Tuhan Berikanlah Aku Cinta

Maaf pintaku jika warkahku menganggu dirimu. Sesungguhnya aku ingin sekadar meluahkan apa yang terperosok di dalam sanubariku.Selama ini aku berjaya untuk menidakkan segala kerinduan padamu. Namun semenjak akhir-akhir ini, hati ini kian memberontak. Memberontak mengatasi akalku yang masih berpaksikan segala teori dan fakta. Hati ini memberontak untuk mengatakan bahawa diriku masih merindui dirimu. Kenapa hati dan fikiranku tidak pernah sehaluan?? Semuanya menambahkan kekeruhan. Pening ya aku pening. Seringkali aku bermonolog sendiri antara hati dan akal fikiran.

*************************************

Suasana pementasan cerah disusuli kemunculan 2 watak iaitu hati dan akal fikiran…..

Hati: Kau bodoh tak tahu untuk menghargai sesuatu apabila ia berada didepan mata. Bila pergi baru kau tercari-cari.

Fikiran: Aku tidak bodoh. Segala keputusan yang aku buat sudahku fikirkan semasak-masaknya.

Hati: Ye ke kau dah fikirkan semasaknya-masak?? Kalau ya, kenapa kau masih ingin mengetahui segala perkembangan dia. Masih cuba merisik khabar dirinya secara sembunyi. Sihatkah dia? Gembirakah dirinya? Aku rasa kau bodoh sombong. Tidak berani untuk mengakui perasaan kau sendiri.

Fikiran: Diam! Diam! Aku benci kau hati. Kenapa kau tak pernah cuba untuk menerima hakikat yang kau dah kehilangan dia. Kenapa kau nak menegakkan jugak benang yang basah!

Hati: Kerana hati itu tulus. Hati itu tak pernah menipu. Kau boleh nak cakap apa saja. Kau boleh nak tulis apa saja. Tapi hakikatnya apa yang ada dalam hati hanya kau je yang tahu dan kau tak boleh nak menidakkan perasaan kau sendiri.

Fikiran: Adakah aku perlu menangis lagi keranamu hati?? Ah sudah kering airmataku. Adakah keranamu aku perlu kusutkan segala fikiranku? Ah masih banyak perkara yang aku perlu fikirkan.

Hati: Aku hanya tulus pada perasaan diri sendiri. Aku rasa kau lebih bijak daripada aku kerana dikurniakan akal. Cuba kau tanya dan fikir sejenak. Apakah yang terbaik untuk santapan/rawatan hati?

Fikiran: Hurm.. Agama? Solat? Al-Quran?

Hati: Ya. Itulah yang terbaik untuk santapan rohani hati. Solat itu tiang agama. Jika solat tidak kukuh (sempurna) maka robohlah segala tiang agama. Roboh tiang agama. Hati dan jiwa pun terasa kosong dan bercelaru.

Fikiran: Ya Allah. Selama ini aku terleka dengan perasaan diri sendiri. Solat dan ibadahku banyak yang tidak sempurna. Tapi diriku asyik terkejar-kejarkan cinta duniawi semata-mata. Ya Allah tenangkanlah jiwa hambaMU ini. Bagilah hidayah kepadaku untuk berubah kepada yang lebih baik.

Suasana pementasan kelam….Watak hati dan akal fikiran mengundur diri.

*************************************

Aku kembali ke alam nyata. MasyaAllah begitu jauh aku mengelamun tapi semuanya benar. Waktu itu juga terngiang pesanan ustaz di telingaku “Ingatlah perempuan yang baik hanyalah untuk lelaki baik. Begitulah sebaliknya. Itulah janji Allah kepada hambaNYA. Dan berusahalah kamu ke arah kebaikan dan janganlah pula kamu menidakkannya”.

Aku Berdoa padaMU Allah

Ya Allah, rupanya terlalu jauh aku hanyut. Hanyut dengan perasaan padamu membuatkan ku terleka pada cinta yang hakiki iaitu Allah. Aku berdoa segala apa yang telah terjadi antara aku dan dirimu biarlah yang terbaik buat kita berdua. Aku berdoa dikau berjaya dalam mencari erti cinta. Ya Allah tenangkanlah hati hambaMU ini dari terus mengingati si dia. T_T

p/s: Nukilan hati ini untuk peringatan diri sendiri yang mencari damai dihati ;(

p/s2:autopost~ maaf segala jejak akan dibalas bila cik tom on9 ye…

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

41 thoughts on “Tuhan Berikanlah Aku Cinta

  • November 8, 2010 at 4:35 am
    Permalink

    ermmmm…nicesis..mcm mndlm je..heee

    Reply
  • November 8, 2010 at 4:40 am
    Permalink

    Salam cik Tom.
    Kadang-kadang kita terlalu sibuk mencari apa yang ada di depan mata. Malah sampai lupa pada yang maha esa.

    Reply
  • November 8, 2010 at 4:47 am
    Permalink

    hurm kadang2 kita terlupa kerana mengejar cinta duniawi

    Reply
  • November 8, 2010 at 4:49 am
    Permalink

    oh..
    cik tom sedang melalui proses mematang kn diri..

    Reply
  • November 8, 2010 at 4:52 am
    Permalink

    Salam…

    ikut kata hati,.. mcm sama je apa yg kta lalui..apa pun, semoga terus tabah..

    Reply
  • November 8, 2010 at 4:54 am
    Permalink

    Cinta pd insan membuatkan kit alpha pd cinta pd allah..terimakasih cik tom..atas peringatan.

    Reply
  • November 8, 2010 at 4:55 am
    Permalink

    setiap perkara yang berlaku ke atas kita…ada hikmah yang Allah hendak beri. itulah perkara terbaik untuk kita…hidup mesti diteruskan dan kita wajib berusaha untuk meningkatan kualiti hidup agar kita akan berjaya mendapat kebahagiaan hakiki…

    hepi2 blogging deh~~~~

    Reply
  • November 8, 2010 at 4:59 am
    Permalink

    entri yang sangat menyentuh hati.. saya yakin ciktom perempuan yang baik.. pasti akan dapat lelaki yang baik juga.. tabahkan hatimu yea.. 🙂

    Reply
  • November 8, 2010 at 5:02 am
    Permalink

    Bukan mudah untuk melupakan orang yang pernah bertakhta di hati, kena banyak bersabar dan minta pertolongan dari Tuhan…
    Cinta adalah anugerah dari Tuhan tapi bukan bermakna kita kena berpeluk tubuh tunggu Cinta datang menyapa..
    We have to look for it on our own 🙂

    Reply
  • November 8, 2010 at 5:08 am
    Permalink

    fikiran : jgn difikirkan satu hari pasti datang

    hati : jika bukan dia pasti ada lagi

    kan cik tom 🙂

    Reply
  • November 8, 2010 at 5:09 am
    Permalink

    nice entry Tom..hehe

    hopefully satu hari cinta itu akan datang dan cinta yang datang itu ialah cinta yang abadi dan berkekalan…

    Reply
  • November 8, 2010 at 6:01 am
    Permalink

    dalam majukan diri atau apa pun perbuatan kita.. hati dan fikiran kena seiringan

    Reply
  • November 8, 2010 at 6:03 am
    Permalink

    perghhh buat sketsa plak, ko ada bakat tom, teruskan hehehehee

    Reply
  • November 8, 2010 at 7:08 am
    Permalink

    cik tommmmmmmm, miza kagum denga ayat-ayat cik tom. sama2lah kita mencar damai hati untuk ketenangan diri kita.

    Reply
  • November 8, 2010 at 7:13 am
    Permalink

    tak tau nak cakap pe.. hoho.. setiap yang berlaku ada hikmahnya.. itu macam koman ayat je kan? huhu….

    wish u happy dear..

    Reply
  • November 8, 2010 at 7:33 am
    Permalink

    salam cik tom..

    amy datang menjawab soalan cik tom , entry dari blog sendiri , sebab tue amy tulis blogging bukan bw… dah siap tinggalkan link dan amy minta izin copy header dan untuk di letakan di dalam fan page sinar raudah..

    Reply
  • November 8, 2010 at 7:49 am
    Permalink

    teater la:) nice2.hehe
    baguih la cik tom. entry cmni yang kita cari!

    Reply
  • November 8, 2010 at 7:52 am
    Permalink

    Tul tu Cik Tom…cinta hakiki hanya pd Allah….namun perlukan cinta sesama manusia…sebab itu Sunnah Rasulullah….
    dua2 kne ada kan…baru siok… jeng jeng jeng….

    Reply
  • November 8, 2010 at 8:36 am
    Permalink

    carilah cinta yang sebenar…hanya kita yang tahu…jumpa atau tidak…semua ketentuan dari-Nya

    Reply
  • November 8, 2010 at 8:46 am
    Permalink

    agama juga yg akan dpt menyelamatkan kita dr suma..bnyk dekatkan diri dgn Allah..insyaAllah Allah akan membantu hambanya m'buat kptsn terbaik..

    Reply
  • November 8, 2010 at 8:50 am
    Permalink

    alololor..comelye bile cik tomato berjiwang2..
    hee=)

    Reply
  • November 8, 2010 at 9:25 am
    Permalink

    Semoga hatimu terus tabah dan tenang menghadapi segala kemungkinan CIk Tom..

    Reply
  • November 8, 2010 at 9:31 am
    Permalink

    betol2.. hati dan fikirn selalu bercanggah.. fikirn selalu menidakkn sesuatu, tp hati xpernah berdusta, nak2 hati kecil.. ^_^

    Reply
  • November 8, 2010 at 9:37 am
    Permalink

    Wahhh puitis juga orangnya Cik Tom ni…sedap nukilan tu…Cik Tom,walau siapa pun yang Cik Tom rindu dan suka,akak doakan agar Allah akan memberikan yang terbaik saja untuk Cik Tom..berdoa selalu semoga diberi petunjuk dan pertolongan ye Tom…

    Reply
  • November 8, 2010 at 10:57 am
    Permalink

    ingatan untuk akak jugak… jgn leka dalam mencari cinta yang hakiki…

    Reply
  • November 8, 2010 at 11:38 am
    Permalink

    thanx a lot cik tom kerana menyedarkan hana. betol….di luh mahfuz sana sudah tertulis nama pasangan kita. tunggu je lah…. Allah knows the best. semoga dikurniakan jodoh yang baik. 🙂

    Reply
  • November 8, 2010 at 11:43 am
    Permalink

    i know u probably will not publish this..

    terpulang padamu..mcm ku katakan,selagi mampu,ku menanti disini..menanti sambil terus memperbaiki diri yg byk kelemahan ini..tp ada sesetangah bahagian diriku yg tidak berubah..tak mampu..

    Reply
  • November 8, 2010 at 12:05 pm
    Permalink

    selawat banyak2 InsyaAllah ok..
    *petua ibu mithali aka mak wa der….
    hehehe

    Reply
  • November 8, 2010 at 2:14 pm
    Permalink

    Aigooo..ini pun tentang seseorang eh? =p Apapun, moga menemui cinta yang dicari..^__^

    Fighting cik tom!

    "Ya Allah, jika benar dia untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku.
    Jika dia bukan untukku, redhakanlah hati ini dengan ketentuanMu."

    Benar! Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik.

    Reply
  • November 8, 2010 at 4:02 pm
    Permalink

    very nice. =)

    cinta itu indah. dan lebih indah jika tidak terlalu hanyut dengan cinta duniawi.

    Reply
  • November 9, 2010 at 12:18 am
    Permalink

    cik tom..
    cinta sesama manusia itu fitrah..
    🙂 semoga cik tom dikurniakan jodoh yang baik… dan semoga cik tom jadi wanita solheha, amin…

    Reply
  • December 9, 2010 at 2:44 pm
    Permalink

    mmg kreatif! terbaek! mmg layak menang.. hehe..

    Reply
  • December 11, 2010 at 8:45 am
    Permalink

    Tenanglah duhai jiwa, damailah duhai hati.. =D

    Reply
  • February 8, 2011 at 3:54 pm
    Permalink

    slm cikom..

    bab2 cinta ni sy kurang cikit,hehhe tapi setiap kita ni diciptakan olehNya berpasang-pasangan..betul tak??rasanya kalau dah jodoh kita tak kan kemana,yg pntg cinta pada allah,rasul,agama dan keluarag tu lagi penting dari psgn hdp kita yg kdg2 boleh melalaikan hdp kita..

    skdr pndgan^^

    Reply
  • February 20, 2012 at 12:41 am
    Permalink

    Tahniah! awak pemenang kat blog eyriqazz.. 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!