Seronoknya Bercuti

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Apa khabar semua? Macam biasa penyakit virus M**** masih kuat melanda dalam diri sehingga blog masih terabai, blogwalking pun tidak dan banyak artikel taip separuh jalan tersadai dalam draft.

Cik tom balik bercuti kat kampung di Terengganu seminggu sempena cuti raya cina. Memang seronok cuti ni spend masa dengan famili, anak2 saudara dan jumpa kawan2 lama. Yang tak bestnya awal2 pagi esok cik tom akan drive bertolak balik ke Negeri Sembilan. Isnin masuk kerja. Ishh dah lama bercuti ni kena up balik mood kerja. hee..

Sumber: ruslia

Ada yang ingat cik tom menyepi sebab sibuk buat persiapan kahwin rentetan dari artikel “Tips Memilih Keperluan Pengantin Baru“. Ramai pula kawan-kawan blogger yang komen artikel tue assume yang cik tom nak kahwin dalam masa terdekat. Siap ada yang email dan whatssup tanya bila cik tom nak kahwin?? Jangan lupa jemput tau. hehe…

Sumber: hawanie

Artikel tips tue saja2 je cik tom kongsikan dan takde perancangan lagi untuk kahwin dalam masa terdekat ni. Belum berjumpa yang sesuai lagi. Doa2kanlah cik tom cepat bertemu jodoh, tahun ni pun umur dah masuk 27 tahun. huhu.. Kalau cik tom nak kahwin insyaAllah akan diumumkan dalam blog dan jemput kawan2 blogger ^_^

Sumber: Zureen

Mengenai pertanyaan slot penulis jemputan, semua blogger mahupun nonblogger dialu-alukan untuk hantar draft artikel ke email tomatogurl86@gmail.com. Boleh masukkan maksimun 3 link dari blog korang ye. Tajuk artikel bebas dalam kategori tips, tutorial, review, informasi dan motivasi. Kemungkinan tajuk atau pengisian artikel akan diubah mengikut kesesuaian blog ciktom.com.

Sumber: alieff

Terima kasih pada kawan blogger yang cek dan siap maklumkan yang pagerank ciktom.com dah turun dari PR3 ke PR2. Ish2 takpelah ada rezeki next schedule PR cuba upkan balik. hee…Ada yang tanya cik tom tue semua efek penalti dari join contest SEO ke sebab sebelum ni cik tom banyak join contest seo. Ada jugak yang komen sebab cik tom dah lama tak update blog. Hmm cik tom pun tak tahu sebab apa? Kalau ada sesiapa yang berpengalaman atau tahu, boleh kongsikan dalam komen. Thanks in advance.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

51 thoughts on “Seronoknya Bercuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!