Sinopsis dan Episod Akhir Hui Jia De You Huo (Kepulangan)
Dari awal tahun 2011, dah lama cik tom tak tengok apa-apa drama di TV. Rasa bosan dan tak menarik. Tapi semenjak balik kerja cik tom suka sangat tengok dan ikuti drama Hui Jia De You Huo. Hampir setiap episod cik tom tak miss tengok setiap kali balik kerja. huhu.. Cerita Hui Jia De You Huo atau Kepulangan ini menarik sebab awal cerita heroin, Pin Ru tue teraniaya dan bangkit balik untuk balas dendam. Tapi Pin Ru ini takdelah kejam sangat sebab akhir cerita, dia maafkan segala kesalahan orang yang pernah aniaya dia. Kat sini cik tom sertakan sinopsis ringkas episod akhir drama Hui Jia De You Huo dan juga sinopsis ringkas jalan cerita Hui Jia De You Huo.
Episod akhir drama Hui Jia De You Huo pada 26 Oktober jam 6.00 petang di TV2 yang lepas. As usual happy ending love story. Episod akhir drama Hui Jia De You Huo, Ai Li menyesal dengan segala dosa yang dia lakukan selama ini. Ai Li pergi bunuh diri di pantai dan di halang oleh Shi Xian pada awalnya. Last2 Shi Xian dan Ai Li bunuh diri bersama-sama di pantai (murtad bagi orang Islam yang bunuh diri dan langsung tak cium bau syurga. Ingat tue ye). Keluarga Pin Ru, keluarga Shi Xian serta keluarga Gao Hong saling bermaafan dan segala dendam yang selama ini terpendam akhirnya tamat jua. Pin Ru dan Gao Wen Yuan serta Ying de dan Bao Lian berkahwin di akhir episod drama ini. Tak guna dendam berdendam yang tiada kesudahannya. Kemaafan adalah yang terbaik. Dengan kemaafan jiwa pun jadi tenteram.
Sinopsis ringkas drama Hui Jia De You Huo yang ditayangkan sebelum ini di TV2 setiap Isnin – Jumaat pukul 6.00 petang ialah mengisahkan tentang Pin Ru yang berkahwin dengan Shi Xian tetapi dianggap sebagai orang gaji oleh keluarga mentuanya. Pin Ru berkawan baik dengan Aili manakala Ying de (abang Pinru) menyukai Ai Li semenjak Ai Li tinggal dengan keluarga Pinru setelah ibu bapanya meninggal.
Konflik bermula apabila Ai Li balik dari Paris, mula menggoda Shi xian dan membawa Shao En pulang dan mengaku Shao En anak Shi Xian.  Pin Ru disahkan mengandung dan difitnah oleh ibu mertua sehingga dipaksa bersetuju menandatangani surat cerai. Shi Xian menceraikan Pin Ru dan berkahwin dengan Ai Li. Shi Xian kemudian memujuk Pinru menggugurkan kandungannya tetapi tanpa disedari, Pin Ru terjatuh ke dalam laut. Namun, Ai Li menghasut Shi Xian untuk tidak menyelamatkan Pin Ru.
Pada masa yang sama, Shan Shan anak kepada Gao Hong ingin berkahwin dengan abang angkatnya, Wen Yan tetapi Gao Hong tidak mengizinkannya lalu merancang mengahwinkan Wen Yan dengan perempuan lain. Shan Shan akhirnya merajuk dan merancang untuk membunuh diri di laut.
Dalam cubaan mencari Shan Shan, Wen Yan telah menyelamatkan Pin Ru, namun kandungan Pin Ru tidak dapat diselamatkan. Semenjak dari hari itu, Pin Ru berazam untuk membalas dendam ke atas bekas suaminya, Shi Xian dan semua orang yang menyebabkan penderitaan dan kematian anaknya. Dalam melaksanakan dendamnya, Pin Ru telah menyertai pertandingan solekan yang diadakan oleh Gao Hong. Pin Ru telah menyamar menggunakan nama Shan Shan. Gao Hong tertarik dengan teknik solekan Pin Ru. Pin Ru menang pertandingan tersebut tetapi dia tidak mahu pergi ke Paris, oleh itu Gao Hong telah membawa Pin Ru tinggal di rumahnya dan dijadikan anak angkatnya dan pengganti Shan Shan anaknya yang membunuh diri.
Gao Hong mengambil keputusan membantu Pin Ru setelah mengetahui Shi Xian anak kepada Tuan Hong adalah bekas suami Pin Ru. Gao Hong yang berdendam dengan Tuan Hong (Tuan Hong adalah bekas suami Gao Hong yang melarikan anak mereka) menggunakan kesempatan tersebut untuk membalas dendamnya. Drama ini banyak menunjukkan dendam yang tak berkesudahan dan bertahun-tahun lamanya terpendam.
Banyak konflik yang telah berlaku dalam usaha Pin Ru membalas dendam terhadap Ai Li dan keluarga Shi Xian dan banyak rahsia yang telah terbongkar satu demi satu. Konflik semakin bertambah apabila Shan Shan yang sudah dianggap mati muncul semula. Nak tahu lebih lanjut boleh tengok drama ini di you tube cuma cik tom masih takde jumpa lagi subtitle english atau melayu setakat ini.
Episod akhir drama Hui Jia De You Huo, 26 Oktober jam 6.00 petang di TV2.
Episod Akhir Drama Hui Jia De You Huo (You tube);
Senarai Lagu Drama Hui Jia De You Huo;
1. Cha Soo Kyung – I can’t forgive.mp3 => http://www.4shared.com/get/rx2OB-jK/Cha_Soo_Kyung_-_I_cant_forgive.html
2. Senarai 10 lagu dari drama hui jia de you huo, boleh download di =>Â http://www.weblagu.com/mp3-hui-jia-de-you-huo.html
Antara Senarai Pelakon Drama Hui Jia De You Huo;
1. Ling Xiaosu as Shi Xian
2. Choo Ja Hyun as Lin Pin Ru
3. Chi Shu Ai as Gao Wen Yuan
4. Rain Li as Ai Li/Jennifer
5. Tu Li Man as Gao Shan Shan
6. Zheng Yi Tong as Bao Lian
*****************************************
Renungan bersama; Dalam Surah At-Tin, ayat ke-8, Allah telah berfirman, “Bukankah Allah hakim yang paling adil?” Serahkanlah segalanya kepada Allah untuk mengadili dan menghakimi. Sebagai hamba kepadaNya, belajarlah untuk memaafkan.
Kepada mereka yang pernah dikhianati, pernah disakiti, pernah dilukai, pernah dianiaya.. Maafkanlah mereka yang pernah mengkhianatimu, menyakitimu, melukaimu, menganiayaimu..
Jika kamu memaafkan, sebenarnya kamu bukan berbuat kebaikan dan kebajikan kepada mereka yang pernah mendera hatimu, tapi sebenarnya kamu telah melakukan kebajikan untuk diri kamu sendiri. Kamu membebaskan dirimu dari sebuah penjara dendam yang gelap lagi menyeksakan. Kamu menghadiahkan dirimu sendiri sebuah kebebasan dari belenggu masa silam yang menyeksakan dan menyakitkan. Kamu mencipta sebuah ruang di hatimu sendiri, untuk membina hidup baru dan kenangan baru yang mungkin lebih indah. Jadi, maafkanlah..
Lumrah orang yang dikhianati akan nampak segala keburukan pada pasangannya, hingga terlupa kekurangan yang mungkin ada dalam diri. Kita manusia, tiada yang sempurna. Kita juga mungkin tidak lepas dari melakukan kesilapan.
Mulakan hidup baru, dengan semangat dan azam yang baru. Kita hari ini adalah kerana kita pada hari semalam. Allah tidak ciptakan sesuatu hanya untuk sia-sia, setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi.
“Kesakitan mengajar kita untuk mencari penawar yang paling mujarab. Kesengsaraan mengajar kita untuk menjadi insan yang lebih kental”
Credit: HUI JIA DE YOU HUO best!, Tetiba Jatuh Cinta Dengan…Hui Jia De You Huo, Hui Jia De You Huo – Cinta yang Dikhianati.
Sharing is caring
wow!! mcm best je drama tu sis.. hihi
Jom baca entri terkini lovely_ieyda …::hari2 tension::
memang best!hehe…
rupanya ramai penggemar drama ni ye…
akak tak pernah tengok..:p
owh ramai ke akak?cik tom memang minat sangat2..
dah lama sangat saya x tgk citer korea, memang best citer korea kalau saya imbas kembali masa zaman study dulu
Jom baca entri terkini Juan …From Langkawi With Love | Bercuti ke Langkawi
cerita korea memang best tapi kdg2 tgk jln ceritalebih kurang je…bosan jgk..
inagt lagi zaman cite sonata dulu. alahai femesnya cite tu kan 😀 . skang dah x terlayan dah cite2 cenggini sbb bnyk komitmen. Beza dah hidup dulu n skang CT 😀
Jom baca entri terkini Shah Blogger …Google Snippet Blogspot (Google Plus +1 Profile)
memang berbeza..dulu rs hidup santai je..skang hidup asyik kejar masa je..
Wow,Cik Tom memang minat cerita Korea ke? saya dulu pun pernah ikut juga,paling best sudah tentulah evergreen drama, Winter Sonata,tak pun Full House. Nampak gaya drama nie cam best aje
Jom baca entri terkini LoveHijau …Download dan Tonton Drama Korea Percuma
ni bukan cerita korea tapi cina..hehe…
jarang beno tengok tv2..heheh…=)
Jom baca entri terkini zs …sekejap tua sekejap muda…
hehe…ciktom pun jarang tgk..rsnye cite ni je tgk kt tv2..majoriti tgk tv3..heee
dah lame x tgk cite cina..asek ngan korea je..skang suke tgk korean variety show..hilang stress sbb asek gelak memanjang..hehe..
Jom baca entri terkini dyla …ILMU CAKAR RIMAU
kdg2 best jgk tgk cite cina ni..realiti skit..korea pn ciktom suka cuma kdg2 byk imaginasi bagus2 je..hee
wife sy dah mula kena rasuk ngan crita korea ni
ramai yang suka cerita kepulangan ni..
Rupanya Ciktom layan juga drama2 macam ni. 🙂
Boleh geng lah kita kan.
Orang yang tengok shaja yg akan dapat feel kan 😉
Tengs, sy download sekarang 10 lagu kat atas tu.
Jom baca entri terkini nizamghazi …Rainy Sunday – Saya Rabun Warna
ciktom memang layan je kalau jalan ceritanya best 🙂
best juga citer ni….
p/s: Selamat hari raya aidil adha….
Jom baca entri terkini wanzi …Hari Raya Aidiladha
aah memang best..
lama tak update blog cik tom bz sambut raya haji ke?
Jom baca entri terkini ROJAK …Happy Hari Raya Aidiladha
aah busy sikit..heee
mujur happy ending.. kalau x.. tension memanjang.. terbawa2 dalam mimpi.. biasanya cerite hindustan pun happy ending kan..
Jom baca entri terkini LadyBird …Durian Belanda Anti Kanser
Amni tengok jugak cerita ni.. sampai habis owh.. serius dah lama tak buat kerja macam ni.. hihi.. selalu memang tak nak lah tersangkut dengan cerita macam ni.. bukan apa.. t kalau tinggal satu episod, mesti rasa tak best.. hoho….
tapi cerita ni memang tak missed langsung.. skang addicted dengan cerita PASTA plak.. tu cerita korea.. hehe..
p/s: lama tak dengar cerita cik tom.. skang kerja kat mana?
Jom baca entri terkini Amni …Kurangkan Jerawat? Rambut Gugur?
2-2 cite tue best…hee…cik tom kerja n9 skang ni yunk..
Dulu femes btl drama2 n telefilem dari negara bermata sepet kan 😀 ..
Jom baca entri terkini Shah Blogger …Pagerank Blog Naik PR0 – PR4
aah dulu memang femes sangat2..
zaman kami yang dah tua2 ni nak minat citer korea n jepun dh berlalu..he he..dulu minat giler n citer2 camni..he he
Jom baca entri terkini ayu jamal …Keindahan Vietnam
ala akak xtua la..still maintain cantik 😉
Cite ni best!! tp tau tak katne nak donlot cite ni ?
boleh download dari youtube…amik link video tue dr utube pastu download kat http://www.keepvid.com..tapi xde subtitle yang kat dalam youtube tue..
time kasih ciktom bg sinopsis last cite ni. saye follow cite ni cuma x sempat nak tgk episod last aritu.huhu. btw blog ciktom best. bnyak info sye dapat kat cni since sye bru nk berjinak dlm dunia blog ni. teruskan berkongsi tips ye ciktom n kindly visit my blog too.. salam perkenalan. 🙂
dah singgah tadi..sorry busy…semua komen lama2 dri bulan 11 baru nak baca n approve..hee
kenapa tak update cik tom???
Jom baca entri terkini maya mustwany …APAKAH DISEBALIK MIMPI ITU..
sorry..busy yunk..
amboii kemain detail tau yee..minat betul nih..
memang cik tom minat cerita ni.heee
minta sunggoh ciktom ngan drama korea ni ya ..samalah ngan wife sy pon
Jom baca entri terkini khairul …Mai kita tolong Blogger Adylia
ni bukan korea tapi taiwan..aah memang minat..hee