak fikir lagi ciktom..join jer..jom kita sama2 berentap dalam mengjar keyword 10 blogger malaysia terbaik..mana tahu lepas ni pondok kecil tersenari pulak dalam 10 blogger terbaik dunia..haha
Jom baca entri terkini Hafizul …10 Blogger Terbaik Malaysia
tak sempat nak join kebanyakkan contest kerana kekangan masa.
sebab tu saya pilih untuk jadi penaja sahaja.
tapi kalau join sebagai pengacau dan nak test ilmu seo tak menjadi masalah sepatutnya. penganjur tentu faham yg penaja juga ingin mencuba ilmu SEO
p/s: tahniah sbb menang sagu hati teka durian dalam bonet preve
Jom baca entri terkini Ladfe Amir …Keputusan Dan Jawapan Contest Cikai Disember 2012
ciktom kena jadi peserta. wajib. hehe..
Jom baca entri terkini ohcikgu …2012 – TahunKu yang kacak
betul tu, djdanchef baru tahu kelebihan seo ni, dapat ilmu seo seciput pun jadilah , dgn seciput tu pun dah boleh rank untuk keyword yg xbanyak persaingan. Seo ni juga penting utk bisnes, djchef baru tolong pakcik buat blog PEMBEKAL AYAM Di PULAU PINANG guna blogspot ja pun, banyak yg call dia nk cri pembekal ayam slepas tergoogle di blog. Sampai dia pening nak jawab.
bukan senang nak main SEO ni..
Jom baca entri terkini zhazmi …Cara Untuk Buat Sitemap WordPress menggunakan Plugin
Tahniah CikTom menang contest 3 blog pilihan terbaik. Sy punya tu nasib jer.. dah nak jadi rezeki…
Jom baca entri terkini AkmaOmar …Pengalaman Bercuti Di Jakarta Indonesia