Servis Design Logo dan Resit Rasmi Perniagaan
Assalamualaikum dan salam sayang… Sebelum cik tom buka cerita pasal servis design logo dan resit rasmi perniagaan. Alhamdulillah sepertimana dalam entri bulan lepas; Seronoknya Buat Duit Dengan 8share. Cik tom telah dengan jayanya mendaftar perniagaan online dan offline cik tom dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Nama syarikat bagi perniagaan yang cik tom daftarkan ialah Cik Tom Global Resources. Terima kasih pada penyumbang idea dan support cik tom untuk daftarkan lesen syarikat pada 10hb April 2016 yang lepas.
Cara nak daftar perniagaan dengan SSM;
- Bawak diri
- Bawak salinan kad pengenalan
- At least 3 idea nama perniagaan yang ingin didaftarkan (sebagai backup incase 1st choice nama syarikat tue dah ada orang registered)
- Jenis perniagaan yang dijalankan (sebaiknya korang isi penuh terus possibility bisnes buat in future)
Selepas dah mendaftar lesen perniagaan di SSM, sebenarnya cik tom dalam perancangan untuk buka pulak akaun bank perniagaan di Maybank atas nama yang didaftarkan dengan SSM. Syarat untuk buka akaun bank perniagaan yang diberitahu oleh kawan cik tom kerja di Maybank ialah;
Syarat buka akaun perniagaan di Maybank;
- Salinan sijil perniagaan berdaftar dengan SSM
- Salinan kad pengenalan
- Cop perniagaan bulat beserta nama dan nombor SSM company ( rubber stamp)
- Deposit RM2000
- Introducer (pemegang akaun yang memiliki akaun perniagaan semasa sekurang-kurangnya setahun)
Alhamdulillah untuk introducer tue dah ada kawan willing nak jadi introducer untuk cik tom. Cuma tinggal buat rubber stamp dengan pergi ke Maybank berdekatan je. Siapalah kita untuk menidakkan kekuasaan Allah dalam perancangan minggu untuk daftar tue. Allah bagi ujian kat cik tom jatuh sakit dan terpaksa emergency operate. Cerita sakit dan operate tue lain kali jelah.
So, cik tom terpaksa KIV dulu akaun perniagaan. InshaAllah dah sihat betul nanti cik tom akan uruskannya.
Tempahan Logo dan Resit Rasmi Perniagaan
Beberapa hari yang lepas, cik tom ada la blogwalking ke blog padin dan terbaca entri; Tempahan Kartun dan Ilustrasi Digital. Terus cik tom tertarik nak dapatkan servis design logo dan juga resit rasmi untuk perniagaan cik tom.
Logo untuk bisnes cik tom design dari Padin
Idea memang seratus peratus cik tom serahkan kepada padin untuk design kan. Cuma cik tom ada la bagi 1 contoh resit pdf yang cik tom suka. Tak sangka hasilnya memang superb. hehe… Semua permintaan siap dalam masa 1 hari je. Pantas kan?
Design resit rasmi perniagaan dari Padin
Alhamdulillah cik tom berpuas hati dengan servis dan design yang diberikan.
Walaupun kalau di ikutkan takde pun servis design logo dan resit rasmi dalam list servis yang ditawarkan. So sesiapa yang nak serius atau nampak profesional blogger or business, boleh la request dapatkan servis dari blogger Padin.
InshaAllah terbaik. Padin ni antara blogger lama dan terawal cik tom kenal sejak ceburi bidang blogging. Dia jugak antara first blogger ajar cik tom cara nak review blog dan juga cara buat entri seo. Antara blogger yang selalu cik tom rasa annonying dan selalu masuk list block. haha…
Pada yang berminat nak dapatkan tempahan kartun dan ilustrasi digital, klik lelaju untuk ke blog Padin–>>Tempahan Kartun dan Ilustrasi Digital.
Semoga maju jaya.
Sharing is caring
Tahniah Cik Tom.. dah ada syarikat peeniagaan sendiri… Alhamdulillah, semoga Cik Tom semakin dimurahkan rezeki..
Jom baca entri terkini anuar …TERBARU. Program Mykad Smart Shopper Versi Online Kini Sudah Dilancarkan!
Terima kasih atas doanya…semoga anuar sekeluarga juga dimurahkan rezeki dengan bertambahnya kelahiran permata baru. 🙂
cantik logo tu… resit rasmi pun menarik.. ; )
Jom baca entri terkini anuar …TERBARU. Program Mykad Smart Shopper Versi Online Kini Sudah Dilancarkan!
terima kasih atas komen..berkenan boleh ke blog padin utk design jgk..hee
Alhamdulillah…TAHNIAH! Menarik nama syarikat cik tom tu, design pun simple dan mudah ingat (penting utk org ingat!).
Jom baca entri terkini ujie …Hari Keluarga PHN 2016
Terima kasih sis ujie…nama syarikat hasil sumbangan idea jgk tue…hehe..
Aaah betul simple lagi mudah nak ingat..
Comel la nama kedai ciktom. Cik tom jual apa lagi? Nak beli. Hehehe…..
macam2 ciktom jual dear…inshaAllah nanti ciktom buat entri khas ye..sebab skang slow down bisnes jual2 sementara..
Tanniah sudah mempunyai syarikat sendiri. Lego juga simple dan sempoi.
Jom baca entri terkini akubiomed …Nikmat selepas bebas hutang
Alhamdulillah terlaksana jugak nak register syarikat sendiri…yup memang request logo yang simple dan sempoi..supaya mudah rebranding..hehe
walah ayah manja ni haaa…jangan mare eh…kita sokong jer yeah..yeah…
Jom baca entri terkini suri …DIY Cara Buat Bunga Tangan Kain Comel Murah Super Duper Jimat
ayah manja??silap komen ke suri? hehee….
alhamdulillah makin maju cik tom sekarang.
teringin sangat nk jumpa cik tom..
ritu ada pergi terengganu.. tak de nombor cik tom plak..
cik tom kat terengganu kan. ke salah
haha
Jom baca entri terkini Datin Tyka …Kelantan, Terengganu Dan Port Dickson
tue la..ciktom kat Terengganu..jom exchange number…ni no.hp ciktom 0196032338….eh nazmira kwan 1 komander DT tue kwn baik & exclassmate adik ciktom..
okeh.
smart jugak logo tu.
simple aje.
Jom baca entri terkini titan …Jobdirumah Payment – Kali ke 585-619
memang cik tom suka logo yang simple je…
saya takda design logo lagi untuk perniagaan..
Jom baca entri terkini zik …Jdt juara piala fa 2016
kalau camtu boleh dapat servis dengan blogger padin untuk design logo..baru nampak perniagaan lebih professional gitu..
sy berharap segala sesuatu urusan dapat di mudahkan, tq
Jom baca entri terkini alat pemadam kebakaran …Alamat Pemadam Api Cikarang – Kab. Bekasi
wow.. dah ada nama syarikat sendiri… tahniah..
logo dan nama syarikatnya pun cantik..
siap ada resit perniagaan…. bagus tu…
tahun depan dengar gomen nak perketatkan law bisnes online nie. kena bersiap sedia kan….
Jom baca entri terkini Hairul Hissam …Nak Diri, Anak, Isteri & Pekerja Jadi Baik, Buka IKIM 24jam | Testimonial Hasil Hadiahkan Isteri Ilmu Kek.
Terima kasih..ciktom ada follow panduan mengenai pendaftaran ssm jgk blog Hairul sebelum ni…thanks untuk segala ilmunya..banyak membantu…dengar jugak..siap nak kenakan cukai lagi dengar2nya lah..gomen oh gomen..
tahniah cik tom…berjaya merealisasikan impian ada syarikat sendir.i
saya pun nak juga dan nak bookmark artikel ini agar boleh dijadikan panduan sedkit masa lagi.
Jom baca entri terkini mrhanafi …Sampah Ini Menghasilkan Duit Segera
Nice tom
tqq indah dewi
Tahniah – satu langkah berani yg mnunjukkan Cik Tom mmg komited & serius utk teruskan online biz. Lps ni, byk lg kena dibuat, kan? Semoga sukses ya, & semoga bab kjaan nak mcukai tu x dibuat kat biz kecik2…. 😀
Jom baca entri terkini Zurainny Ismail …Perfect SEO Untuk Blog Anda
Tahniah ciktom.
Semoga perniagaan ciktom akan berjaya.
All the best!
Thanks akak…lama xdgr khabar akak…tahniah dapat baby girl 🙂
good luck cik tom
Jom baca entri terkini Raihanah Ahmad …Pengalaman Detox 30 Hari Dengan Shaklee
Design logo blog ada termasuk sekali tak?
Jom baca entri terkini Khairul Zamri …Tips Menjual Air Balang di Bulan Ramadhan
boleh cuba request dengan blogger padin>> http://www.padinrose.com
Entri yang menarik…saya temui laman web ini dari forum luar. hebat cerita perkongsian & pengalaman. saya akan mengesyorkan laman web ini untuk kawan-kawan saya di luar sana.
terima kasih jika bukan komen spam. huhu.. 😉
Wah, semakin maju. Semoga terus maju pada masa akan datang. 😀
terima kasih atas doanya..semoga bahrain pun terus sukses dan dimurahkan rezeki.
sampai sekarang ,part nak buka akaun perniagaan ni masih tak buat lagi.. nampaknya kena betul-betul seriues dan terus buat ni.
Jom baca entri terkini oh pt3 …PT3 Sejarah 2016
ciktom pun sama banyak kali jugak menangguh sebenarnya..bila ada orang push byk kali..daftar jugak akhirnya..hehe
kalau dah teringat tue pergi je pejabat ssm..sekejap je urusannya..lepas isi borang dan bayar kos register…tunggu sejam utk dtg ambil sijil yang dah siap..
Bagus untuk siapa-siapa yang mula nak ceburkan diri dalam bidang perniagaan baik online atau offline; kecil atau besar. Baik daftar syarikat dengan SSM cepat-cepat. Kos dalam RM60 setahun untuk je renew. Niaga betul-betul, celah gigi je kos tu. Lagipun, kerajaan dan 50-50 nak kuatkuasa pemantauan untuk perniagaan online supaya berdaftar. Kut tak jadi selamat…Hehe
Hebat Cik Tom, melangkah terus maju ke depan
Semoga Berjaya
Jom baca entri terkini Noriza Rahman …DIET Pemakanan Semasa Proses Detoks Parasit
Wah …asyik ya bisa punya bisnis atau usaha sendiri … Saya pun ada keinginan seperti anda …punya bisnis atau usaha sendiri ….
Jom baca entri terkini Oyong Ilham …Perjalanan Terberat Itu Adalah ke Mesjid, Benarkah ??? –
ini bisnes kecil-kecilan secara online. baru nak bertapak.