Tips Kuruskan Badan Cara Yang Sihat
Salam semua..kali nie cik tom nak share tips kuruskan badan dengan cara yang sihat tau..sebenarnya tak elok nak kuruskan badan dengan cara berlapar..So, jom tengok 23 tips2 untuk korang cuba untuk kuruskan badan dan ada diantaranya memang cik tom cuba dan menjadi.
1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil,tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah.
Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.
2.AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
4.ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
6.AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian,mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
7.MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
9. MAKAN DALAM KUANTITI SEDIKIT
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
10. KUNYAH CHEWING GUM
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
11. KURANGKAN PENGAMBILAN MARJERIN/BUTTER
Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.
12. AMALKAN AIR LIMAU NIPIS/JUS OREN
Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.
13. BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.
14. JANGAN TIMBANG BERAT BADAN ANDA SETIAP HARI kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet
15. AMBIL MAKANAN YANG BEREMPAH
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
16. PILIH LEBIH BANYAK BIJIRIN DAN KEKACANG DALAM MAKANAN
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
17. SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.
18. MASAKAN KUKUS/PANGGANG
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
19. GUNAKAN PINGGAN YANG KECIL
Ketika memilih piring makanan , ambilah pinggan yang rata dan bukan pinggan cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi pinggan, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan disembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan.
20. AMALKAN BERJALAN SELEPAS MAKAN
Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.
21. KURANGKAN PENGAMBILAN GULA
Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
22. AKTIVITI FIZIKAL YANG MUDAH UNTUK LANGSING
i.Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.
23. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
p/s: Selamat mencuba tips kuruskan badan cara yang sihat ni ye… Good Luck!!
Sharing is caring
alahaiii… nak kurus badan tapi
xley tgk makanan yg sedap
@Qu aniza: pantasnya dear..hik3…tutup mata jangan tgk makanan sedap2..hik3 ;p
wah..nak kuruskan bdn…ellen nak…
hehhehee…thanks for sharing…
uwaaaaa berat wani dr sblm posa smpai lah skrg ni same jeee..sob3 T___T
@ellen: cik tom pun tengah berusaha kuruskan badan ni..hehe..
@wanie: ala tgk wani dah kurus cun lagik 🙂
ngah usaha menurunkan berat badan sebelum jumpa geng2 pengopi..hehe =P
@yaty: haha..tak pernah pulak cik tom terpikir..ekekee..yaty cantik la dear 🙂
ada tips cmna nak bg badan naek x cik tom..huhu
@fyza: ade fyza…cepat2 berbadan dua..hehe 🙂
Aku memang dah kurus cik Tom..
Ade tak tips2 untuk cantik ke, cute ke?
Haha..
cik tom..
air gas yang tak boleh tahan tu..
lama dah tak minum air gas ni..
bace entry cik tom
dan2 teringin air bergas ni..
ish..ish..
bagus tips ni..
tapi susah bila berbuka selalu lupa diri..isk
@tieah: bukan kurus je..amat kurus..wokey after this tips untuk gemuk,cantik.cute..semua la..hihi
@diana:air gas memang best..sabar2 ye..time raya nati la kita minum ek..hehe
@zuhanis: time berbuka semua rasa nak makan kan2…hehe
hahha..awl2 puase aritu diet jugaklah…trun 4kilo…tp skrg dh naik balik 8kilo dah kottt…kui9
nak diet lps raya la..heheee
@echah: wow hebatnya turun sampai 4kg…pe rahsianya??hehe
Good info..tq for sharing.. 🙂
Saya suka point last.. Kebanyakkan mahu diet tidak mahu makan.. hakikatnya diet ni menjaga pemakanan.. huhu.. tapi posa ni mendadak trun berat bdan.. hehe.. time buka makan kurma dengan kuih dua biji jak.. cukup suda.. ahakz..
salam
haha cik tom, bagus tips ni ekekee
tapi tulah, kalau tak disiplin, memang susah la jawabnya
cik tommmm, tq2. sudah salin semua. hehe. skang da mls timbang dah
peh cik tom..dah jadi pakar diet sekarang.hik..
nice..tengs for the tips.
bole la ikut pasni 😛
@Rina: thanks..sharing is caring 🙂
@Aretikz:betul2 nak kurus perlukan diet yang seimbang..wah kenyang ek buka ngan kurma je..huhu
@padin:tiba2 bangun pagi tadi dapat idea nak buat tips kurus badan..semua ilham dari keyword padin cakap semalam..ekekee
@yat:wah rajinnya salin.sebelum ni pun tiap2 ari cik tom timbang..ekekee
@iQa:dah kurus la..nak ikut tips ni jugak ker??hik3…nati jadik kurus kering la pulak..lala~
Cik tom..kalau makanan sodap 2 macam mane??alahai..tergugat nafsu eden ni..ngee!!
@zaer: tutup mata n hidung la..ekekee
tengs cik tom.. nk kurus neh.. nk pkai kebaya time raye 🙂
@misz: jom2 kuruskan badan..sempat lagi ni..hehe
nak cuba tips ni..thanks share 🙂
@nana:ur welkam..selamat mencuba ye 🙂
nak try lah..
berenan tu okey.. tp yg tak bestnye nanti bahu jadi bidang lerr..
sbb tu sophie kurangkan berenang skrg.huhu.. =(
@sophie: selamat mencuba..hehe..wah bagusnye pandi berenang..cik tom tak pandai pun..hehe…
semangat bace…na turunkn berat gk nieyh!!!!hahahaaa
@ice:sori dear.br sempat nak reply..selamat mencuba ye!good luck~
Alahai sebut pasal nak kuruskan badan ni semua orang nak kurus termasuklah cik ain tp ermmmm…….
@ain: semua nak kurus tapi yg persoalan plg pntg azam kuat x nak buat x??kena azam yang kuat kalau nak kurus..hehe
tersa hati la,sy ni gemuk ciktom..heeheee
mohon ambik untuk share di fb ya..dont wori, fara letak link sama.:)
wahhhh
Jom baca entri terkini Hasrina …Kenapa Perlu Menilai Hidup Orang Tanpa Memahami Keadaan-Situasi What The Hell
hermmm hope dpt kruskan bdan and sihat brterusan
nak try laaa , badan semakin naik .. huahua .. thanx cik tom
good luck!
sy boleh turun 2 bulan 5kilo dgn mengamal kn minuman nutrisi yg sihat…
alhamdulillah dan tahniah!kalau sudi sidah boleh share minuman nutrisi macam mana tu ye?untuk perkongisan pelawat lain 😉
bestnye tips2 nie..but the problem is i got broken legs n a few month pas2 berat bdn naek mndadak dr 45kg -57kg ade nurse2 ckp disebabkn pngambilan ubat kalsium n pain killer..btul ke erk?now, i just amek anlene je..
ye tips2 ni memang best2..ciktom rasa naik berat badan sebab pengambilan ubat kalsium tue maybe betul..but pain killer im not sure..maybe jugak coz broken leg so u xbyk sgt move..that why naik mendadak berat badan..suggestion awak stop pengambilan ubat tue but kena tanya doc dulu boleh ke stop camtu je..coz ada sesetengah ubat tak boleh berhenti mengejut..kena berhenti secara berperingkat..kalau doc dah kata boleh..awak boleh cuba tips kuruskan badan ni dan other tips in my blog..good luck!!
sye dah 1 tahun x mkn nasi…tpi berat just turun 10 kilo jer…
byk la turun 10 kg tue..minum air masak 3liter sehari x?
Jom amalkn hidup yg sihat!!!
bagus amalkan cara hidup yang sihat..terjamin kesihatan diri.