Tak Semua Orang Suka
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Sejak 2 menjak ni blog cik tom ada menerima beberapa “komen” dari blogger. huhu.. Ada yang komen “Kita kena ingat nawaitu berblog untuk apa? Bukan wang semata-mata.” haha… Ada jugak yang cop cik tom “blogger yang sombong”! gelak lagi. hehe… Blog yang tak balas kunjungan. Ada jugak yang penaja pun nak join contest yang ditaja. Alih2 yang penaja tue jugak menang dapat duit dia taja balik. Ada siap mention nama cik tom dan ada yang berlapik. Tapi takpelah cik tom dah makan cili dan rasa pedas!! huk3…
***amaran entry kali ini panjang…kalau malas baca terus je scroll komen or klik je pangkah ;p ***

Ini bukan entry untuk serangan balas ye. Saje je coretkan kat sini pengalaman feedback blog je. hee… Maybe kalau semua komen ini setahun yang lalu cik tom akan sedih, frust, down dan sebagainya. Tapi cik tom skang bukan cik tom yang dulu. Bukan yang mudah down bila ada orang kutuk blog. Makin orang kutuk makin semangat cik tom nak buktikan kemampuan blog ini. Dulu pernah teruk gak kena “muntah tengok blog ko” dan alhamdulillah still maintain sampai skang. Macam mana nak maintain? Kena buat tak peduli je ke?? Ada aku kesah?? hehe… Kalau terima sebarang komen atau teguran, kadang-kadang kita kena amik tahu juga. Mana yang boleh diperbaiki tue perbaikilah untuk kebaikan. Kalau memang sekadar komen negatif tue amik campak dalam laut je.
Teringat dulu blog cik tom pernah juga buat beberapa kontroversi entry dalam blog hasil dari entry ini bukan blog tutorial. Lawak bila ingat balik cik tom gaduh2 sayang dengan blogger mummynemo. Mummynemo terasa siap balas entry jugak masa tue. Semuanya terjadi sebab salah faham dari komen rakan blogger. Tapi alhamdulillah tak sampai 3 hari kitaorang berdamai jadi kawan baik balik. hehe… Pastu kontroversi dengan entry “blogger mana tiru layout blog cik tom“. Ini pun pernah jadi isu besar dan berbalas entry antara 3 blogger. hik3.. Ada jugak luahan hati cik tom tentang copy paste entry cik tom. Yang kelakarnya yang tukang tiru tue pun komen sama. huhu..
Lastly isu agak hangat yang cik tom ingat dengan faceblog tapi entry tue cik tom dah buang atas permintaan admin faceblog. Isunya bila admin faceblog tiru 100% original entry tutorial dari blog cik tom tanpa minta izin tapi isu ini pun dah selesai dan admin pun dah delete semua entry tue. Kaw2 gak cik tom kena kutuk dengan semua follower faceblog masa tue. Cakap cik tom kedekut, berkira dan macam2. Hmm.. bila imbas kembali ni dahsyat jugak cik tom dulu ye. Agak tak penyabar. hehe.. Tapi tue semua kisah lama tahun 2010 dan 2011. Alhamdulillah 2012 dah jadi blogger matang dan baik dah. Ye ke?? hehe.. Segala kenangan yang lalu memang tak ternilai dan tak boleh dijual beli dengan wang ringgit.
Baru-baru ni time cik tom blogwalking terjumpa artikel dari 2 blogger hebat yang totally sama artikel di blog cik tom tanpa backlink. Tapi cik tom tak marah atau melenting pun. Bangga lagi adalah. Tak sangka diorang nak copy entry cik tom yang entah apa-apa tue. hehe.. Maybe akan ada yang cakap “Alah bajet je diorang tiru ko. Normal la tue kalau entry lebih kurang sama.” Bagi cik tom kalau entry sama idea memang normal tapi kalau ayatnya dah bulat2 sama cuma edit tang nama panggilan je. Memang penulis asal dapat cam lagi tue hasil gaya penulisan dia yang asal walaupun dah ubah intro dan penutupnya. hee.. Macam cik tom pun selalu je blogwalking cari idea dari blog ke blog. Tunggu idea turun dari langit memang payahlah. hee…
Motif entry panjang-panjang ni? Entah tiba-tiba je rasa nak share experience sepanjang berblog. huhu.. Pada blogger diluar sana korang jangan cepat patah semangat kalau dapat teguran or komen yang korang tak suka ye. Tak semua orang akan suka apa yang kita buat. Dan kita pun tak boleh nak paksa diorang untuk suka kat kita. Itu hak masing2 nak suka ke tak?
Apa sahaja yang kita dilakukan pasti akan ada yang tak berpuas hati. Sebab tak semua orang suka kat kita. Hanya ada tiga kemungkinan kenapa ini berlaku. Pertama ialah kekurangan diri kita sendiri, keduanya kerana kekurangan pada diri mereka ataupun kedua-duanya sekali. Cuma kita sebagai manusia perlu sentiasa positifkan diri bahawa semua kelemahan ialah datang dari diri kita dan sentiasa cuba perbaikinya. Yang pasti memang tiada manusia yang SEMPURNA!
p/s; terima kasih pada awak.. awak dan awak yang sudi stalker blog ni =)
Sharing is caring
cik tom sombong? ye ke? xxxponn dorg x bethoi
diorang cakap sedap mulut je sebab dah tak suka kan..kalau suka mesti semuanya bagus…
apa2 biar je apa org nak kato
aah diorang kata pun cik tom akan tetap update blog ini selagi diizinkan oleh Allah swt.
Sabar je la kak. hehe. Semua manusia sama je pun.hehe
masih mampu bersabar lg..hee..tp manusia semua tak sama..mcm2 ragam ada…
Biarlah apa org nak kata 🙂
ciktom sombong ke? tak kenal maka x cinta hehehe
ahaa…yang sombong tue gimik dari blog donnyien je.
Apa yang cT tulis mengenai kenangan itu,akak baca…memang mengejutkan. Maklumlah akak pun baru…ketika itu n selalu refer tutorial blog cT,secara tak langsung membaca entry tersebut. Itulah indahnya pengalaman…
hehe..mestilah akak pernah baca sbb kita kenal dari awal ciktom berblog lagi..hee
cik tom..
first tau blog ni time..mase usha blog denaihati klau xsilap..
hehehe.
terima kasih sudi singgah…tp mcm mn nmpk ms usha denaihati?
tak panjang pun artikel blog ni… dapat baca dengan rileks dan hati yang tenang…
Sesekali memang patut meluahkan apa yang terbuku di hati.
Ada sesetengah orang amatlah ringan jari nak berikan komen… itu tak jadi masalah, tapi kena berpada-pada juga.
Adakalanya apa yang nampak biasa bagi kita, rupa-rupanya menyinggung perasaan orang lain sebenarnya.
ciktom rasa panjang sbb letih kot taip..hehe..sabree dah biasa buat artikel panjang2 tue rs biase je pnjg entry ni..hee
terlajak perahu bolwh diundur..terlajak tulisan boleh edit?? hehe
ramai pula yang salah faham entry tu ya, depa tak baca sampai habis terus hentam haha! kontroversi betul.. hehe takpe lah ciktom, lepas ni sure blog ciktom popular..
cik tom tak salah faham la donnyien…jgn donny salah faham plk dgn entry cik tom ni..huhu
hehe..xpe xnaklah popular dengan kontroversi….
ramai pula yang salah faham entry tu ya… “
nak buat macam mana blogger yang tak baca abis memang salah faham..hehe
Salam..
adat dah dalam berblog..tak semua orang suka kat kita..kalau saya, taknya saya layannya reaksi negatif orang…yang penting, blog saya, suka hati saya nak tulis apa kan..?jarang orang nak membantu yang positif, kebanyakan nak bagi negatif lebih dari positif..jadi bersabar je lah 🙂
Setuju dengan bro Zul. Kalau penuh dengan hasad dengki ni susah hidup,.. asyik nak cari salah orang je memanjang.
tp tuelah realiti manusia zaman skang…pantang tengok orang lain sennag..huhu
bagus jugak apa yang ro zulkbo komen ni..hehe
setiap orang ada pandangan masing-masing. suka tak suka terpulang pada individu. yang penting mesej kita itu sampai. Bila mesej kita tak sampai, disitulah bermula konflik.Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Semua ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Yang penting, kita saling melengkapi..
kadang2 mesej tak sampai bila pembacaan separuh jalan je..tue yg mudah jd konflik juga
hi ciktom, terima kasih dengan link di atas.. semoga blog ciktom semakin maju jaya 🙂 memang susah mau puaskan kehendak semua orang kan..
sama2 donnyien..takpe kalau xdpt puaskan hati org lain..kita puaskan hati diri sendiri jelah..hhee
hahaa..yang stalker tu tak menahan ciktom 🙂
dkna pon curi2 bw then buat entry..eh! teringat lak pasal entry pelaburan emas tu haa..dapat idea dari blog ciktom :p
xpe..ciktom pun selalu dpt idea masa blogwalking..
Memang dah lumrah ciktom,… ramai orang yang suka tengok kejatuhan orang lain daripada memberi dorongan untuk lebih berjaya.
BTW, ciktom teruskan berblog dengan ide2 yang baru dan jadikan semua tu sebagai dorongan utk jadi lebih bagus dan mematangkan diri kita sendiri. Wish all the best..
adat manusia…hehe..takpe ciktom akan jadikan tue satu cabaran utk berjaya…
thanks ye shraqs…insyaAllah akan cuba sedaya upaya utk cr idea baru..
bila masuk ke blog rakan2..memang ada banyak cerita masing2. ada yang memang menulisnya sendri, ada yang copy n paste.
ada yg copy n paste dari paper kemudian buat rumusan.
sebenarnya..setiap orang ada kelebihan n kekurangan.
blog saya yg cikai lagi bersaang pun…pernah juga saya terbaca entri yg dicedok melaluinya. mula2 geram juga, tapi last sekali..lantaklah. berkongsi infomasi adalah satu perkara yg sihat.
setiap blog pasti ada keistimewaan tersendiri kalau jadi diri sendiri..
Biasalah tuh Cik Tom. Kalau nasihat yang membina ambil kalau tak masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
memang sudah menjadi adat didunia blog nie. Kalau ada kutukan dan makian tu bermakna artikel kita itu telah meninggalkan kesan di hati pembaca.
bukan adat blog je..kalau kerja and mana situasi mesti ada yang tak suka..
yup..byk lg kena perbaiki diri dan blog ni.
alhmdllh setakat ni sy belum penah kena mcm cik tom ni… tabah juge ye. klu sy mungkin dah down kot. tp kalau ada yg mengata blkg2 tu wallahua’lam lah… :p
p/s: klu free, jmput support entry ni;
salam,
gudluck ye….
jom exchange G+
http://ummihanie.com/iphone-5-gadget-impian/
time kasih 🙂
ok nati ciktom klik G+..tapi nak exchange apa sebab ciktom xjoin pun contest iphone 5..huhu
Saya baru ready nk baca pnjng..nk kutip pglmn blogger terkenal. Tapi..eh, pendek je. hehe
sejak kenal cik tom..ok je. selalu jugak jengah blog tak terkenal saya tu.
apapun, masa mematangkn kita. cara berfikir & bertindak tak sama, berubah seiring usia.
ciktom rasa panjang..lenguh taip sambil perah idea..hhaha
yup usia n pengalaman mematangkan kita
sama lah ciktom , kalau dulu frust juga , skrg ni dah takde makna nak frust biar je lah .. akk kalau org copy entri bukan entri famili boleh di maafkan la .. tkpe ..
blog akak dah popular dan hebat..hee
bagi saya ciktom terbaik, lagi baik kalau ciktom rajin singgah blog hamba, hehehe. pasal isu penaja join contest saya tau kes yang mana, hehe.
hehe..ciktom memang suka singgah blog juan..entry semua original n berwawasan gitu..hee
hoho…bila mahu belanja gua cendol nih haa..
Harap sudi belanja HP sekali.
belanja gua sekali bro
semua nak mintak belanja ni..hehe
insyaAllah kalau berpeluang nanti.
entah la..nak pi banting jauh..
walau apa pun HP tetap menjadi stalker setia di blog ini.hehe
hehe..thanks HP..eh tp stalker xtau…HP dah bgth so xjadi stalker dah la..hehe
Laah. Boleh jadi gini ke? Hahaha…
apa yang jadi??hahaha…
disebabkan ketabahan cik tom tu.. sudikah cik tom berbfkan saya??hahahaha..tiba2 je kan.
saya pun pernah jugak di copy paste bulat2.. langsung tak tukar apa2.. sakit betul hati.. dua tiga orang blogger. tak langsung letak kredit.. sangat2 menyakitkan hati.bila sound,pandai pulak dia delete komen saya tu..tapi still tayang entri tu lagi..
aku pun kena jugak bro, aku dah suruh letak [..sumber] dan linkkan pada aku semula tapi dia cakap lupa..sampai ke sudah aku malas nak ambik peduli dah..
Aku bengang !! huahuahua
haha…jangan bengang…
hahha..sengal je boni je…
memang ramai kot blogger macam tue..dulu awal2 geram gak..skang pasrah je n fikir positif..smoga artikel yg dibuat tue bg manfaat kt org lain..n pahala berganda2 cam MLM..hehe
cik tom sombong ker?
tak ler…kalau sombong mana sudi nak jgok2 kat blog baru mcm saya…hehehe…
hehe..xsemua pandangan manusia…thanks sentiasa singgah support blog cik tom 🙂
AMARAN : Komen ini mengalahkan entri ! Harap CikTOM tak kisah ..TQ :]
Saya rasa saya alaminya dgn cikTOM..memang hati manusia begitu. Tak ada yang cukup dan bagi dia, dia saja yg sempurna.. Tapi, sebenarnya, kalau cikTOM tak balas komen atau buat kunjungan ke blog lain, mungkin ciktom bs, atau ada urusan lain.. mungkin orang tak tahu siapa ciktom sebenar di alam realiti. Mentaliti manusia memang begitu ..contest2 tu semua, yaa..ada asam garam, tapi nak buat macam mana, saya yang first buat contest SEO cenggitu pun terkena juga tempias.. tapi takpe, hak dan pandangan org berbeza, saya terima
Nilai dan apa yang kita mahu sampaikan pada orang lain, itu yang menjadi keutamaan. Bukannya kunjung atau tak, sombong atau tak.. Tetapi, informasi yang kita berikan untuk dicedok oleh segenap lapisan masyarakat. ..harap ciktom terus tabah & saya akan terus support ciktom, walau apa pun :]
takpe xkisah..boleh komen panjang mana nak..hehe…memang adat manusia ada je yang tak sempurna org lain tue kat mata dia…tue hak dia dan pandangan dia nak suka or tak..tak boleh paksa…mmg sepatutnya kita sebagai blogger saling support antara satu sama lain..bukan kerja nak downkan je..
takpe ciktom ..lain orang lain ragam..
hehe..apa pun bende lepas jgn dikenang..
yg akan datang ni lebih mustahak..
yup betul tue..hee saje coretkan bagi kenangan utk mengorak langkah ke masa depan..sbb kdg kita kena jgk imbas ke belakang supaya tak terleka dengan kesenangan akan datang =)
nak copy2 ni, kenalah edit dan buat ayat sendiri, jgn copy 100% atau dkat2 100%..
skang scik tom okay je nak copy artikel…cuma kena edit kan beckhrooy…
hope teruskan bersabar, adat berblog dan popular, kita tak dapat nak memuaskan hati semua orang.
alhamdulillah masih dapat bersabar…hehe..
Dugaan seorang blogger yer, byk yg boleh dipelajari drpd pengalaman cik tom nih..
pengalaman blogging yang tak dapat dilupakan..huhu
Hehe..bila la nak merasa pengalaman mcm cik tom rasakan ni yer…harap pondokkecil pun dapat merasa satu masa nanti..agar cerita dalam entri cik tom ni akan dijadikan semangat untuk terus blogging..hehe..
haaa nak rasa pengalaman camni?? baik xpayahlah kot..lagi bagus kalau semua orang suka blog hafizul..hehee
ala kadang2 nak rasa jugak pahitnya berblogging..kan masni selalu nanti penuh la semut hitam peliharaan en titan tu kat ponsok kecil…hehe..en titan gurau jer..jgn ambil serius k…
betul jugak eh..hehe…baru terasa lebih manis hidup berblogging..hee
Semoga terus tabah cik tom dalam dunia blog.
hahaha..teringat je entry2 ciktom bila ciktom citer.. lama juga kita dah kenal kan ciktom?? tapi x pernah bersua!
aah dah lama kita kenal yunk..hehe…insyaAllah nati kita blh set time dating! hee..
djchef lain pula baca punya baca bukan djchef salah faham tapi tak faham.. hehehehe mcm mna tu?
tak faham takpe..buat2 je faham..hahaa
salam ciktom..
rasanya saya belum pernah komen dalam blog ciktom ni. sekadar silent reader.
moga ciktom terus maju jaya dlm dunia blogging & apa jua bidang yang diceburi 🙂
wslm..terima kasih sudi drop komen di blog ciktom..hee…
thanks..semoga blog cik laili pun makin mantap dan sukses 🙂
Assalamualaikum,
Waaahh banyak nya comment, jealous pun ada …saya tak terbalas kot. Tabik Cik Tom balas semua comment. Apa-apa pun kita ni kan manusia…rambut sama hitam tapi hati lain-lain, itulah asam garam nya dalam segala hal…..
balas selagi bkemampuan..ada juga komen yg tak terbalas..huhu