Tips Mengurangkan Tekanan Ketika Bekerja Mengikut Cara Islam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Rasanya semenjak akhir-akhir ini, cik tom selalu rasa tekanan atau stress ketika bekerja. Tak tahulah mana silapnya. Maybe kesilapan dalam pembahagian masa bekerja atau kurang keyakinan diri. Wallahualam. Tapi macam tahu- tahu je bila cik tom lalu kat corner laluan pejabat tue ada nampak kertas untuk edaran dalaman staff yang terdapat “Tips Mengurangkan Tekanan Ketika Bekerja Mengikut Cara Islam”. Terus cik tom ambil dan baca. Bagus juga tips untuk atasi stress ini kalau cik tom praktiskan. So, cik tom share kat sini juga kalau ada sesiapa yang berminat nak cuba juga. hee…

Kerja.. kerja...1. Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan.

2. Perbanyakkan membaca Al-Quran

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3. Perbanyakkan solat sunat

Sebagai mahkluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh memperbanyakkan amal ibadat dalam kehidupan seharian. Antaranya dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4. Selalu berdoa pada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripadaNYA yang bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. InsyaAllah, Allah akan memakbulkan doa hambaNYA yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa.

5. Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hambaNYA. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan jangan menyalahkanNYA jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6. Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cergas akan membentuk otak yang cerdas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dapat dilupakan apabila melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan badanseperti bersukan dan jogging. Situasi akan menjadi lebih gembira jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7. Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan slaah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan dietdengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal boleh menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.

8. Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu lain dapat diredhakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu pada sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan dalam hari boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” yang terdapat pada sesetengah individu apabila mereka bijak menyembunyikan perasaan sebenar/ permasalahan dihadapan orang lain. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9. Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain ketika bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Yang paling penting kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

79 thoughts on “Tips Mengurangkan Tekanan Ketika Bekerja Mengikut Cara Islam

  • February 24, 2012 at 3:58 am
    Permalink

    betul apa yg cik tom listkan tu..tapi yg no-8 tu,kalau rasa nak menangis,tak perlu la lebih2 sgt..mcm tak de fungsi je kalau menangis yang melampau..itu tandanya kita tak redha dgn apa yg allah berikan pd kita.. dugaan kan hadiah dari allah.berlapang dada menerima apa juga yang dalam hidup kita.sama2 la kita ingat mengingat ye cik tom
    Entri Terbaru Saya:
    Kenapa Hidup Kita Tidak Tenang

    Reply
    • April 21, 2012 at 4:05 pm
      Permalink

      ye juga..maybe menangis tapi berpada2..nanti over bengkak pulak ek..huhu

      Reply
  • February 24, 2012 at 7:46 am
    Permalink

    tips yang amat berguna utk dipraktikkan
    bukan sahaja dlm kerja tapi dalam setiap aspek kehidupan kita 🙂

    Reply
    • April 21, 2012 at 2:51 pm
      Permalink

      yup..mudah-mudahan tips ini dpt kurangkan tekanan ketika bekerja..

      Reply
  • February 24, 2012 at 7:46 am
    Permalink

    Assalam..
    Cik Tom, tq for the tips.. 🙂

    Reply
  • February 24, 2012 at 10:19 am
    Permalink

    menangis pun ada ye?/tapi kalau akak menangis boleh tambah tekanan pulak sebab matA bengkak rasa tak best je..heheh

    Reply
    • April 21, 2012 at 4:26 pm
      Permalink

      kalau gitu praktis tips yg lain tue akk..kalau xramai plk yg busy body tanya nape mata bengkak..hii

      Reply
  • February 24, 2012 at 10:44 am
    Permalink

    Pompuan dan lelaki stress dia lain,cara islam sgt bagus tuk dipraktis..

    Reply
    • April 21, 2012 at 4:25 pm
      Permalink

      yup betul tue sbbnya lelaki lebih professional handle emosi..

      Reply
  • February 24, 2012 at 11:38 am
    Permalink

    Nanti takut pula orang lihat kita mata bengkak akibat menangis. 🙂

    Reply
    • April 21, 2012 at 4:26 pm
      Permalink

      nangis sedang2 je..tak yah over2 kot..huhu

      Reply
  • February 24, 2012 at 12:09 pm
    Permalink

    Masa zaman sya kerja dulu, terus terang sya tak stress dengan kerja2 yg saya patut buat tapi stress dengan org2 disekeliling pejabat. Macam2 gosip ttng org itu..org ini….buat kita pening. Last2 sya ambik keputusan tak rapat sangat dgn kawan sepejabat.

    Reply
    • April 21, 2012 at 4:59 pm
      Permalink

      owh camtu plk ek..tp manusia mmg ada pelbagai ragam..

      Reply
  • February 24, 2012 at 6:45 pm
    Permalink

    terima kasih cik tom
    berguna ni w/p mas lum dpat keje lagi ni.hihihiih

    Reply
    • April 21, 2012 at 4:24 pm
      Permalink

      sama2..insyaAllah bila mas kerja nanti berguna..

      Reply
  • February 24, 2012 at 8:02 pm
    Permalink

    TQ ciktom..informasi yang menarik..
    harap dapat dipraktikkan apabila saya bekerja nanti…

    Reply
    • April 21, 2012 at 4:24 pm
      Permalink

      sama2..masa belajar ni pun ada yang boleh praktis bila tertekan masa study..

      Reply
  • February 24, 2012 at 8:53 pm
    Permalink

    nice one cik tom.. bukan setakat untuk bekerja, untuk belajar pun boleh…

    Reply
    • April 21, 2012 at 4:18 pm
      Permalink

      yup memang betul..sesuai jgk utk pelajar

      Reply
  • February 24, 2012 at 11:24 pm
    Permalink

    tq ciktom
    kena yakin boleh pada diri sendiri ya..

    Reply
    • April 21, 2012 at 4:16 pm
      Permalink

      alhamdulillah sedikit sebanyak memang membantu..

      Reply
  • February 25, 2012 at 5:36 am
    Permalink

    bersangka baik dengan Allah adalah ubat dalam segala masalah.Apa yang berlaku sememangnya ketentuan Allah dan pasti tersembunyi hikmah padanya.
    Apapun cik tom kena manage masa betul betul ye.Nanti taklah tertekan dengan kerja.

    Reply
    • April 21, 2012 at 4:53 pm
      Permalink

      yup..insyaAllah thanks atas nasihat tue..

      Reply
  • February 25, 2012 at 9:56 am
    Permalink

    nampaknya sy kena perbaiki diri lagi…tq dgn info ni cik tom…

    Reply
    • April 21, 2012 at 4:10 pm
      Permalink

      sama2 kita perbaiki diri kita ke arah yg lebih baik..insyaAllah..

      Reply
  • February 25, 2012 at 10:24 am
    Permalink

    Thanks for sharing cik tom..ni boleh diamalkan insyaallah. cuma bab diet ngan menangis tu yang susah nak buat hehehe..

    Reply
    • April 21, 2012 at 5:23 pm
      Permalink

      kalau diet tue kena betul2 disiplin baru boleh buat..hehe

      Reply
  • February 26, 2012 at 2:02 am
    Permalink

    mari menangis hari-hari. hehe..

    Reply
  • February 26, 2012 at 7:14 pm
    Permalink

    Thanks Cik Tom…

    *Oh ya,kalau meditasi tu cara islam jugak ke Cik Tom…??

    Reply
    • April 21, 2012 at 5:25 pm
      Permalink

      sm2…utk meditasi tue ciktom kurang pasti pulak..rs cam xpernah dgr tu cara islam..

      Reply
  • February 27, 2012 at 6:18 am
    Permalink

    Terbaik lah ciktom.,…..

    Reply
  • February 27, 2012 at 10:45 am
    Permalink

    perkongsian yang menarik. memang betul, kalau ada tekanan dengan air wuduk boleh legakan sikit tekanan

    Reply
  • February 27, 2012 at 12:11 pm
    Permalink

    bersangka baik dg Allah mmg perlu apa lagi sesama manusia..sy mula berfikir akan hal tu dari buruk snagka pd org lain..bilaa saat ckp sesuatu sy mula fikir baik2..

    hurm..sikp ngtu yg harus ada pd diri sbg org islam kan cik tom =)

    Reply
  • February 27, 2012 at 12:12 pm
    Permalink

    menagis best gak tapi klr perlu..tak klu tak mgis tak bagsu juga sb dlm sains mgis mmpu mglurkan air mata yg berbaki lama di dasar mata..mmbersihkan anak mata..juga mata 😉

    Reply
  • February 27, 2012 at 12:29 pm
    Permalink

    menangis sepuas hati penah jugak tu hehe

    Reply
    • April 21, 2012 at 5:16 pm
      Permalink

      ciktom pun pernah tapi time mandi jadi orang tak tahu sangat..hehee

      Reply
  • March 1, 2012 at 12:19 pm
    Permalink

    salam. good info. islam kan bukan sekadar agama, tp kena praktikkan dlm hidup seharian kita…

    btw saya dah review blog cik tom di alexa.. harap sudi2 laa review blog saya balik yer..

    Reply
    • April 21, 2012 at 7:04 pm
      Permalink

      ye betul..thanks sudi review blog ciktom..ok ciktom review blog awk jgk.

      Reply
  • March 1, 2012 at 5:45 pm
    Permalink

    bagus tips nih..tq yer sbb share..;)

    Reply
  • March 1, 2012 at 9:24 pm
    Permalink

    baru semlam jumpa blog ciktom.Sangat menarik.Banyak sangat Info berguna.Dan bermula hari ini 1 Mac saya cuba guna cara ciktom menurunkan berat badan.

    Reply
  • March 2, 2012 at 10:23 am
    Permalink

    Yess..lps ni nk try hargai kebolehan diri sendiri pulak.hehe

    Reply
  • March 2, 2012 at 9:41 pm
    Permalink

    terima kasih atas perkongsian ini

    Reply
  • March 5, 2012 at 9:51 pm
    Permalink

    9 Tips yang amat berguna buat saya.
    Sebab kadang kala saya begitu stress ditempat kerja
    dengan projek2 yang belum dapat disiapkan ikut dateline 🙁

    Reply
  • March 7, 2012 at 8:31 am
    Permalink

    Thanks for the tip cik tom..dulu anis pernh stress. Dan amalkan solat2 sunat2 ni. Lepas subuh bace yasin. Hampir setiap hari la.. Ble solat, doa smpai ngs2, Tp memang btol la, mental jadi kuat giler2! Even ada masalah besar mase tu, tapi anis tetap happy!

    Reply
  • March 7, 2012 at 12:35 pm
    Permalink

    Menangis memang boleh meredakan tekanan
    Lagi elok menangis dan mengadu kepada Allah lepas solat
    Insya-Allah hati akan tenang

    Reply
  • March 7, 2012 at 4:33 pm
    Permalink

    jenguk dan membaca di sini…

    tips yg sangat2 berguna…

    Reply
  • March 8, 2012 at 8:30 am
    Permalink

    Bagus tips tu ciktom. Ramai orang sekarang suka hilangkan stress dengan pegi ke disko, minum arak, merokok. Ada juga yang terus bunuh diri. Kan elok kalau setiap jabatan atau tempat kerja anjurkan kursus menangani stress. Takde la pekerja tu akan buat perkara tak baik nantil.

    Reply
  • March 11, 2012 at 12:30 pm
    Permalink

    yup, memang bagus ikut semua saranan tuh. sejuk sikit rasanya.

    Reply
  • March 15, 2012 at 11:45 pm
    Permalink

    Alhamdulillah.Jom kita ramai2 amalkan amalan ni.

    Reply
  • March 17, 2012 at 7:38 am
    Permalink

    Nice sharing ! tengs Cik Tom~ Hee :DD

    Ehh~ Btw, lamanya CikTom x update blog ! Cepat cepat Update! Heee ^^

    Reply
    • April 22, 2012 at 12:43 am
      Permalink

      dah update..hee..
      tq sudi singgah blog cik tom..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!