Senarai Penginapan di Marang, Terengganu

Senarai Penginapan di Marang, Terengganu | Assalamualaikum dan salam mesra… Pada akhir bulan lepas, blogger padin ada minta cik tom tolong carikan homestay atau chalet di sekitar Marang, Terengganu untuk datang bercuti pada cuti raya cina. Tapi oleh sebab perancangan tersebut decide last minute. Memang agak kelam kabut nak mencari homestay atau chalet yang masih kosong.

Walaupun cik tom nama je orang Terengganu tapi cik tom sendiri tak berapa arif sangat apa pilihan chalet yang ada. Jadi cik tom pun sama dengan korang perkara pertama buat ialah bertanyakan pada pak cik google, kedua tanya mak ayah dan ketiga survey tempat.

Atas permintaan padin yang agak demand iaitu nak chalet tepi pantai, ada beranda, bilik air dalam bilik, dalam range harga tertentu dan lain-lain lagi. Jadi dah alang2 cik tom rajin google dan survey. Cik tom kongsikan pilihan chalet yang ada di Marang, Terengganu dalam entri cik tom kali ni.

Senarai Penginapan di Marang, Terengganu

1)Sha Cottage and Chalet

Senarai Penginapan di Marang, Terengganu

Sha Cottage and Chalet ni cik tom survey secara online je. Tengok gambar tempatnya menarik. Harga untuk chalet ialah RM50 semalam dan RM250 semalam bagi cottage. Lokasi pula terletak tepi pantai Rhu Renggeh, Marang. Tapi cik tom call tak dapat hubungi dan bila check sudah fully booked!

Sha Cottage and Chalet
Lot 3637, Kg Rhu Renggeh
21080 Marang, Terengganu
Tel: 019-9867164
Facebook: Sha Cottage & Chalet

2) Anggulia Beach Resort

Anggulia Beach Resort ni pun cik tom hanya survey secara online. Terletak di bandar Marang. Banyak pilihan bilik tapi banyak bilih tengah penambahbaikan di lokasi tepi pantai. Jadi cik tom pun tak jadi nak hubungi lanjut.

Angullia Beach Resort
Km 20, Kampung Rhu Muda,
21600 Marang, Terengganu.
Tel: 09-6181322
Faks: 09-6181322
Website: http://www.angulliaresort.com
Emel: reservation@angulliaresort.com

3) Semarak Bayu Resort

Yang ni memang cik tom dah tau resort memang cantik dan lokasi betul-betul di tepi pantai. Lagi best berdekatan dengan kedai makan di Pantai Kelulut. Kiranya memang best tapi lokasi agak jauh dari bandar Marang. Susah pulak cik tom nak jadi pemandu pelancong. Jadi terpaksa juga cancel.

Semarak Bayu Resort
Pantai Kelulut,
21600 Marang, Terengganu
Tel: 016 925 7454 , 09-6181291
Facebook: Semarak Bayu Resort and Cafe
Website: http://semarakbayu-resort.com

4) Saudagar Beach Resort

Saudagar Beach Resort ni memang cik tom dah biasa lalu kalau nak ke Bandar Marang. Lokasi pun memang betul tepi pantai. Tapi waktu tanya tu ownernya agak kerek sikit. Maaf ler mengata pak cik.. huhu.. Cik tom tanya dia bagitau dia malas nak amik book2 ni. Dia malas nak tulis. Nak datang sendiri je. Biliknya banyak ada 60 bilik kosong kesemua untuk raya cina dan bila-bila masa. Boleh datang walk in je. Harga RM80 semalam.

Saudagar Beach Chalet,
Lot 1544, Kg Rusila,
21080 Marang, Terengganu.
Tel: 013-9100965, 09-6182594

5) Chalet Ce’wer

Seterusnya cik tom survey ke Chalet Ce’wer. Kesemua lokasi chalet dan resort cik tom survey ni. Cik tom just survey luaran je. So, tak sure la dalamnya macam mana kan?

Tapi cik tom memang suka chalet Ce’Wer ni. Design chalet comel dan betul2 menghadap laut memang cantik sangat pemandangannya. Harga ialah RM80 per day. Tapi sayang dah fully booked jugak.

Ce’Wer Chalet 125,
Kg. Rusila,
21080 Marang, Terengganu.
Tel: 09-6183612, 019-9847373
Facebook:https://www.facebook.com/Ce-Wer-Chalet-Batik-121049157946868/

6) Chalet Yunie

chalet yunie Penginapan di Marang, Terengganu

Kemudian cik tom teruskan lagi survey ke Chalet Yunie. Chalet Yunie ni ada 2 lokasi. Satu dekat pantai dan satu lagi berdekatan dengan tali air. Dua-dua tempat kira okay la. Rate harga kalau bilik kipas RM40 per day dan bilik aircond RM60 perday. Tapi sama jugak dah fully booked.

Chalet Yunie
Lot 1320, Jalan Tali Air,
Kg. Rhu Dua,
21600 Marang, Terengganu
Tel: 0179569156 / 0169847494
Website: Chalet Yunie

7) Chalet Su

Penginapan di Chalet Su Marang, Terengganu

Chalet Su ni cik tom survey online je sebab dah tengok facebook siap2 dah bagitau fully booked untuk CNY. Rate harga kalau tak silap harga okay masih dalam range RM80. Lokasi tepi pantai, ada tempat barbeque dan nampak owner friendly. Tengok kat facebook jela. huhu..

Chalet Su
Kg.Rhu Dua
21600 Marang, Terengganu
Tel: 017-6797672
Facebook: Chalet Su Terengganu

8) Marang Guest House

Yang ni last cik tom pergi survey dengan separuh hati. Harap2 la masih ada kosong biliknya. Lokasi Marang Guest House ni berhampiran dengan bandar Marang dan terletak di atas bukit. Kira tempat ni cantik pemandangannya. Takdelah betul2 tepi pantai tapi kalau berdiri kat tepi tu masih nampak lautnya sebab atas bukit. Angin pun best je kuat. hehe..

penginapan marang guest house

Alhamdulillah kat sini masih ada kosong. Cik tom tolong book untuk bilik kipas sebab aircond pun tak guna mana. Harga bukan musim perayaan RM40 untuk bilik kipas tapi untuk musim perayaan tambahan RM20 jadi total RM60 perday. Cik tom book untuk 4 hari 3 malam.

Marang Guest House
Kampung Paya,
21600 Marang, Terengganu.
Tel: 09-6181976
Website: http://www.marangguesthouse.com

Sebenarnya banyak lagi chalet, homestay, hotel dan resort di sekitar daerah Marang ni. Tapi yang cik tom senarai dalam entri dah senarai pendek pilihan atas faktor lokasi berhampiran pantai dan berdekatan dengan cik tom.

Okay dah setel pencarian penginapan di Marang, Terengganu. InshaAllah entri akan datang cik tom share kisah cik tom jadi pemandu pelancong bawak pelancong pergi melawat tempat menarik di Terengganu.

Semoga bermanfaat perkongsian ciktom mengenai Senarai Penginapan di Marang, Terengganu!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

33 thoughts on “Senarai Penginapan di Marang, Terengganu

    • February 24, 2016 at 12:03 am
      Permalink

      em macam agak susah nak cari rumah untuk buat sublet…lagipun chaletdan homestay penuh waktu musim perayaan je..waktu lain banyak je kosongnya..

      Reply
  • February 23, 2016 at 4:06 am
    Permalink

    Dulu saya sempat akan menginap di sini, tapi berhubung waktu yang mendesak untuk balik kantor, terpaksa saya harus pulang kampung,,, nasib,,, nasib,,, maunya berlibur tapi tak nyaman!!

    Reply
    • February 23, 2016 at 11:58 pm
      Permalink

      Rugi datang tak sempat berhibur..takpe nanti datang lagi lain kali.

      Reply
    • February 23, 2016 at 11:07 pm
      Permalink

      ini kalau rujukan untuk penginapan sekitar daerah marang…daerah kuala terengganu banyak juga..inshaAllah ada kesempatan ciktom kongsikan akan datang..

      Reply
    • February 23, 2016 at 10:46 pm
      Permalink

      kat marng ni antaranya ialah terletaknya jeti nak ke pulau kapas, ada pantai marang, pantai kelulut..kat pantai kelulut tue ada medan selera yang sedap untuk ikan bakar, ikan/seafood celup tepung, satar,..kat kelulut ni jugak ada satu tempat famous keropok lekor sedap…kira lebih banyak makanan la..hehe

      Reply
    • February 23, 2016 at 10:13 pm
      Permalink

      yup memang betul tu..motif utama nak berjalan je kan? so cari je hotel atau chalet bajet…yang lain spend untuk byr transport, shopping dan makan..

      Reply
  • February 23, 2016 at 5:11 pm
    Permalink

    Just nak tanya sket laa antara kalo pergi terengganu tue, selain marang, area mana lagi yang bukan setakat homestay yang susah semestinya tepi pantai tapi ada tempat2 menarik utk lawat..cth kepok lekor ker…port makan nasi dagang masyur ker…port penyu naik bertelur ker… harap ciktom bleh syorkan aa nnti bleh buat cuti-cuti malaysia plak… 🙂

    Kalo bab pulau plak..antara pulau redang dan perhentian, mana heh lagi best?Kena amik port dari area mana?

    Agak2 kalo dtg via flight dan turun kat KT, nak pegi2 melancong ala2 bajet tue mudah tak?
    Jom baca entri terkini si bongkok …Pengalaman Melancong Ke Jepun 2016 Osaka Dan Kobe Ala Bajet Ceria 611My Profile

    Reply
    • February 23, 2016 at 10:12 pm
      Permalink

      haha..insyaAllah nanti ada kesempatan ciktom akan kongsikan entri tempat port makanan best di Terengganu…cuma ciktom ni tak gemar sangat makan kat luar..kena tunggu masa la jawabnya..hehe

      bab pulau tu just pulau redang je ciktom pernah pergi..perhentian belum lagi…

      kalau datang melancong ala bajet memang mudah je ke Terengganu ni..banyak pilihan…

      Reply
    • February 23, 2016 at 9:57 pm
      Permalink

      kalau datang ke marang dengan family leh roger2 cik tom ye..boleh jumpa anak anuar yang comel2 tue..hehe

      Reply
    • February 23, 2016 at 9:54 pm
      Permalink

      buat masa sekarang takde..tapi cik tom pernah pergi menyewa kat 1 chalet kat pulau redang tue tahun 2011 tapi servis ko..tak highly recommend..hehe

      Reply
  • February 23, 2016 at 11:38 pm
    Permalink

    Lepak kat beranda, kena tiup angin
    minum air panas…. syokk oo

    Reply
    • February 27, 2016 at 9:33 pm
      Permalink

      memang seronok minum air panas sambil2 angin mengigit2 pipi…hehe

      Reply
      • February 28, 2016 at 3:01 pm
        Permalink

        hari tu bukan angin menggigit,
        tapi da tahap menampar dan boxing bertubi tubi

        Reply
        • February 28, 2016 at 3:07 pm
          Permalink

          hahaha…nak sangatkan angin tepi pantai…biar tampor & boxing baru puas hati.. 😉

    • February 28, 2016 at 12:13 pm
      Permalink

      maybe boleh bawak isteri dan anak2 datang bercuti ke ganu kiter…mesti diorang happy..hehe

      Reply
  • February 25, 2016 at 1:22 pm
    Permalink

    jom cik tom kita jalan sesame. he he
    Jom baca entri terkini Datin Tyka …Sahabat BloggerMy Profile

    Reply
    • February 26, 2016 at 1:59 pm
      Permalink

      boleh je..datang terengganu roger ciktom awal2..hehe

      Reply
    • February 28, 2016 at 7:01 pm
      Permalink

      yup betul kalau nak datang waktu cuti sekolah memang kena book awal..kalau datang terengganu boleh bagitau..mana tau leh janji jumpa ke kan..hehe

      Reply
      • February 29, 2016 at 5:21 pm
        Permalink

        Beres2. Jangan 2 aweks ganue ni sesat kat negeri sendiri udah ler….hihihi

        Reply
        • March 1, 2016 at 4:30 pm
          Permalink

          hahaa…tempat2 biase ciktom pergi boleh la bawak..tmpt2 rare memang sesat la jawabnya..hehe

  • February 26, 2016 at 9:29 pm
    Permalink

    as salam..
    tu bila dapat pergi dan jumpa admin kali kedua ek hii..

    best pi tempat orang macam perkara baru kita dapat dan pelajari
    Jom baca entri terkini suri …Al Kisahnya Meniti KehidupanMy Profile

    Reply
    • February 28, 2016 at 6:57 pm
      Permalink

      wassalam.. cik tom duk tunggu2 bila suri nak mai ganu..aritu cakap nak datang akhir tahun 2014 kan??pastu senyap je..sampai suri tukar no hp lain..kalau jadi datang roger ye…kalau free boleh jumpa jadi tourist guide gitu..hehe

      Reply
    • February 28, 2016 at 7:08 pm
      Permalink

      betul tu buat persiapan awal sebelum bercuti..survey penginapan, tempat best, cara nak ke sana, trasport dan sebagainya..

      Reply
  • February 23, 2017 at 12:20 pm
    Permalink

    Salam. Nice review. Sgt membantu 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!