Tips Hilangkan Kutu Beras (Rice Weevil) Cara Mudah
Kutu beras, bubuk beras atau kumbang beras, (bahasa Inggeris: rice weevil), nama saintifiknya; Sitophilus Oryzae ialah serangga perosak yang menyerang beberapa tanaman penting seperti gandum, beras dan jagung. Kebiasaan penyebab kemunculan kutu beras ialah dari beras yang lama tak digunakan.
Pelbagai cara,teknik atau petua dari turun temurun bagaimana cara yang paling berkesan untuk menghalau dan menghilangkan kutu-kutu beras di dalam beras. Persoalan bagaimana kutu beras mudah membiak? Ia kerana kawasan persekitaran atau bekas tempat menyimpan beras bersuhu lembap. Jadi kita perlu pastikan tempat menyimpan beras sentiasa dalam keadaan kering.
Tips Hilangkan Kutu Beras (Rice Weevil) Cara Mudah
1. Hilangkan Kutu Beras Dengan Jemur Beras di Tengah Panas
Cara yang paling mudah untuk hilangkan kutu beras ialah letakkan beras di atas dulang dan kemudian jemur di tengah panas. Kutu beras akan keluar dari beras untuk cari tempat yang lembap atau boleh juga tampi beras dengan dulang untuk keluarkan kutu beras.
2. Hilangkan Kutu Beras Dengan Cili Kering
Kedua, masukkan cili kering ke dalam bekas simpanan beras. Cili kering berbau kuat dan juga bersifat panas. Kutu beras tak suka cili kering dan ia dapat menghilangkan dan menghalau kutu beras. Cara ini paling mudah dan pernah cik tom praktiskan serta ianya menjadi.
3. Hilangkan Kutu Beras Dengan Bawang Putih
Kutu beras tidak sukakan bau-bauan jadi boleh gunakan tips halau kutu beras dengan bawang putih. Bawang putih mempunyai bau yang sangat kuat. Bau bawang putih dapat menghalau kutu beras.
4. Hilangkan Kutu Beras Dengan Daun pudina
Daun pudina perlulah dikeringkan terlebih dahulu dan kemudian kisar jadi serbuk dan digaulkan bersama-sama dengan beras. Dengarnya cara ini agak berkesan untuk menghalau kutu beras tapi belum pernah cik tom praktiskan.
5. Hilangkan Kutu Beras Dengan Daun Limau Nipis
Cara ke 5 yang oleh dicuba ialah dengan letakkan daun limau nipis ke dalam beras. Selain beras berbau harum, ia boleh menghalau kutu beras dari terus menghuni bekas simpanan beras.
6. Hilangkan Kutu Beras Dengan Kulit Kayu Manis
Tips seterusnya masukkan beberapa batang kulit kayu manis ke dalam bekas simpanan beras kerana kulit kayu manis juga dipercayai mampu menghilang atau menghalau kutu beras.
Tapi mencegah lebih baik dari mengubati. Selamat mencuba Tips Hilangkan Kutu Beras (Rice Weevil) Cara Mudah ye!
Sharing is caring
hye salam kenal. nanti ziarah ye..
ok..thanks sudi singgah ke blog ciktom..salam kenal =)
Salam..
tak suka dengan benda berbau
rupanya bubuk beras nih ye..
tapi mengikut pengamalan orang
tua-tua,kutu beras ni elok untuk
orang lelaki dalam menambah
“tenaga”
yup ramai yang bagitahu bubuk beras tak suka bau-bauan yang kuat…
oh br 1st time dgr yg tue..huhu
Ketika kecil dahulu ada pernah melihat kutu beras ini.
wah means skang langsung dah takde masalah kutu beras ye..good2!
family sy guna kaedah cili kering tu.. 🙂
samalah..famili ciktom pun biasa guna yg cara cili kering..hee
Assalamualaikum Cik Tom,
Saya suka blog you, banyak info yang bermanfaat. Nak confirm tentang “jobs at home” apa sebenarnya kerja yang kita kena buat…bagi examples la…anak dah mula membesar dan mula tinggalkan rumah…so banyak masa free InshaAllah…kalau ada manfaatnya apa salah nya…tak payah nak melawa kat luar rumah….
waalaikumussalam salbiyyah..
thanks sudi singgah blog cik tom.. pasal jo dirumah tue boleh bc detail kat sini;
https://www.ciktom.com/kerja-sambilan-dari-rumah-part-time/
https://www.ciktom.com/jobdirumah-info-tentang-kerja-sambilan-jobdirumah/
Salam, wah cik tom dah jadi saintis serangga nampaknye he.. tq atas petuanya..
wslm..sekali sekala tukar profesion..hehe
la.. ni kutu beras rupanya, saya mati2 ingatkan serangga pelik yang jarang2 dijumpai dan mungkin mempunyai sengat dan bisa yang mampu membunuh…
hehe..biar betul boni..xpe pasni dah kenal kan 🙂
saya selalu hilangkan kutu beras dengan tampi beras tu .. tau tak tampi beras macam mana ? hehe
tau je..tampi guna dulang..hehe
biasa tengok orang tua letak chili kering. terima kasih banyak tip yg lain2 tu.
aah kebiasaan memang guna petua cili kering..
selalu guna cili kering..kekadang kutu beras tue ada jer..kena up lagi segala petua2 nie…
kadang2 pakai cili kering pun bubuk beras ni liat jugak..so oleh cuba alternatif petua yang lain untuk halau kutu beras.
oh bagus tips nih…sangat membantu…:)
🙂
tq ngan tips ni, rupanya banyak cara nak buka kutu beras ni
sama2..aah banyak tips n petua..boleh cuba satu persatu tgk mana yg bersesuaian..
saya ingat nak letak cili kering kat beras di rumah saya.. risau plak dtg kutu beras…yelah.. dah hampir dua bulan.. tak habis2 lagi beras tu, karang kutu beras yg habiskan 😀
beras lambat habis @ lama guna tu buat kutu beras suka dtg..
biasa buat isi cili kering tu je
rupanya byk lagi cara lain yekk 🙂
cik tom pun biasa guna cili kering n kulit kayu manis..
info yang amat berguna. tq cik tom…
salam kenal cik Tom,
sy penah cuba cili kering je..maklumla, x rajin masak. beras 5 kilo pun sempat kutu masuk..
nnt ziarah ye blog sy..
salam kenal asma..aah sama la ciktom kl blk keje time letih jrg masak..hee
Masa basuh beras tu mesti ada sesat sekor dua dah mati kelemasan. Hehe
harini djchef dah letak cili kering dalam bekas beras, nak tengok hasilnya macam mana nanti 🙂
ok..selamat mencuba.
Sekarang ni sy asingkan beras. 5 KG masuk freezer.. 5KG lagi kat luar utk guna seharian.
bagus jugak buat macam tue..sebab kdg2 busy kerja bukan hari2 masak..
semua tips tu tak pernah cuba lagi kecuali yang jemur tengh panas tu jer..haha..nanti lepas ni akan dicuba..terima kasih kongsi info berguna ni..hehe
kalau ada masalah bubuk dalam beras boleh cuba ye.
Salam ciktom,sya suka entry ni.sya dh cuba guna cili kering tp nmpk nya lnsg tak berkesan.ntah dari mana agaknya kutu beras saya ni,tak takut cili! Apepun,saya akan cuba tips lain2 yg cik tom bg tu.
Suka blog ni sangat2!;-)
wslm..thanks sudi singgah blog ciktom ye yunk..hee…
sbb tue ciktom share byk tips sbbb kdg2 ada kutu beras yg degil.. xberkesan cr 1 boleh try tips yg seterusnya..
terima kasih atas tips yang berguna ni , stress tengok bubuk ni
cik tom, mohon share ye..
Jom baca entri terkini shasha azmar …Resepi Lamb Chop versi Homemade
ok..