Tabung Misi Perbelanjaan Raya dan Kecemasan
Assalamualaikum dan salam sayang… Nak cerita koleksi tabung cik tom lagi. Harap jangan menyampah pulak. Tabung raya ni cik tom mula menabung dari akhir tahun lepas. Sepatutnya target nak pecahkan hari raya untuk bajet raya atau sekiranya ada apa2 kes kecemasan yang perlu gunakan duit.
Tapi cik tom terpaksa pecah awal sebab nak balik bercuti kat kampung dan kemudian nak ke Shah Alam pulak sebelum balik ke Jengka. Nak tinggal kat rumah sewa rasa tak yakin sebab kat sini banyak kes pecah rumah. Kalau tinggal kat kampung susah jugak lambat lagi baliknya. Last2 pecahkan jela.
Tabung Misi Perbelanjaan Raya dan Kecemasan
Tabung ni dah jadi arwah pada 23/4/2015. hehe.. Alhamdulillah jumlah terkumpul RM790. Duit ni cik tom sempat simpan sekejap je sebab dah pun selamat cik tom keluarkan untuk cover kos tambun tanah. Pasal tanah ni lain kali cik tom story mory kan ye.
Cik tom memang suka guna tabung style besi yang langsung kita tak boleh buka kecuali pecahkan/ buka dengan penutup tin. Confim duit tu akan tersimpan elok tanpa gangguan tangan2 yang gatal nak belanja duit. hehe…
Tabungnya pun murah je beli kat kedai RM2. Eh tapi lepas GST jadi RM2.12. hihi… Kalau tak nak bazir duit beli tabung pulak boleh je DIY tabungnya dari botol air ker.. botol bedak ker.. kotak pencuci ker.. Tupperware ker.. jimat pun jimat kan. Contoh macam koleksi tabung cik tom dibawah. Semua dah arwah kecuali yang pink tue. hehe…
Kelebihan lain kalau buat tabung DIY contoh botol bedak/ kotak pencuci tue kan biasa orang tak perasan sangat tue tabung duit. So, selamatlah duitnya.
Bagi cik tom kalau nak menabung ni kena disiplin diri untuk betul2 simpan duit setiap bulan. Kemudian tangan jangan nak gatal2 korek duit tabungnya. Bila cukup tempoh atau tabung penuh cepat2 buka dan simpan dalam bank/ belanja mengikut target.
Korang suka menabung tak? Biasa simpan duit dalam tabung macam mana?
Sharing is caring
Bagus ada tabung macam ni. Boleh guna bila perlu.
Jom baca entri terkini Upin Zai …Ramai Yang Berjaya dengan Jobdirumah
Banyaknya koleksi tabung Cik Tom.. bertuah sungguh calon suami Cik Tom nanti, sebab dapat isteri yang pandai menabung…
Jom baca entri terkini anuar …Berjaya merampas Takhta “Pengalaman Bersama ONEXOX”
yang bawah tu koleksi tabung lama..sekarang 1 tabung je satu masa…maybe boleh tambah satu lagi tabung kawin..dah alang2 anuar cakap calon suami..hehe
Tak ramai orang perempuan pandai menabung di rumah… kebanyakannya pandai menabung dekat shopping complex jer…
Jom baca entri terkini anuar …Berjaya merampas Takhta “Pengalaman Bersama ONEXOX”
sebenarnya ciktom pun suka menabung kat shopping complex..hikhik..
tapi bukan selalu la..treat hadiah utk diri sendiri bila capai pe2 target.
Nak buat tabung melancong juga la
Jom baca entri terkini Noriza Rahman …Vivix® Menjadi Pilihan Artis Malaysia untuk Kesihatan Keseluruhan
ciktom pun suka buat tabung target untuk melancong..boleh berbelanja lebih sikit brg2 kat sana..hehe
Wah…banyak ciktom dapat setelah menabung. Kalau jenis gatal tangan tak boleh menabung, asyik korek je melalui lubang diit masuk tu.
Apapun moga lepas ini boleh kumpul sampai RM2000. he..he…
Jom baca entri terkini sensasi2020 …Selangor Juara Piala Malaysia 2015
sebab tue ciktom guna tabung besi..dah try tak dapat nak korek masa terdesak..hehee
erk tak pernah lagi kumpul sampai 2K…banyak gak tu..risau simpan dalam rumah..bahaya..biase cukup 6 bulan terus pecah simpan dalam bank
Bagus menyimpan ni, macam saya buat tabung misteri, tiap-tiap minggu simpan le RM10 ke RM20 ke
nama tabung misteri..unik betul..mesti byk masuk tiap2 minggu..
ciktom biasa masuk duit konsisten bila dapat gaji atau duit dari blog..hehe
tabung ada banyak juga.. tapi tak pernah full.. haha.. dekat kampung , dekat rumah sewa, rumah mertua…
Jom baca entri terkini zik …Keputusan terkini final selangor vs kedah piala malaysia 12.12.215
banyak tu sampai merata menabung..hehe
meski pun raya lambat lagi, tapi kena kumpul duit dari sekarang 🙂
Jom baca entri terkini Sync …Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41
yang ni tabung awal tahun punya cerita..dah selamt pecahkan 😉
Dekat rumah anak-anak guna botol air mineral buat tabung.
anak buah ciktom pun buat tabung DIY guna botol air..pastu hias dengan sticker kartun kegemaran..
Insyallah sedang menabung tabung akhirat 🙂
Jom baca entri terkini DON TRADER …Wasiat 40: Wasiat Ehwal Bahawa Menguap Berasal Dari Syaitan
alhamdulillah itulah sebaiknya…syabas! 😉
saya pun azam tahun baru nak ada tabung camni jugak
Jom baca entri terkini raihanah …Angkasawan NASA Pengguna Shaklee
Setuju dn ciktom menabung nih nak kene ada disiplin yang tinggi..bila tengok koleksi tabung2 cik tom teringat tabung kat rumah umi hanya guna bekas wet tissue baby je… 😉
Elok sangat menabung ikut warna duit ni…sesak-sesak boleh juga guna
Jom baca entri terkini azimah mohd zainuddin …Kepentingan Kalsium Untuk Ibu Hamil
Wah … Rajin sangat ciktom menabung….
Jom baca entri terkini Oyong Ilham …Perjalanan Terberat Itu Adalah ke Mesjid, Benarkah ??? –
dulu rajin. sekarang dah agak jarang. hehe