Tutorial Cara Letak Iklan Dalam Blog WordPress

Salam Ramadhan… Maaf makin lama makin malas pula tuan blog ini nak update blog oleh sebab kekangan masa dan juga otak ini banyak sangat fikir hala tuju hidup ke manakan langkah ini harus dituju seterusnya. hurm… takpelah stop pasal tue seketika.. Cik tom rasa rajin malam minggu ini nak buat tutorial yang dah lama direquest dari rakan blogger yang baru bertukar platform ke wordpress. Katanya tak nak pakai banyak2 plugin sebab nak lajukan load blog.

Terdapat 2 cara untuk masukkan iklan dalam blog wordpress iaitu pertama guna cara manual dengan tambah code iklan ke dalam code blog. Amaran kena backup dulu. Silap haribulan salah masuk code boleh haru-biru blog. huhu… Cara kedua just install plugin dan masukkan code iklan dalam kotak yang dah disediakan oleh plugin. Yang ini memang mudah. Cik tom pun guna untuk masukkan iklan tengah entri.

InsyaAllah akan share tutorial akan datang pula kalau mood rajin. Rasanya nak masuk semua tutorial sekaligus dalam entri haru-biru jugak kan. Amaran pada pro blogger wordpress senyum je la kalau dah tahu tue. Tapi kalau ada salah silap tolong betul kan ye dalam ruang komen atau ada penambahbaikan. tQ 🙂

Tutorial Cara Letak Iklan Dalam Blog WordPress

1. Cara letak iklan di atas header wordpress

Step 1
Sila backup template sebelum mula untuk mengedit sebarang code.
Login WordPress Dashboard> APPEARANCE> EDITOR

Step 2
Pada “templates”,  klik “HEADER”. Kemudian, tekan keyboard “CTRL+F” atau “F3″ dan search code <head>

Step 3
Copy code iklan yang ingin dimasukkan atas header, selepas code <head>.
Contoh seperti gambar di bawah;

Step 4
Dah siap masukkan code, jangan lupa klik “UPDATE FILE” untuk save file yang sudah diedit.

2. Cara letak iklan di atas setiap post entri wordpress

Step 1
Login WordPress Dashboard> APPEARANCE> EDITOR

Step 2
Pada “templates”,  klik “SINGLE POST”. Kemudian, tekan keyboard “CTRL+F” atau “F3″ dan search code </nav><!– #nav-single –>

**contoh code iklan di blog aizuddin; </div><! – -end entry – ->

Step 3
Copy code iklan yang ingin dimasukkan atas header, sebelum code </nav><!– #nav-single –>
Contoh seperti gambar di bawah;

Step 4
Dah siap masukkan code, jangan lupa klik “UPDATE FILE” untuk save file yang sudah diedit.

3. Cara letak iklan di sidebar wordpress

Step 1
Pada WordPress Dashboard> APPEARANCE> WIDGETS> pilih widgets “TEXT” dan tarik ke bahagian sidebar di bahagian kanan.


Step 2
Selepas siap tarik ke sidebar, masukkan code iklan di dalam kotak disediakan dan save.

1: Untuk masukkan tajuk
2. Untuk masukkan apa-apa code atau ayat
3. Jangan lupa klik “Save” untuk simpan.

Taraa.. siap! Senang je kan? Bagi iklan yang kelihatan lebih kemas dan terletak ditengah2 ruang, boleh masukkan code <center>CODE IKLAN</center> untuk sebelum dan selepas code iklan.

Theme blog yang cik tom guna dalam tutorial ini ialah theme twentyeleven. Tidak semua code yang diberikan sama seperti dalam code theme blog masing-masing. Tapi cuba cari code yang seakan2nya. Yang penting kena try and error untuk tahu berhasil betul atau tak code yang dicari.

Nanti rajin insyaAllah menyusul iklan versi plugin “Adsense daemon” pula ye.

Sumber rujukan: Tutorial Masukkan Iklan Di dalam Blog

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

15 thoughts on “Tutorial Cara Letak Iklan Dalam Blog WordPress

  • August 5, 2012 at 11:13 pm
    Permalink

    Ada tak plugin wp yang boleh insert terus ads, selain edit di theme app. wp kita. Takut silap edit..langsung wp theme kita jadi haru-biru…

    Reply
  • August 5, 2012 at 11:25 pm
    Permalink

    Tuto yang berguna..terima kasih..

    Reply
    • August 6, 2012 at 5:37 pm
      Permalink

      memang best pun hhehe…guna la wp eca

      Reply
  • August 6, 2012 at 1:39 am
    Permalink

    Hehe..rajin cik tom buat tutorial..time sy perlukan dulu,merata sy cari..last2 baru sekarang cik tom buat tutorial….huhu

    Reply
  • August 6, 2012 at 3:38 am
    Permalink

    terima kasih cikguuu… lengkap.. ringkas dan padat. sesuai.

    Reply
  • August 6, 2012 at 12:51 pm
    Permalink

    Yup..memang semua coding tak sama,tapi kalau kena pada tempatnya menjadi…kena try n error..kalau thesis theme lagi senang.

    Reply
  • August 6, 2012 at 4:08 pm
    Permalink

    ada sesetengah theme kita tak boleh nak edit direct. senang guna plugin adman. boleh letak iklan tengah2 post. kalau nak manage ads 125×125 senang guna WP125. 🙂

    Reply
  • August 6, 2012 at 11:55 pm
    Permalink

    Rajinnya buat tutorial ^.^ Nice sharing Cik Tom.

    Reply
  • August 7, 2012 at 3:09 am
    Permalink

    tak boleh nak edit single post(single.php), macam mne tu?

    Reply
  • August 7, 2012 at 10:23 am
    Permalink

    saya yg x pro pun, tersenyum gaya ciktom tulis. haha.

    Reply
  • August 10, 2012 at 2:33 pm
    Permalink

    Terbaiklah cik tom!
    Senang nak rujuk lepas ni =)
    terima kasih

    Reply
  • August 14, 2012 at 10:20 pm
    Permalink

    kode yang tak da pulak.. hehe. kenapa ek? ada kode lain ke?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!