Teknik Rahsia Membuat Halaman About Yang Memukau
Assalamualaikum w.b.t…
Halaman about merupakan halaman terpenting bagi sesuatu blog. Ianya bukan sekadar cerita peribadi, tetapi ingin menyampaikan suatu mesej yang penting iaitu “Jadilah pembaca yang setia di blog ini”.
Bagi menyampaikan mesej ini, kita tidak boleh menulis halaman about yang biasa-biasa sahaja. Kita perlukan yang betul-betul berkualiti dan memukau.
Persoalannya, bagaimanakah caranya untuk memukau pembaca halaman about?
Cara Memukau Pembaca Halaman About
Dalam halaman about yang memukau perlu mengikuti teknik-teknik ini:
1. Mulakan Bercerita Tentang Blog Dahulu
Pada pandangan saya, pembaca lebih suka mendengar tentang perihal blog daripada mendengar cerita diri sendiri. Oleh itu, dalam cerita di halaman about, cuba kurangkan cerita tentang diri sendiri.
Mulakan dengan apa yang pembaca suka dengar iaitu perihal blog kita.
2. Tawaran Blog
Semasa bercerita tentang blog, jelaskan dengan teliti tentang tawaran yang kalian sediakan bagi para pembaca. Nyatakan siapakah sasaran blog anda dan sebab mereka perlu menjadi pembaca setia di blog anda.
Anda perlu mendorong mereka dengan bersungguh-sungguh untuk bertandang ke blog anda pada masa akan datang.
3. Letakkan Artikel Terbaik Blog
Teknik yang memukau yang boleh digunakan juga adalah dengan meletakkan link artikel yang terbaik di blog kita. Dicadangkan, letak 3 link yang terbaik. Biarkan mereka membuat pilihan sendiri setelah membaca artikel-artikel terbaik tersebut, adakah mereka bakal mendapat manfaat yang besar dengan menjadi pembaca setia ataupun tidak.
4. Cerita Perihal Diri Sendiri Dengan Ringkas Serta Kaitkan Dengan Blog
Pastikan bercerita tentang diri sendiri ini berkenaan dengan maklumat yang penting serta boleh meluaskan rangkaian kita sebagai blogger. Jangan masukkan maklumat-maklumat yang tidak perlu. Ianya menyebabkan pembaca menjadi bosan.
Kaitkan maklumat tersebut dengan aktiviti berblog. Sebagai contoh, hobi yang kalian sukai seperti menulis perlu dikaitkan dengan aktiviti berblog atau niche blog.
Selain itu, elakkan daripada meletakkan maklumat peribadi seperti email peribadi dan nombor telefon di halaman about. Ini bagi mengelakkan kegiatan spammer yang semakin berleluasa di internet.
5. Posisi Terbaik Bagi Halaman About
Sekadar pemerhatian saya, rata-rata blogger meletakkan halaman about di sebelah halaman home. Saya bersetuju dengan posisi ini kerana kebiasaannya pelawat ingin mengetahui tentang pembaca setelah membaca sesuatu artikel di blog. Selain itu, peratusan pembaca halaman about lebih tinggi berbanding halaman-halaman lain seperti contact dan penafian.
Maka, peletakan posisi ini juga penting diambil kira berdasarkan tabiat pembaca di blog.
Penutup
Akhirnya, jadikanlah halaman about untuk menarik pembaca menjadi pembaca setia di blog kita. Gunakan ayat-ayat yang berbisa bagi menarik perhatian mereka bagi mengunjungi blog kita pada masa akan datang.
Saya juga ingin menyeru para pembaca supaya membaca halaman “about” blog saya dan berikan pandangan kalian, adakah ianya mampu menarik kalian menjadi pembaca setia di blog saya?
Semoga berjaya!
Artikel bagi “Slot Penulis Jemputan” kali ini ditulis oleh Mohd Fakurazi Bin Ghazali, pemilik blog myarrazi.com dan pelajar tahun akhir peringkat sarjana di Universiti Sidi Mohammed Ben Abdellah, Fes, Maghribi dalam jurusan Qawaid Fiqhiyyah Wa Usuliyyah. |
Sharing is caring
sudah tentu.. hehe.
Jom baca entri terkini lokman …Suara Mahasiswa Dalam Isu LISTEN LISTEN LISTEN!
terima kasih Lokman. Yang sudah tentu tu apa?
Jom baca entri terkini Arrazi …Bahan Bakar Bagi Blogger
TQ share …. cantik header baru ciktom … dh salin baju blog nie ^^
Jom baca entri terkini yana …My BlogShop
menarik dan boleh praktikkan 🙂
Jom baca entri terkini Miza Yusof …MENANG HADIAH PENDRIVE SONY 4GB | GIVEAWAY MIALIANA.COM
Terima kasih. Selamat mempraktikkan.
Jom baca entri terkini Arrazi …Bahan Bakar Bagi Blogger
Terima kasih di atas perkongsian info… Lepas ni boleh perbaiki info tentang saya yang terdapat di blog Coretan Anuar…
Jom baca entri terkini Anuar …WW: Layan Tomyam Udang Galah malam ni… 😉
mudahan-mudahan dipermudahkan. Terima kasih kerana membaca.
Jom baca entri terkini Arrazi …Bahan Bakar Bagi Blogger
terima kasih ..inshaa Allah akn dipraktikkan..
Jom baca entri terkini diarisakura …#29 Wordless Wednesday – Dosa Memutuskan Silaturrahim
semoga dipermudahkan.
Jom baca entri terkini Arrazi …Bahan Bakar Bagi Blogger
WOw…ahak pasni nk ubah suai bahagian itu,mekasih cik tom^^
Jom baca entri terkini kozumi_ro …Anne Ngasri Hamil setelah Sebulan Nikah
Alhamdulillah, jika bermanfaat untuk saudara.
Jom baca entri terkini Arrazi …Bahan Bakar Bagi Blogger
Penting juge halaman about ni…baru tau. Thx atas perkongsian bermanfaat ini.
Jom baca entri terkini Bin Muhammad …Doa dan Zikir Semasa Mengemas dan Memasak
sama-sama. terima kasih membacanya.
Jom baca entri terkini Arrazi …Bahan Bakar Bagi Blogger
Penting jugak rupanya halaman about ni kan… Lepas ni kena perkemaskan halaman about ni.
Jom baca entri terkini Hazmin Hamudin …Malaysia Destinasi Pelancongan Mesra Pelancong Islam
sangat penting saudara. saya tengok blogger popular memang amalkan teknik-teknik ini.
Jom baca entri terkini Arrazi …Bahan Bakar Bagi Blogger
hai cik tom,,thanx for the info,sagt berguna,,feel free visit me..tq.
Tu la nak kena edit semula la hehehe
Jom baca entri terkini Budak Felda …Wordless Wednesday : Teknik Seo
Itu dia. Hey itu dia…..
Hehe 😀
Rupa2-nya Tuan Arrazi di sini. Memang terbaik entri-nya.
Tetapi lebih hebat sekiranya pembaca mengambil tindakan yang sejawarnya untuk membuat “about page” lebih memukau! 😀
Hari ini saya gembira dan BERANI!
Jom baca entri terkini Danial …Danialde4 Kembali Lebih Segar! Dengan Template Baru
Danial pun ada. Selamat membaca. Wah, seronok selepas masuk program motivasi ye.
Jom baca entri terkini Arrazi …Bahan Bakar Bagi Blogger
Info berguna ini, Tq
Jom baca entri terkini Kamal Mustafa …Cara Mengecilkan Gambar Secara Pukal.
nice tips… terima kasih !
baru je edit2 sikit bahagian ni, tp rasa masih banyak kekurangan.
lepas ni, boleh tak share camana nak edit laman error 404 dan yg sewaktu dengannya? tq… 😉
Jom baca entri terkini Ummi Hanie …Keputusan Contest Top Referral blog Ummihanie.com. Siapa bakal dinobatkan sebagai juara?
insya Allah, lama kelamaan sempurna la tu. Mungkin Cik Tom boleh buat artikel tu.
Jom baca entri terkini Arrazi …Bahan Bakar Bagi Blogger
ooo..penulis jemputan rupanya..’patut la lain macam je bila baca..rasa macam bukan cik tom..hehhhe
Jom baca entri terkini diana …GAMBAR LUCU:BILA WAJAH TERKENA ANGIN
mungkin pembaca setia blog cik tom tertunggu-tunggu artikel daripadanya. hehe:)
Jom baca entri terkini Arrazi …Bahan Bakar Bagi Blogger
Terima kasih di atas perkongsian yang bermakna ini. InsyaAllah saya cuba praktikkan.
Jom baca entri terkini faizal …Kenapa Hidup Untuk Memberi
Terima kasih. Insya Allah, semoga dipermudahkan untuk mempraktikkannya.
Jom baca entri terkini Arrazi …Bahan Bakar Bagi Blogger
ampak gaya kena buat post tentang about juga le
Jom baca entri terkini onlajer …Test Pen Bukan Screw Driver
buat jangan tak buat 🙂
Jom baca entri terkini Arrazi …Bahan Bakar Bagi Blogger
bagus tips2 yg diberikan… tambahan dari saya.. letak gambar awek cun dan ayu.. mmg memukau kaum adam.. hee
Jom baca entri terkini Hairul Hissam …Cara Mengatasi Stress Kemurungan Dgn Makanan. Dimana Rasionalnya
hoho…tips yang nakal…
Jom baca entri terkini Arrazi …Bahan Bakar Bagi Blogger
betul juga tu cik tom… hurm , banyak benda yang saya terlepas pandang ni sebenarnya..
Jom baca entri terkini boni kacak …Cerita Lawak : Kah Kah Kah! Pandai Kau Bergurau
baru la aku tahu apa yang perlu ada pada halaman about ni
hehe
terima kasih banyak
Jom baca entri terkini TehR …Pantun Maki Orang
sama-sama.
Jom baca entri terkini Arrazi …Bahan Bakar Bagi Blogger
oh entry dari penulis jemputan rupanya,..menarik..rasa nak update about kat blog..thanks
Jom baca entri terkini afif …Final Maharaja Lawak:Siapa Bakal Juara?
sila-sila…hehe.
Jom baca entri terkini Arrazi …Bahan Bakar Bagi Blogger
yup ni entry penulis jemputan..kalau afif berminat pun boleh try hantar draft artikel ke email cik tom: tomatogurl86@gmail.com
bagus ar cik tom pasal about yang memukau.. lepas ni kena update ‘about me’ sampai orang terpukau pengsan!!
Bila Cuti Kena Beku…
hehe…ni entry tip dari penulis jemputan arrazi..
terima kasih kepada penyumbang-penyumbang tip berguna.
Jom baca entri terkini faizal …11 Ayat Motivasi Dari Al-Quran
Terima kasih bro Arrazi atas perkongsian menarik ni. Nampaknya, ambe perlu banyak perbaiki ruang about me kat blog ambe tu…best baca tips2 camni
Jom baca entri terkini hafizmd …10 Responsive Themes Percuma!
sama-sama tuan hafiz. Ambe pun suka bab-bab tips ni, banyak yang boleh diperbaiki.
Jom baca entri terkini Arrazi …Bahan Bakar Bagi Blogger
terima kasih juga dari saya. perkongsian tuan begitu berharga.
Jom baca entri terkini faizal …11 Ayat Motivasi Dari Al-Quran
Dah lama tak update halaman ” about” nih,thanks Cik Tom sudi bagi tips.
Jom baca entri terkini azmanisma …Rangup!
ini tips dari blogger arrazi…ciktom pun dah lama xupdate..ni update balik halaman about ciktom..
rasanya gambar yang diletakkan perlu juga menarik. baru orang tertarik. hehe.
Jom baca entri terkini khairil …Pengalaman Tengok Orang Kena Rasuk Dan Kisah Seram Di UiTM Seri Iskandar
betul juga tu.
Jom baca entri terkini faizal …11 Ayat Motivasi Dari Al-Quran
Bagi saya ‘About’ ini penting ibarat CV kepada blog.
Jom baca entri terkini akubiomed …Aktiviti hujung minggu dengan blog walking
Betul tu tuan. Kalau dengan CV kita dapat pekerjaan, dengan halaman about, kita dapat pembaca setia. Kedua-duanya ada kepentingan.
Jom baca entri terkini Arrazi …Teknik Mempergunakan Orang Lain
haa tedia , banyak kekurangan yang kena perbaiki ni, hehehe . Tentang ‘about’ tu , lisa tempek ayat sikit aje. Rasa kekok bila taip panjang-panjang, nanti terasa diriku syok sendiri, ohh
Jom baca entri terkini SM …Contest SEO 10 Blogger Terbaik Malaysia
Betul, dalam halaman about kena elakkan syok sendiri.
Jom baca entri terkini Arrazi …3 Teknik Membersihkan Personaliti Buruk
sangat bagus tips ini dari Saudara Arazzi 🙂
Jom baca entri terkini syaifuddin alias …10 Blogger Terbaik Malaysia
Terima kasih Syarifuddin. Semoga boleh mempraktikkannya.
Jom baca entri terkini Arrazi …3 Teknik Membersihkan Personaliti Buruk
setuju dengan pendapat cik tom ni..rasanya pondok kecil pun nak kena ubah jugak halaman tu..kasi power sikit..hehe
Jom baca entri terkini Hafizul …Sepetang Bersama Blogger 2013 – #SBB2013
selamat mencuba dan rasai kelainannya 🙂
Jom baca entri terkini Arrazi …Ibrah Program Maulidurrasul
Haha..masih belum buat lagi bro..haha..masa tak ada nak reka ayat kasi power..
Jom baca entri terkini Hafizul …Glasses, Cat & Gift 2013 by Suri
tip yg sungguh berguna..
Jom baca entri terkini sohoque …Tips Memilih Web Hosting
terima kasih.
Jom baca entri terkini Arrazi …Baik Dan Buruk Sistem Peperiksaan