Tips Bisnes: Jadi Seller Elak “Sekolahkan” Customer

Tips Bisnes: Jadi Seller Elak “Sekolahkan” Customer | Assalamualaikum dan salam sayang.. Ciktom tertarik nak kongsikan tips bisnes yang ciktom dapat dari perkongsian oleh team leader ciktom di whatsapp iaitu seller sebaiknya elak “sekolahkan” customer.

Tips Bisnes: Jadi Seller Elak “Sekolahkan” Customer

Tips Bisnes: Jadi Seller Elak "Sekolahkan" Customer

Walaupun kita sebagai seller sentiasa berpegang konsep “customer is not always right

Tak perlulah kita sebagai seller cuba untuk sekolahkan customer. Sebaiknya belajarlah berkomunikasi berdasarkan fakta dengan customer/ pelanggan korang

Pasti ada yang tertanya apa maksud sekolahkan customer?

Situasi 1: Bila Customer Complaint Barang Mahal

Customer: Sis jual mahal sangat.

Seller: Sis.. semua benda pakai kos. Kalau sis pakai skincare murah, kalau jadi apa2 macamana nanti sis? Sis juga menyesal.

Tukar kepada aura yang lebih positif iaitu;

Seller: Dalam jus ABATA ni ada extract kobakakawakak yang diimport direct dari uganda. Khasiat dia lebih baik dari kita minum 3biji lemon setiap hari.

Ada juga yang sekolahkan customer……

Situasi 2: Bila Customer Complaint Seller Lambat Reply

Customer: sis.. Sis nak meniaga ke tak? Saya tunggu dari tadi tak respon pun

Seller: wasalam. saya ni bukan nak layan mesej sis je. Nak urus rumah, anak2 lagi. Kalau tak sanggup tunggu jangan mesej

Sebaiknya tukar sahaja kepada jawapan yang lebih positif iaitu;

Seller: Kami minta maaf yea sis. Permintaan terhadap jus ABATA terlalu tinggi. Kami akan pastikan semua customer dilayan sebaik mungkin. Boleh saya tahu nama sis?

“Tak kuasa kak as nak cakap elok2 dengan customer tak beradab!”

So, diam sahaja. Tak perlu reply. Jangan lupa juga tak perlu nak viral dengan screenshot dan up status berkenaan customer tidak beradab dan sebagainya.

Kesan Buruk Sekolahkan Customer

Sebenarnya bila seller sekolahkan customer hanya buat kamu;

1) Sebarkan nama buruk untuk bisnes kamu
2) Ketagih untuk asyik sekolahkan customer

Sumber tips: Kak As

Semoga tips bisnes ini bermanfaat dan juga peringatan untuk diri ciktom dan kita semua.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

3 thoughts on “Tips Bisnes: Jadi Seller Elak “Sekolahkan” Customer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!