#Throwback2013: Selamat Pengantin Baru Mizazy & Hisham
Assalamualaikum dan Salam Sayang….
Baru-baru ini cik tom ada balik kampung, Terengganu bersama dua lagi rakan, Huda dan Jaa untuk meraikan majlis perkahwinan kawan baik cik tom semenjak dari diploma sehinggalah pernah bekerja sekali ketika di Kuala Pilah.

Kawan baik cik tom tue ialah Mizazy (nama facebook) cik tom panggil kak zy. Alhamdulillah akhirnya dah jadi isteri orang pada 22 November 2013 iaitu hari yang sama dengan tarikh birthday cik tom. hehe…

Majlis perkahwinan pula keluarga pihak perempuan buat di Muzium Losong pada 23 November 2013. Alhamdulillah majlis meriah dengan jemputan ramai cikgu-cikgu al-maklumlah ayah kak zy ni pernah berkhidmat menjadi cikgu sebelum bersara.
Cik tom pergi sekejap je. Tak dapat nak spend masa lama kat sana sebab banyak lagi undangan perkahwinan yang kena penuhi untuk emak dan adik cik tom. Sampai umah dekat pukul 7. Dahsyat kitaorang bertiga pusing-pusing pergi wedding jiran dan kawan-kawan.

Selamat Pengantin Baru – Hijjaz
Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup
Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu
Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan Ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Melangkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal ke anak cucu
Moga kekal hingga ke syurga

Sepanjang bulan Disember 2013, blog ciktom[dot]com akan menyiarkan slot #Throwback2013 bagi melangsaikan segala entri yang banyak tertunggak di dalam draft sepanjang tahun 2013 terutama entri berniche personal.
Sharing is caring
saya suka dengar lagu hijjaz ini… menarik dan menawan hati
Tanniah kepada rakan Cik Tom. Semoga Cik Tom cepat bertemu jodoh.
Jom baca entri terkini akubiomed …Malaysian Traveler Blogger Meetup di The School Jaya One
amin…
Jom baca entri terkini faizal …7 Tanda Keberkatan Rezeki
eh bukan cik tom yg kawin ker heee
Jom baca entri terkini suri …Cara Mudah Periuk Manual Berdendang Sayang
Kita tumpang happy kan tengok kengkawan bahagia.
Sian mak cik tom kene paksa posing dgn props…hehe
Btw kite nak ucap time kasih sudi datang bertandang kat umah kite yg serba kurang tu, maklumlah rumah baru. Lenkali nak mai, kabo dulu, buleh jamu nge buah tomato 🙂
Jom baca entri terkini Naimah Wahab …Sihat dan Berkat; Dana Mangsa Banjir
Selamat Pengantin baru di ucapkan kepada Kawan Cik Tom.. Erk bila giliran Cik Tom pula?.. Kalau makan nasi minyak jangan lupa jemput rakan-rakan blogger… hehehe
Jom baca entri terkini Anuar …Penangan Facebook Ads
selamat pengantin baru buat mereka. moga bahagia berkekalan. cantik baju diorg.
Jom baca entri terkini yumida …Anugerah Industri Muzik ke 20 – Senarai Pencalonan AIM 20
selamat pengantin baru kepada rakan cik tom dan happy belated birthday pada cik tom..hehe 🙂
Jom baca entri terkini puteri kasih …Pergi Ke Tempat 18SX Pula
semoga kawan baik cik Tom dan suaminya berbahagia selalu…
Jom baca entri terkini papa mifz …Aksi Jurugambar Cilik
semoga pasangan pengantin ini diberi kebahagiaan hingga ke syurga
Jom baca entri terkini faizal …7 Tanda Keberkatan Rezeki
Selamat pengantin baru buat pengantin baru hehe. Semoga kekal hingga hujung nyawa dan terus ke syurga.
Aminnn..lepas ni cik tom lah pulak yer…hahaha..selamat pengantin baru…
Jom baca entri terkini Hafizul …Pendapatan Kelima Dari Panduan Menjahit Baju