Tips Kurangkan Penggunaan CPU Usage/ CPU Resources
Assalamualaikum dan Salam Sayang buat semua…. Sedih sangat dah 2 malam jugak blog cik tom problem dan tidak dapat akses masuk ke dashboard wordpress dan blog pun sama. Bila try buka akan keluar notification “508 Error: Resource Limit Is Reached. The website is temporarily unable to service your request as it exceeded resource limit. Please try again later.”.Nak buat entry untuk autopublish pun tak sempat. Cik tom pun terus pergi dating tanya customer service netKL. Lepas tue, dengan panjang lebarnya pihak netKL pun share segala maksud disc space, bandwith, CPU Usage/ CPU resources dan tips macamana nak kurangkan penggunaan server resources. Pihak netKL bagitahu penggunaan CPU Resources blog cik tom di shared server pada syarikat hosting telah melebihi limit yang dibenarkan. Bila CPU usage tu turun pada kadar 60% ke bawah, blog boleh diakses kembali. Cuma rugi bila ada yang nak akses blog tak dapat buka. Jadi cik tom pun pening memikirkan macamana nak “optimize” blog cik tom supaya kurang penggunaan server resources dan pihak netKL ada menyarankan tips-tips kurangkan penggunaan CPU Resources. Cik tom amik inisiatif copy je semua yang diberi dalam perbualan untuk share di blog.
Maksud DISC SPACE ialah = jumlah saiz data (yg dikira dlm MB atau GB) yg dibenarkan utk anda simpan di dalam hosting anda. Jika anda guna myPlatinum, Disc Space limit anda ialah 3GB.
Maksud BANDWIDTH pula ialah = jumlah atau saiz fail/data (yg dikira dlm MB atau GB) yg telah di view/upload/download oleh pelawat2 website anda dalam tempoh SEBULAN. Jumlah penggunaan bandwidth akan terkumpul setiap hari, sehinggalah hujung bulan. Samada anda guna bandwidth ini sepenuhnya, (atau kurang, atau lebih), kiraan bandwidth anda akan di reset semula kepada kosong (0) pada setiap awal bulan (1hb). Bandwidth limit utk pakej myPlatinum ialah 45GB sebulan.
Manakala, maksud CPU Resources/ CPU Usage pula ialah = sebanyak mana kuasa CPU yg digunakan oleh script2 website anda, ketika melayani permintaan pelawat2 website anda. Limit CPU Resources utk semua pakej shared hosting NetKL ialah 25%.
Ini bermaksud, jika script/plugin website anda terlalu berat atau ‘resources intensive’, dan ramai pelawat sedang menggunakannya pada waktu yg sama (di waktu puncak) lalu menyebabkan website anda menggunakan banyak kuasa CPU (melebihi 25% pada satu2 masa), maka, paparan ‘Resource Limit Is Reached’ tu akan muncul di skrin anda. Namun, ia terjadi sekejap2 sahaja, iaitu semasa jumlah pelawat datang terlalu ramai serentak. Setelah pelawat berkurangan, paparan ‘Resource Limit Is Reached’ tersebut akan hilang semula. Jika hari esoknya, pelawat anda ramai semula, dan anda masih guna script website yg sama, maka, paparan ‘Resource Limit Is Reached’ tu mungkin akan timbul semula.
Antara tips-tips untuk mengurangkan CPU usage, Memory Usage, Process running dan Bandwith:
1. Menggunakan theme yang lebih ringan, simple dan mesra pengguna.**rasa theme cik tom dah simple ker kena tukar lagi ek?
2. Anda boleh mengurangkan process website dengan menggunakan cache. Wp-cache dan Wp-super cache seringkali digunakan untuk mengurangkan load website seterusnya mengurangkan pengunaan CPU resources.**memang ada guna plugin W3 Total Cache.
3. Semak untuk melihat apakah salah satu aplikasi plugi dan pastikan mereka diupgrade ke versi terbaru yang tersedia.**cik tom memang sentiasa update new version plugin or theme.
4. Tutup penggunaan awstat dan juga webalizer. Awstat dan webalizer juga menggunakan cpu usage yang tinggi apabila running. Walaupun hanya dalam beberapa minit running, tetapi bagi website yang mempunyai visitor yang tinggi, anda akan terus mendapat error dan mempunyai potensi untuk disuspend apabila proses simpan dan backup kedua2 ini berjalan.**plugin getclicky dah lama delete sebab dah kena sekat overlimit. Yang tinggal Googles Analytics for WordPress.
5. Kurang penggunaan plugin dalam WordPress kerana sebolehnya guna plugin yang perlu sahaja. Jangan terlalu inginkan terlalu banyak aplikasi pada blog kita.**Ok sekarang ada 12 plugins dalam blog cik tom. Sorry kepada kawan-kawan cik tom terpaksa delete plugin “CumLuV” buat sementara waktu ye. Erm..agak2 mana lagi yang perlu buang ye?huhu…
- Akismet
- Broken Link Checker
- Comment Reply Notification
- Dean’s Permalink Migration
- Googles Analytics for WordPress
- Google XML Sitemaps
- Table Of Content Creators
- Tweet, Like, Google +1 and Share
- W3 Total Cache
- WordPress SEO
- WP-Optimize
- Yet Another Related Posts Plugin
6. Padamkan plugin-plugin yang tidak aktif pada WordPress. Jangan biarkan ianya berada bersama sistem WordPress jika tidak digunakan. **dah delete 3 plugin yang tak aktif.
7. Optimizekan script pada blog seperti Javascript/PHP dan CSS. Jika perlu, gunakan HTML code yang bersifat statik dan tidak menggunakan SSI (server side instruction).**erk yang ni memang failed sebab langsung tak faham kot. huk3..
8. Jangan guna secara berlebihan kod-kod html/Javascript luaran seperti kod yang diletakkan pada sidebar widget dalam blog.**rasanya tak banyak pun ada disidebar.
9. Kurang iklan-iklan yang bersifat “animated” dengan pautan yang terletak pada blog-blog lain kerana ianya akan menggunakan server resources host blog kita.**iklan yang ada kat blog cik tom, nuffnang dan netkl. Nak kena buang satu iklan nuffnang.
10. Jika blog banyak menggunakan imej/gambar, letakkannya secara berasingan off server seperti di server-server imej yang percuma seperti di imageshack.us, tinypic.com, photobucket.com dan lain-lain. Atau minimakan saiz gambar yang ingin diupload dalam hosting. **ciktom jarang upload gambar banyak2 kalau upload pun saiz gambar paling max 20KB.
11. Pastikan imej dihalang daripada dihotlink oleh laman-laman web yang lain kerana ianya akan menggunakan cpu resources dan bandwidth server anda.**yang ini dah setting dari awal hosting.
12. Gunakan plugin untuk mengoptimize database sql anda seperti WP Optimize. Ianya mampu mempastikan database anda akan sentiasa “bersih” dengan memadamkan “post revisions”, komen spam dan “extra database entry” yang tidak terpadam semasa memadam plugin dan sebagainya.**ok cik tom baru install plugin ni.
Jika ada mana-mana blogger yang mahir dengan masalah ini, harap boleh bagi pendapat atau cadangan lain kat cik tom. Terima kasih.
Sumber: netKL.
DUGAAN BETUL TERBARU SEMUA DI SIDEBAR CIK TOM HILANG YANG TINGGAL BLOGARCHIEVE + CATEGORIES JE. BUKA CPANEL PUN RASA SETTING LAIN JE. TAK TAHU NI PERASAAN CIK TOM KE APE TAPI RASANYA ADA ORANG YANG HACK MY BLOG. SEBAB SEMUA SETTING DAH LAIN. KALAU BETUL CIK TOM TAK HALALKAN SIAPA YANG LAKUKAN!!!!
Sharing is caring
lor yeker?jaatnya hack2 ni..adoii..sabar cik tom.
wah bergunanya tips ni utk masa depan^^ bestla ciktom^^
la sapa pula yg hack. tak baik la:(
yer ker? jahatnya la klau betul kena hack.. x blh tgk org sng.. sian cik tom..;(
wah bagus info ni cik tom…… nasib baik singgah sini terbaca juga ilmu baru ni….. terima kasih kerana sudi kongsi info….
errr.. itu utk pengguna WP ke? O.o
sabar kak tom 🙂 dugaan…
nice entry.
Tak dapat nak tolong cik tom sebab saya pun tak mahir bab ni. Banyak belajar dari sini
baru tau pasal nih.
betul2 kurang kan guna plugin .. less is more..
tapi rasa plugin yang ada tue penting je..heee…nak adjust code tanpa guna plugin xberapa pandai plk..huhu
pakai hosting mmg kena jima bandwith kerana bandwith tinggi, pulangan rendah kos akan bertambah 🙂
betul tue sop…lama xberkomen2 dgn sop..smoga sihat hendaknya..
Jgn sedih2 pasni dh blh update blog lagi…hehe
yup insyaAllah kalau free boleh update blog..hee
macam le eh je guna wp ni..
kena hack??
ish..tak de kerja lain agaknya depa ni.
xtau la betul ke x akak..cik tom agak je..huhu
hacker nie kdg2 mcm xda keja je kan? huhuhu
jahat toi 🙁
entah yna…dah manusia mesti byk ragam kan..huhu
sedih sgt kalau berlaku mcm ni kat belog kitakan..akak pown pernah kena, tapi mnta tolong net KL buat setel…chill dear
dah tanya netkl akak..tue la tips yg diorg suh praktiskan..mlm2 mesti 68/100 cpu usage..geram plk rs..
Cik tom…saya cadangkan ciktom guna cloudflare…banyak kelebihannya..takyah upgrade..guna yg free je…tengok blog kujie…ada tutorial kat sana…orang tak leh hack pun wlpun dia detect ciktom nye user css….gud luck
terima kasih banyak2 amran…ok nanti cik tom nak terjah blog kak kujie..
tima kasih info ni…
CIK TOM, rupanya byk dugaaan dlm berblogging ni…
hrp jgn patah semangat….
sama2…aah dalam dunia blogging ni memang banyak dugaan..masa mula berblog..pernah kena kutuk..tapi jadikan tue sbgai dorongan utk terus berblogging…
nice info cik tom..hehe..cian cik tom, sbr ye..thanx polo ice..ice da polo cik tom juge..hee 😉
thanks budak ice…
rasanya semua plugin yg ciktom pakai xda masalah
ciktom pun tanya pendapat blogger lain pun cakap perkara yang sama..pening dah rasanya+ malas nak fikir..huhu
Assalamualaikum…blog saya pun slalu sangat ke hack…ingat saya dah lebih 5 kali. yang herannya blog saya bukan bagus sangat pun…baru tu satulah…pelawat pun tak ramai….malah ada email yang dihantar kepada saya begini…
Reply
More
[Available] realpowerbiz11 to setuid0
show details Dec 1 (2 days ago)
Hello…please dont do like this…this is very not good job…
Reply
Forward
Reply
More
set uid0 setuid0@live.com to me
show details Dec 1 (2 days ago)
Hi,
0k dude ill not do it again but donate me some $ then ill also secure your site
Date: Thu, 1 Dec 2011 00:19:50 +0800
Subject: Why You Hack My Blog ???
From: syahnabil2@gmail.com
To: setuid0@live.com
Rupanya memang diaorang ni nak duit….saya tak kasi tapi usahakan sendiri scan blog saya dalam Cpanel…dan akhirnya Alhamdulillah…ok..
wslm..thanks share pengalaman..macam mana scan blog dlm cpanel?boleh share x?
pandai jaga..jimatlah cup usage nih. hehe..
ok ni cuba jaga baik2..tapi dah pening nak setup pe lagi sebab semua yang tinggal memang dah penting..huk3
theme blog cik tom dah simple ni. nak simple macamana lagi? tunggu je la sampai berjanggut internet kat malaysia ni nak improve…internet kat jepun, korea, eropah memang puas hatilah kelajuan internet dorang. masalah bandwidth tu kira spesis pupuslah kat tempat dorang.
cik tom pun rasa theme blog cik tom dah simple gila..xtau dah nak setup belah mana lagi..
sabar ciktom, ni pun dikira ilmu gak kan, skurang2 nye ciktom dah dpt share pgalaman ni dgn kita org… itulah antara hikmahnya… sbar ye..
terima kasih bg semangat kat cik tom…salam kenal 😉
thanks for telling. arisha pun baru tahu..
sama2…tips ni untuk pengguna hosting wordpress..
yg no 11 tu, camna nak setting? ke dah disetting siap2 oleh netkl?
no 11 tue setting sendiri..boleh tengok sini; https://www.ciktom.com/tutorial-3-cara-untuk-elak-hotlinking-image-dan-jimatkan-bandwith/
web sy pun dah tjdi smjk dua menjak nie..
keluar limit tu, terutama hari bekerja…huhu
ramai yang singgah kot…skang ada yang promote ciktom tukar hosting..tp syg plk plan hosting dgn netkl sampai bulan 4 tahun depan..huhu
mmg ramai singgah, sknk nie 3k dah…
nak kena maintain la gamaknya
wah banyak tue…tahniah2!aah kena maintainkan+tambah lg..hehe…
apply yg hosting net kl, yg mahal sikit, tukar pakej ler cik tom…hehe
ada tawaran pakej hosting lain dr fivio..siap email ciktom lagi..entah dr mana tau..tp xsempat lg reply utk tanya lanjut…hee
ish2 kesian cik tom..
sabar yer, sapa yang buat tu mesti akan dapat balasannya..
cik tom pun xpasti betul ke x?cik tom main agak je sebab setting dah lain macam…
Biar betik? Sepa yg wat benda ni? Hmm ~ misteri ni..
xtau la..huk3
tq kongsi info ini
sama3..
cik tom , bukan nak menghasut ek , tp akk punya problem sama dengan ciktom semasa akk pakai hosting netkl , semua tu bukan salah theme ke apa , server diorang yang dah overload , server tak stabil , blog ciktom ni dah habis simple dah , header pun seciput je , plugin sikit , backgroun pun biasa je ..lagi pakai read more , apa lagi yg buatkan CPU USAGE full dalam sekelip mata ?
sama dengan kes akk hari tu .. lepas akk tukar hosting semua masaalah tak de lagi ..
entah la akak..saya pun duk pening fikir pasal masalah ni..tadi pun cpu usage 68%..cam xlogik je..ntah script apa yang buat lambat load..kena cek balik dengan netkl…akak tukar hosting dengan server mana ye akak?
apalagi, ugut net kl, apa yg berat tu..huhu
betul jgk kata puan bee..
aah tue la nak tanya netkl…script apa yg lambat load…aritu tanya diorang bagi tips ni…tp dr semalam ciktom tengok offline live chat…cuti weekend..
dah berkurun akk baru dtg jawab ni , akk tukar ke domosquare.com hosting dr indon , tp server kat US , tk de masaalah setakat ni , bandwith pun unlimited so tk perlu pening kepala lah hehehe
oh ok..pening pulak..xberapa nak faham..xpe la nanti sy serius betul2 sy tanya akak lg..hee
kena ambil langkah berjaga-jaga jugak la ni..naya kalau kena hack ni..tak tidur malam la jawabnya..
takut kena hack..tapi mmg sebelum ni ada blogger yang tahu password blog ni sbb minta tlg..skang dah tukar password lain..
Salam;
Tip-tip n panduan Cik Tom bagi semua memang power sangat membantu newbie insyaallah, teruskan, tentu terima kasih yer!
klik sini kalau sakit tulang
salam musi..sekadar panduan kat blogger lain..sebab tips ni pun hasil dari pengalaman cik tom sendiri..
lady x paham.. semua urusan blog, template org lain yg buat.. blog ni ok x cik tom (blog ladybird’s life)
blog lady ok..ringan load dan theme pun cantik..
dah pernah lalui perkara begini…
memang memeritkan…
tp sometimes ada bukan pasal blog kita yang bermasalah, tp blog2 lain yang berada di satu server ngan kita yang bermasalah hingga efek kepada kita…
blog belalang dah mantap trafik macam ellen…kena pindah server tue..or mmg dh pindah server vps?huhu..
sama la…blog sya pun mengalami masalah yg sama…padahal..semua plugin dah dibuang…penyelasaian..pindah ke hosting vps or dedicated..atau pindah hosting..
mahal la pulak kalau nak pindah hosting vps…lgpun blogging suka2 je part time..xde serius sangat..huhu..
baru faham sikit2 benda alah ni
tq berkongsi
sama2…cik tom sampai skang still pening dgn masalah cpu resource ni..huhu
tips nie memang power.. tip top
tips ni utk blog guna hosting wordpress.
masalah biasa bagi yg guna shared hosting dan trafik yang meningkat.
masalah biasa??ada cadangan lain untuk atasi?
Saya rasa lebih stabil jika guna hosting Digital Ocean. Cuba cik Tom buat review pasal website guna hosting digital ocean ni.
Jom baca entri terkini Berita Viral …Video viral: TMJ bersama Harith Iskander
apa sama pengaruhnya dengan penggunaan memory resource??
Jom baca entri terkini pulsa murah …Cara Baca SN (Serial Number) Pulsa Operator
memory resources? maaf, kurang pasti pulak cik tom.