Tips Mengubati Perasaan Putus Cinta

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Pernahkah anda rasa perasaan putus cinta? Bagaimanakah perasaan apabila putus cinta? Semestinya ia sangat perit dan mengambil tempoh masa yang lama untuk mengubati perasaan putus cinta. Perasaan cinta ini sangat sukar diterjemahkan kerana ia datang bukan dengan paksaan dan ia pergi pula tanpa kerelaan.

Hmm.. diakui cik tom pun pernah merasakan perasaan putus cinta suatu ketika dulu. Kadang-kadang bila terimbau kembali saat itu memang diakui terasa diri ini bodoh sekali kerana menghabiskan air mata kerana seseorang yang tidak tahu menghargai. Penangan putus cinta juga buatkan result cik tom satu semester jatuh merundum. Tapi itulah pengalaman yang mematangkan lagi hidup ini dan tidak dapat dibeli mahupun dijual.

Cik tom ingin kongsikan antara tips yang cik tom praktiskan untuk melupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup cik tom. Mungkin antaranya sesuai bagi sesiapa yang masih cuba untuk melupakan bekas kekasih.

1. Setiap malam sebelum tidur baca Surah Yassin

Cik tom bukanlah seorang perempuan yang rajin mengaji setiap malam dan baca Surah Yassin biasa hanya pada malam Jumaat. Penangan putus cinta cik tom baca Surah Yassin setiap malam dan setiap kali itu cik tom akan niat dalam hati supaya Allah lupakan bekas kekasih dalam hati cik tom. Rasa diri ini sangat dekat dengan-NYA dan kepada-DIA jua tempat memohon ketenangan hati kerana itulah yang sebaiknya.

2. Solat Hajat minta dilupakan segala kenangan

Hikmahnya putus cinta, cik tom jadi rajin solat hajat lepas putus cinta. Dulu rajin solat hajat time nak final exam atau test je. Tapi sejak putus cinta, cik tom rajin solat hajat mohon dilupakan segala kenangan bersama, jauhkan dari terjumpa dengan si dia dan macam-macam lagi. Alhamdulillah Allah perkenankan doa cik tom berjaya lupakannya dan setelah beberapa tahun berpisah sehingga sekarang memang langsung tak pernah terjumpa.

3. Menangis sepuasnya

Ada yang cakap buat apa menangis buang air mata dan sebagainya tapi bagi cik tom menangis ni salah satu cara untuk lepaskan stress atau segala bebanan dibahu. Cik tom ada juga nangis depan kawan yang rapat ketika tue. Tapi cik tom ni jenis tak suka orang lain tahu cik tom menangis.  Cik tom lagi suka menangis time tidur atau mandi jadi takde yang tahu cik tom menangis. Bila dah menangis sepuas-puasnya memang rasa lega sangat hati.

4. Menyendiri cari ketenangan diri

Maybe sesetengah orang akan keluar dengan kawan-kawan untuk lupakan perasaan sedih tapi cik tom lebih suka menyendiri untuk tenangkan perasaan. Tasik Shah Alam Seksyen 2 la ketika tue yang jadi saksi peneman setia cik tom saat berduka. Yang kelakarnya keesokkan hari putus cinta tue sempat lagi pergi tenangkan diri kat tasik sambil study bahasa mandarin. hehe..

5. Jual dan bagi hadiah segala barangan kenangan

Biasanya cik tom dengar kalau kawan-kawan putus cinta, segala barang kenangan bekas kekasih akan dibuang atau disimpan dalam stor. Perangai cik tom memang pelik sikit sebab cik tom pergi suruh adik cik tom jualkan dan bagi hadiah semua barang-barang kenangan tue kat kawan-kawan dia. Membazir je pergi buang baik jual dan hadiahkan.

6. Terapi makan-makan

Cik tom memang suka makan aiskrim. Masa inilah paling kuat sangat makan aiskrim sebab bila makan aiskrim rasa diri lebih tenang. Cuma agak bahaya terapi putus cinta makan-makan ni boleh akibatkan jadi gemuk pada yang mudah naik badan macam cik tom.

7. Dengar lagu-lagu penaik semangat

Cik tom siap pergi google dan download lagi semua lagu-lagu penaik semangat lepas putus cinta. Yang cik tom paling suka dengan lagu The Climb- Miles Cyrus. Bila dengar lagu tue memang rasa satu aura dalam diri yang menaikkan semangat untuk belajar rajin-rajin.

8. Luahkan pada keluarga dan teman rapat

Hubungan cik tom dengan keluarga memang rapat. Susah nak rahsia apa-apa. So, dioranglah orang pertama yang tahu dan jadi tempat cik tom luahkan segala kesedihan masa tue. Selain itu, kawan-kawan cik tom pun ramai yang setia jadi peneman dan bagi semangat untuk cik tom bangkit terus dari kekecewaan. Alhamdulillah dikurniakan keluarga dan kawan-kawan yang memahami dan sentiasa menyokong. Ingatlah walau apa pun terjadi keluarga adalah nombor satu!

9. Ini cara psycho- bakar atau koyakkan semua gambar bekas kekasih. ;p

Cik tom tak bakar sebab kat kolej uitm xboleh bakar2 nanti bunyi alarm so cik tom pergi koyakkan semua gambar satu persatu kononnya macam itu lah kenangan yang dah cik tom buang dan takkan kutip balik. Perghh dahsyat juga cik tom ni bila ingat2 balik. haha ;p

10. Pergi shopping

Cik tom pergi shopping beli macam-macam barang, pergi makan semua tempat yang cik tom teringin nak makan dan beli 2 buah buku iaitu “La Tahzan Jangan Bersedih: Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia” dan juga komik “Lawak Kampus”. 2-2 buku tue memang sesuai sangat dijadikan pengubat kesedihan putus cinta. Memang best sangat cik tom rekemenkan pada korang.

Sebenarnya banyak lagi cara-cara atau tips mengubati putus cinta yang cik tom buat tapi dah letih menaip. Nanti kalau rajin-rajin boleh share versi kedua pulak. Haha.. Bunyi macam banyak sangat pengalaman putus cinta je.

Pada yang tengah putus cinta tue, bangkitlah diri korang ye. Jangan sedih-sedih. Tak mungkin kita akan dapat lupakannya dalam sekelip mata but time will heal everthing. Yang penting korang kena ada usaha untuk lupakan bekas kekasih dan mengubati perasaan putus cinta.

Simpan dan berilah cinta pada seseorang yang tahu menghargai ketika sampai waktunya iaitu bakal suami ataupun isteri. Setiap manusia telah Allah tentukan pasangannya di Loh Mahfuz. InsyaAllah pasti satu hari nanti akan sampai jodohnya dan ingatlah yang Allah dah sediakan yang lebih baik untuk kita.

Marilah sama-sama kita cuba ubah diri kita ke arah yang lebih baik dengan jadikan ini semua sebagai pengajaran hidup. Mungkin ini semua terjadi kerana kesilapan diri kita sendiri juga. Marilah kita sentiasa berusaha menjadi manusia yang sentiasa tahu menghargai penciptanya. InsyaAllah. amin…

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

56 thoughts on “Tips Mengubati Perasaan Putus Cinta

  • June 22, 2012 at 12:44 pm
    Permalink

    Putus cinta – hanya 3 hari jer bersedih hehehe..

    Reply
    • June 23, 2012 at 12:44 am
      Permalink

      haha..bagus2..kl 3 hari dah heal everything..xyah la nak sedih lama2..

      Reply
  • June 22, 2012 at 12:45 pm
    Permalink

    tips yang pastinya berkesan cik tom. tapi sya tak pernah pulak bercinta, jadi tak dapatlah ikut tips ni.
    hihiii (^v^). tapi terputus kawan pernah.. ermmm. nanti bagi lah tips. hehe

    Reply
    • June 23, 2012 at 12:43 am
      Permalink

      xpe kalau xpernah bercinta tue tunggu bercinta lepas kahwin je ye kira..lagi bagus..hee
      tips putus kawan?? erk entahlah.. nanti try ingat2 balik experience lama..hehe

      Reply
  • June 22, 2012 at 1:09 pm
    Permalink

    teringat satu pesanan kawan ss.. “Menangislah sepuasnya kepada Allah. Insya-Allah hati akan jadi tenang.” And yes, betul cakap dia. Bila kita utamakan Allah dalam semua hal, hati akan jadi tenang. Macam tu jugak dalam kes ni 🙂

    Reply
    • June 23, 2012 at 12:31 am
      Permalink

      yup betul tue SS.. tq… cinta Allah yang plg hakiki…

      Reply
  • June 22, 2012 at 3:35 pm
    Permalink

    alalala..ciannya dia. nanges yee..

    Reply
    • June 23, 2012 at 12:26 am
      Permalink

      yelah xde orang nak pujuk macam ain maisarah.. hehe ;p

      Reply
      • June 23, 2012 at 5:17 am
        Permalink

        gi la suruh toyol pujuk. dia pandai pujuk.

        Reply
        • June 23, 2012 at 1:27 pm
          Permalink

          watpe..toyol kan dah ada fatin yayana.. baik ciktom cari lain je.. haha..

  • June 22, 2012 at 3:53 pm
    Permalink

    setuju dgn menangis tu..ia menunjukkan kita ade perasaan ketika menerima berita sedih, gembira dan sbgainya..

    Reply
  • June 22, 2012 at 4:18 pm
    Permalink

    Salam cik tom..tip yg bagus..saya nak lari dr tajuk jap sebabxblh nakkomenkat baah toturial iklan nuffnang. akak baru berjaya pasang iklan nuffnang kat blog http://www.teratakdnurdamia.blogspot.com akak. Apa kegunaannya utk blogkitayer ciktom…

    Reply
    • June 23, 2012 at 12:24 am
      Permalink

      salam cik ida..sori ciktom dah closed comment semua entri2 lama…
      kegunaan iklan di blog ialah salah satu cara utk dpt pendapatan/duit dari blog berdasarkan trafik yang masuk ke blog/status glitterati blog…
      soga income akan bertambah2 🙂

      Reply
  • June 22, 2012 at 7:43 pm
    Permalink

    putus cinta memang acap kali dah…. mungkin tak ada seru hahaha… tapi yang paling sakit hati bila cinta kita dipermainkan…..:)

    Reply
    • June 23, 2012 at 12:09 am
      Permalink

      ciktom br sekali putus cinta tp penangannya mmg hebat…serikk….xpe wanzi skang dah bahagia bersama keluarga tersayang 🙂

      Reply
  • June 22, 2012 at 9:02 pm
    Permalink

    tips yg bagus…

    menangis mmg terapi yg bagus utk eredakan perasaan..

    Reply
    • June 23, 2012 at 12:07 am
      Permalink

      tips berdasarkan pengalaman hidup cik tom..heee
      yup mennagis mmg dpt redakan perasaan gundah..

      Reply
  • June 22, 2012 at 11:58 pm
    Permalink

    percayalah,sekurang-kurangnya cik tom penah rasa apa itu cinta…selama saya idup 25 tahun,never even once i know what is ‘love’??dan saya tak amek kesah pon hahahah..kalo ada, ada…x ada, lantaklah…hahah…
    oh ya,sesiapa yg ckp menangis itu buang masa, sebenarnya sama ada dia ego atau ckp nak sedapkan ati kita je…hahah…sekurang2nya nangis 2 minit tu dah cukup utk legakan hati…

    Reply
    • June 23, 2012 at 12:05 am
      Permalink

      cinta manusia yg salah melalaikan…
      bgs ros xpernah bercinta..bercinta lepas kawin lg bagus..
      sebaiknya simpan perasaan cinta tue buat bakal suami nanti je..

      Reply
  • June 23, 2012 at 12:19 am
    Permalink

    baru tau pasal doa putus cinta ni. ada rupanya

    Reply
    • June 23, 2012 at 12:21 am
      Permalink

      cik tom pun baru tauu… google jumpa so share kat blog…

      Reply
    • September 7, 2012 at 2:12 pm
      Permalink

      aku pon tabah lalui sorang2 demi hari aku dihadapan

      Reply
  • June 23, 2012 at 12:42 am
    Permalink

    putus cinta?
    biarkan je berlalu

    usah membazir masa je

    Reply
    • June 23, 2012 at 12:45 am
      Permalink

      yup biarkannya berlalu…
      kenang2 pun tak guna juga..

      Reply
  • June 23, 2012 at 1:23 am
    Permalink

    tips untuk org lelaki: jika putus tunang boleh guna wang baget hantaran utk beli kereta sporty. insyaAllah tak pk sgt pasal bekas tunang coz memikir ansuran kereta

    Reply
    • June 23, 2012 at 3:16 am
      Permalink

      rugi je beli kete mahal2…baik beli rumah ke tanah..lg untung..

      Reply
  • June 23, 2012 at 10:48 am
    Permalink

    tak apa. lagi ramai lagi kat bumi ni..tak cukup..gi cari kat planet jupiter ke..marikh ke..

    Reply
    • June 23, 2012 at 1:29 pm
      Permalink

      ingat nak cari kat bulan je.. agak2 ada x yang encem2? hee 😉

      Reply
  • June 23, 2012 at 11:12 am
    Permalink

    kalau niat bercinta untuk kahwin memang sedih. tp klu cinta utk suka2 x pyh sedih la. jodoh pertemuan Allah yg tentukan. kita hanya merancang.

    Reply
    • June 23, 2012 at 1:28 pm
      Permalink

      yup.. kalau sekadar main2 baik xpayah bercinta..

      Reply
  • June 23, 2012 at 6:19 pm
    Permalink

    kalau ikutkan pengalaman takde la sgt sebab si dia curang time belum betul2 mekar lagi sayangnya, so takde rasa sangat sedihnya. lepas tu dok happy2 je tak payah jaga hati org. maybe time tu tak serius sgt cuma suka2 je kot. cuma first love la susah nak lupa sbb dipisahkan oleh DIA.

    Reply
    • June 25, 2012 at 3:23 am
      Permalink

      xpe jadikan pengalaman lama sebagai kenangan ye.. jom kita buka buku baru.. yeahhh!

      Reply
  • June 23, 2012 at 8:24 pm
    Permalink

    bagus entri ni.. tapi saya bukan putus cinta. nak cari cinta.. 🙁

    Reply
    • June 25, 2012 at 3:14 am
      Permalink

      ye ke?nanti ciktom buat segmen mencari cinta..nak join?

      Reply
  • June 23, 2012 at 9:12 pm
    Permalink

    Boleh saya tambah lagi satu iaitu sibukkan diri sesibuknya dan elakkan bersendirian.

    Reply
    • June 25, 2012 at 3:14 am
      Permalink

      silakan..tambah banyak lagi pun boleh..thanks.

      Reply
  • June 24, 2012 at 12:26 am
    Permalink

    Sentiasa sibukkan diri dan elakkan bersendirian..sebab ini akan mengingatkan kita pada kenangan bersama sidia..pernah rasa dah semua ni…perit tuuu…

    Reply
    • June 25, 2012 at 3:13 am
      Permalink

      thanks utk tips tambahan… putus cinta mmg perit…

      Reply
  • June 24, 2012 at 12:16 pm
    Permalink

    putus cinta, sgt la sakit..satu keje pn tak jalan bila tgh putus cinta…tp mmg betul, time will heal everything. sikit2 kte akan lupakan dia. rasa sayang n cinta pun makin hilang slow2.

    Reply
    • June 25, 2012 at 1:34 am
      Permalink

      memang sakit penangannya… sebab tue boleh sampai 10 tips cik tom praktiskan malahan lebih lagi..tak tertaip dalam entri ni..sob3

      Reply
  • June 24, 2012 at 9:40 pm
    Permalink

    Bahaya untuk melegakan perasaan duka akibat putus cinta dengan bershopping. Kalau tidak sedar boleh pokai.

    Reply
    • June 25, 2012 at 1:12 am
      Permalink

      mmg agak bahaya..haha… tue kena bawak duit bajet secukupnya… jangan sampai overdose..

      Reply
  • June 25, 2012 at 12:22 am
    Permalink

    Tips yg menarik.
    Memang perit,chii sendiri pun pernah alami. Smpai satu tahap dok tnya diri sndiri,apa sbnrnya yg kurang. Tp bila d fikir secara rasional, memang slh sendiri pun.tp chii xde buat apa yg d senaraikan d atas. Yg pasti,ia masih elok tersimpan. Hehe. Da xde jodoh,nk wt cm ne kan 😉

    Reply
    • June 25, 2012 at 12:46 am
      Permalink

      mmg putus cinta ni plg perit.. ciktom rs biar skali tue je la rasa putus cinta..dah xsgup rasanya..
      setiap org berbeza caranya nak solve problem.. ni sekadar tips dari pengalaman cik tom.hee

      Reply
      • June 25, 2012 at 1:27 am
        Permalink

        Betul2, tu yg buat chii rasa serik nk bercinta lg. 🙂

        Reply
        • June 25, 2012 at 1:59 am
          Permalink

          cik tom surrender dah bab cinta ni.. biar dtg2 nanti terus je nikah..hehe ;p

  • July 7, 2012 at 12:39 pm
    Permalink

    Br pas break up..tq share pnglmn…ssh kalo asyk tringatkn si dia

    Reply
    • July 10, 2012 at 11:02 pm
      Permalink

      jgn sedih2 ye… try cuba lupakan dgn tips yg ciktom share ni

      Reply
  • August 24, 2012 at 2:24 am
    Permalink

    Perit,memeningkan kepala, rasa marah, rasa ditipu Dan tak dihormati,,,tapi kuatkan semangat , hidup mesti diteruskan , burulah cinta yang lebih bernilai ,

    Reply
  • September 9, 2012 at 8:20 pm
    Permalink

    assalamualaikum…
    sye tertarik dgn tips mengatasi pts cinta yg kak tom bg…
    sye bru je 3bln pts cinta…dan pts time final exam..mmg bg effect pd result.pe yg kak tom senaraikan tips2 2 mmg sye akui sgt2 berkesan..sbb sye buat bnda yg smaa mcm kak tom buat.tp ble skali kte da blh move on jgn pnh lyn lg ex kte..sye sllu bce bku JGN BERSEDIH, kebahagiaan psti bersamamu!..bku 2 pn bgs…dan buatlah solat istikharah utk mndapat jwapan pd psoalan jodoh kte.=)

    Reply
  • September 16, 2012 at 7:05 pm
    Permalink

    bgus bngtttt tips’y…
    skiiiittttt bngt mang putus cinta, tpi w kn cba tuk ikut’n tips’y,, moga z brhsil mlupkan dy yg trmaaatttt w cinta…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!