Sinopsis Drama Filipina Until We Meet Again (Hanggang Makita Kang Muli)
Sinopsis Drama Filipina Until We Meet Again | Sekarang tengah hangat ditayangkan di TV3 slot drama telenovela Filipina bertajuk Until We Meet Again atau dalam bahasa Filipina; Hanggang Makita Kang Muli. Drama ini menggantikan drama Love and Defiance (ciktom tak tengok habis sebab rasa boring). Ciktom suka juga tengok sebab drama Until We Meet Again ni sebab agak lain sikit dari kebiasaan iaitu kisah anak bernama Ana yang terpisah dari kecil oleh sebab diculik oleh bekas kekasih ayahnya. Ana ni dikurung dalam gudang ke kandang haiwan bersama seekor anjing. Oleh sebab terkurung bersama anjing dari kecil sampai besar. Ana ni bersifat haiwan liar, merangkak, menyalak dan makan pun macam anjing.
Kesian giler tengok. Zalim betul bekas kekasih ayah dia nama Odessa tu. Psiko betul minah tu.
Sinopsis lanjut nanti ciktom share di bawah. Korang nak masuk baca post ciktom okay je tapi hati- hati sebab ada spoiler ciktom masukkan di penghujung artikel ni.
Until We Meet Again English Subtitle?
Ciktom punya tak penyabar siap google and search kat youtube cari drama ni tau. haha.. Cuma ciktom frust takde subtitle English. Jadi ciktom tengok agak- agak jelah faham tengok dari body language, mimik muka dan kekadang dorang pun speaking kan.
Korang nak tengok drama ni kat Youtube boleh tengok under siaran youtube GMA Network dengan tajuk Hanggang Makita Kang Muli . Kalau tengok kat TV3 bestlah ada subtitle bahasa melayu cuma kena sabarlah sebab jumlah episode drama ni semuanya 93 episode tau. Panjang gile. huhu..
Pelakon Utama
- Bea Binene sebagai Ana Isabelle Medrano / Angela – Evelyn dan anak Larry yang hilang.
- Derrick Monasterio sebagai Calvin Manahan – Pelajar kejuruteraan yang berasal dari keluarga mewah.
- Angelika dela Cruz sebagai Evelyn Esguerra – isteri Larry yang disayangi dan ibu Ana. Dunianya runtuh kerana kehilangan anaknya.
- Raymart Santiago sebagai Larry Medrano – Bapa Ana dan bekas suami Evelyn. Larry adalah orang yang kehilangan Ana di pusat membeli-belah ketika melihat bekas kekasihnya, Odessa.
- Ina Feleo sebagai Odessa Luna / Margaret Herrero-Medrano – bekas kekasih Larry, bekas teman baik Evelyn dan watak jahat yang mengurung Ana/ Angela
Pelakon pembantu
- Kim Rodriguez sebagai Claire Sandoval-Esguerra – anak angkat Evelyn. Dia sayangkan Calvin. Dia dipenuhi dengan perasaan dengki dan marah. Dia akan melakukan segalanya untuk merebut cinta yang dinikmati oleh Ana.
- Rita Avila sebagai Glenda Manahan – ibu Calvin dan sahabat Evelyn.
- Marco Alcaraz sebagai Dominic Reyes – sahabat baik Larry yang dia ingin bantu untuk membesarkan keluarga Larry.
- Ramon Christopher sebagai Dr. Francisco “Francis” Manahan – Psikiatri, bapa Calvin dan suami Glenda yang kasar dan tidak bersalah.
Sinopsis Drama Filipina Until We Meet Again
Sumber sinopsis ni ciktom translate dari Wikipedia Hanggang Makita Kang Muli dan olahan dari hasil ciktom dah tengok drama ni.
Kisah ini berkisar kehidupan Ana yang berpisah dengan ibu bapanya, Evelyn dan Larry kerana Odessa (bekas kekasih Larry). Odessa ini seorang pesakit mental yang terlampau obses dengan Larry kerana seiras bekas kekasihnya Anton.
Oleh sebab tu Odessa ni merancang penculikan Ana bagi memecah belahkan kebahagiaan keluarga mereka. Odessa telah menyorokkan Ana di gudang sepanjang hidupnya Teman Ana ni hanyalah seekor anjing yang menyebabkan dia menjadi liar. Perangai Ana ini mirip anjing iaitu menyalak, mengigit serta merangkak. Ana langsung tidak pandai bercakap.
Sehingga satu hari ada satu peristiwa kebakaran kat gudang tu menyebabkan Ana berjaya melarikan diri. Kemudian Ana bertemu dengan Calvin yang banyak membantu Ana. Calvin yang menamakannya Angela kerana dia tidak tahu identiti dirinya. Calvin membawa Angela ke Manila dengan niat untuk menyembuhkan Angela.
Calvin membawa Angela kepada Dr. Evelyn (ibu kandung Angela) dan menjaganya. Evelyn secara sukarela menjadi doktor Angela, di mana dia sendiri tidak mengetahui identiti Angela adalah anak kandung yang dicari selama ini. Angela akan belajar perkara baru menjadi manusia.
Claire, anak angkat Evelyn, cemburu dengan Angela yang rapat dengan Evelyn. Claire juga menyukai Calvin yang membuatnya dia lebih cemburu pada Angela apabila melihat kemesraan mereka berdua.Claire membuat pelbagai helah untuk mengusir Angela dari rumah mereka.
Apabila Angela hilang, Dr. Francis (ayah Calvin), seorang doktor pakar Psikiatri mengambil alih kes yang special/ rare iaitu kes anak terbiar dan bersifat liar seperti haiwan.
Kemudian, Angela menjalani terapi dengan Dr. Francis dan belajar banyak perkara untuk bersosial dengan orang lain. Angela beransur-ansur sembuh dan terlalu banyak perkara berubah seperti bercakap dengan orang lain. Dia kemudian akan bertemu Calvin sekali lagi dan menjadi lebih rapat.
Angela mula bekerja di ladang Larry (ayah kandung Angela) bersama Calvin. Dia juga akan bertemu dengan rakan barunya, Patricia dan musuh barunya Myla. Larry pula bercinta dengan Odessa yang mengubah penampilan dan nama sebagai Margaret.
Spoiler Sinopsis Drama Filipina Until We Meet Again
Calvin dan Angela akan menjalin hubungan bersama tetapi kemudian terputus kerana Claire hamil dan membuktikan bahawa Calvin adalah ayah kepada bayi yang dikandungnya. Tapi bayi itu meninggal.
Kemudian, Angela kecewa pergi mendapatkan terapi baru di Amerika dengan Dr. John yang bakal mengubah hidupnya.
10 bulan kemudian, Angela kembali ke Filipina, di mana dia akan berubah menjadi wanita yang pintar dan berkeyakinan. Angela juga akan belajar melawan Claire dan membalas dendam pada sesiapa yang menyakitinya sebelumnya. Dia juga akan menjauhkan diri dari Calvin sekarang setelah apa yang dilakukan Calvin.
Ketika konflik, Glenda (ibu Calvin) diculik oleh Margaret bagi menyembunyikan rahsia jahatnya. Kemudian, dia dijumpai oleh nelayan dan ditempatkan di hospital. Apabila dia sedarkan diri, dia beritahu Calvin dan Francis siapa yang sebenarnya yang menculik dia.
Cerita ni panjang sangat dan banyak konflik, pendek cerita ciktom dah tengok ending ialah happy ending. hehe…
Ending, masa aksi Margaret kejar mengejar Angela tu dia kena serang dan gigit dengan anjing. Margaret cuba nak tembak Angela tapi Everlyn tahan dan dia kena tembak. Polis pun muncul dan tangkap Margaret dan dibawa masuk lokap. Kesan kena gigit anjing tu Margaret kena rabies dan mati dalam lokap/penjara. Everlyn berjaya diselamatkan dan kembali bersama dengan Larry dan anak kandung dia, Angela/ Ana. Larry pun berbaik kembali dengan Everlyn. Akhir drama ni kesemua watak baik (kecuali Margaret & Clarie) duduk makan satu meja tersenyum bahagia bersama-sama.
The End Drama Filipina Until We Meet Again. Terus khatam. haha… Tapi ciktom akan layan jugak drama ni di TV3 sebab nak tunggu malay subtitle. hihi… Selamat menonton telenovela TV3 Until We Meet Again.
Sharing is caring
dulu2 selalu tgok citer Filipina tp bila dah tua ni masa sgt terhad.
hahaha elok la tu tengok cite luar..
cita dalam ni episod satu dah bole teka pengakhiran.
tema sama je dok ulang banyak kali
Jom baca entri terkini padin …Projek Restore EX5 part 2
tengok cerita filipina ye..
saya kurang minat tengok drama ni..
tapi dah tertarik beberapa drama melayu ni
Jom baca entri terkini zool …Menonton Drama Melayu : Aku OCD dan Pencipta Pegang Waktu
ciktom, nak tanya. ciktom tengok kat mana full episodes cerita niii
pleasee
sorry la tak tahu..ni dah lama tengok kat TV2..