Wishlist 2017 Cik Tom Sempena Masuk Tahun Baru Rumah Baru
Salam ceria pada semua yang singgah ke blog cik tom. Agak lama cik tom tak online dan update blog. Apatah lagi blogwalking. Malam ni cik tom curi masa sikit nak online dan update blog cik tom. Hmm tercari-cari apa la idea nak buat untuk update blog kali ini.
Tiba-tiba dapat satu idea untuk senaraikan wishlist cik tom sempena masuk tahun baru rumah baru 2017. Buat masa sekarang cik tom dan padin masih menyewa sementara menunggu penyerahan kunci rumah baru. Jadi sempena tahun baru 2017 dan bakal masuk rumah baru tak lama lagi. Memang banyak barang kelengkapan rumah yang baru diperlukan. Cik tom kenalah senaraikan antara barang yang cik tom impikan.
Cik tom antara salah seorang kaki shopping online yang suka survey harga dan beli barang guna code promo untuk dapat diskaun penjimatan berganda. Salah satu website yang cik tom suka shopping barang online ialah Lazada. Kat sini serba menda mak nenek ada. Haha… Tipu takde la jual mak nenek kat situ. Tapi semua barang kita boleh beli dari barang dapur, pakaian, kecantikan, ubatan sehinggalan ke produk elektrik.
Ok. Malas nak membebel panjang.
Jom tengok ada persamaan tak barang wishlist cik tom dengan korang punya wishlist untuk tahun 2017.
Microwave plus oven ni salah satu produk idaman cik tom. Dah lama teringin nak beli dari zaman bujang lagi. hihi…
Brand Sharp memang bagus untuk barangan elektrik dan harganya biasa agak mahal. Tengok jelah dapat harga RM199 iaitu less sebanyak 65% . Pergh banyak tu kan. Mana nak cari microwave oven harga RM199 kat mana2 stores or kedai elektrik. Brand cikai2 pun at least RM150-RM200.
Lagi best Sharp Microwave Oven R202ZS mempunyai ciri-ciri unik;
- Touch pad menu
- 11 power levels modes
- 6 auto menu keys
- 2 auto defrost key
- Kapasiti 20 liter
- Energy save mode
- Pengunaan tenaga yang rendah 800kw
Cik tom suka baca reviews mengenai barangan yang nak dibeli. Dah 231 reviews dari pembeli lazada yang rating 4.5/5. Semuanya cakap berpuas hati dengan servis dan microwave ni. Ini salah satu tips penting nak shopping online, sila baca reviews dari pembeli barang tersebut.
Pada yang nak survey jugak boleh check>> Sharp Microwave Oven R202ZS
Produk kedua ialah pemanas air atau water heater untuk bilik air. Yang ini cik tom kurang pasti brand mana yang better. So, cik tom search based on best price dan juga hasil dari review dan rating pembeli. Terdapat 42 reviews dan rating 4/5.
Kelebihan Alpha Water Heater X5E;
- Senang untuk install sendiri dirumah
- Built-in ELCB untuk mengelakkan kes renjatan elektrik ketika mandi
- Splash Proof Casing untuk ciri keselamatan
- Flow switch system
- Anti-leak system
- Electronic control temperature
- 3600kw
- Silent water pump
- Suhu cepat panas
- Saiz yang cute dan warna putih
Harga water heater ni hanyalah RM229. Less sebanyak 43%. Siap promo free shipping lagi! Untung tue! tak perlu susah payah nak keluar kereta, minyak, tol, nak kena parking pulak. Buang masa. Tak masuk jalan jammed lagi.
Seronok kalau ada water heater dalam bilik mandi rumah cik tom nanti. Takdelah sejuk je mandi pagi2. Pasni takdelah liat nak mandi pagi kalau dah ada water heater. Ini memang barang idaman cik tom untuk pasang di dalam bilik air.
Nak tengok apa yang best lagi best dengan water heater ni >> Alpha Water Heater X5E
Actually, cik tom dah ada rice cooker brand Panasonic tapi saiz yang kecil. Dapat hadiah kahwin dari abang ipar. Jadi dah masuk rumah baru nanti mesti nak bawak emak ayah datang melawat dan tidur kan. Kena la rice cooker yang lebih besar. Dah alang nak beli tu better beli yang multifunction dan berbaloi serta tahan lasak.
Brand Cornell salah satu brand rice cooker yang tahan lasak jadi idaman cik tom. Antara ciri-ciri menarik Cornell 1.0L Buffalo Jar Rice Cooker CRC-JP108SS;
- capacity 1L
- 3 lampu signal untuk “cook”, “warm” & “porridge”
- 5 fungsi esklusif- rice, porridge, soup, steam, keep warm
- Energy save modes
- Removable and washable condensation collector
Harga selepas diskaun 41% ialah RM302. Cik tom suka makan sup dan bubur. Jadi elok sangat dengan fungsi untuk masak sup dan bubur pada periuk nasi ni. Mudahkan lagi kerja cik tom. Kalau nak travel pun mudah. Boleh guna rice cooker ni je untuk masak nasi dan lauk simple jenis sup/ steam je. hihi..
Pada pendapat korang okay ke tak cik tom dapatkan>> Cornell 1.0L Buffalo Jar Rice Cooker CRC-JP108SS??
Sekarang ni cik tom memang dah ada mesin basuh automatik kat rumah. Tapi ikutkan usia mesin basuh tu dah lama dan juga pernah meragam sebelum ni. Jadi elok sangat cik tom buat langkah berjaga-jaga dengan masukkan mesin basuh ni dalam wishlist yang cik tom akan dapatkan untuk tahun 2017.
Dah ada 94 reviews pembeli sebelumnya yang rating 4/5 untuk servis dan penggunaan mesin basuh Samsung. Harga RM599 dengan less 25% bagi mesin basuh kapasiti 7kg.
Apa yang menarik dengan Samsung Fully Automated Washing Machine?
- Kapasiti 7kg
- Superios fabric care and cleaning
- Easier and faster drying
- Sleek and ergonomic design
- Magical filter
- Fresh & clean top load
- Ice blue LED display
- Tempered glass door
- Dual-cluster control panel
Last produk jadi impian cik tom ialah set sofa yang simple dengan harga bajet. Set sofa 2+3 ni tambahan untuk set sofa L yang dah sedia ada berwarna hitam. Dalam banyak survey set sofa ni harga paling berpatutan dan sesuai untuk matching dengan set sofa dan ada di rumah.
Harga set sofa ini ialah RM688 dengan nilai diskaun 54%. Memang berbaloi. Cik tom suka design sofa yang simple dan sesuai untuk diletakkan di ruang tamu rumah baru nanti. Kena minimakan pembelian barang untuk dekorasi rumah supaya rumah nampak lebih luas dan selesa.
Agak-agak korang menarik ke pilihan set sofa cik tom ni VIVA HOUZ – FIDELLO Sofa ? hihi..
So, berdasarkan pada hari cik tom survey harga barangan online ni. Jumlah harga kelima-lima barang yang cik tom masukkan dalam wishlist Lazada cik tom ialah;
RM199 + RM229 + RM302 + RM599 + RM688 = RM2017
Cun pulak tengok total harga sama pulak dengan tahun wishlist 2017 dengan jumlah harga RM2017. hihi…
Pergh memang rambang mata la cik tom bila survey website shopping online ni. Bahaya betul. Dulu bagus shopping online kalau korang nak jimat masa. Sekarang shopping online ni banyak dah diskaun.
Contohnya sempena cuti musim perayaan raya cina ini, memang banyak sangat promosi dan diskaun yang hebat di Lazada dan lain-lain. Cik tom hari-hari check promo yang best. Sehinggakan sempat jugaklah cik tom beli 3 barang sempena Chinese New Year ni. Memang untung sangat dapat beli dengan harga yang murah, original dan lagi best FREE delivery.
Korang pun kalau nak dapat promo yang best kena subscribe email promosi dan rajin survey harga di website >>> Lazada.
*Harga mungkin berubah mengikut promosi dan sebagainya.
Sharing is caring
Mmg excited nak masuk rumah baru, lagi pulak rumah sendiri. 🙂
Akak punya microwave oven dah lebih 10thn, masa beli >rm1k. Dulu2 mahal kot. Tp mmg puas ati, pnh rosak 1x je. Boleh guna mcm2 – masak nasi hari2 guna tu, masak kek, steam kuih frozen…sume ada auto menu.
Jom baca entri terkini Ujie …Astaka Morocco
Selamat masuk ke rumah Baru Cik Tom…
Kita serupa… Saya pun sedang menunggu dapat kunci untuk masuk ke rumah baru….
Rumah dah siap… Tapi bayaran terakhir pihak kerajaan masih belum sempurnakan… Buat loan dengan kerajaan…
Doakan semoga segala urusan dipermudahkan…
Jom baca entri terkini Anuar …Contest SEO : Belajar Buat Blog
Tanniah bakal memiliki rumah sendiri. Bila sudah ada rumah sendiri tentu nak deko. Apa tema deko Ciktom? 🙂
Jom baca entri terkini akubiomed …Cocose untuk Xiaomi Redmi Note 3
wah, bestnyer cik tom. semua barangan cik tom tak masuk wishlist saya kecuali sofa hehe
not bad gak sofa tu, simple but nice 😉
Jom baca entri terkini siti hazreen …Design Your Own Program (DYOP)
semua tu aku dapat masa kahwin dulu.
hadiah nikah dari kengkawan.
tapi jenama lain-lain la.
tak sama.
syukur, masuk rumah, barang keperluan asas dah lengkap.
tinggal masuk unifi dengan astro je. hehe
Jom baca entri terkini titan …Lelaki kahwin dan badminton kawasaki.
Semua barang yang cik tom senaraikan tu, memang barang keperluan ni.
Jom baca entri terkini sabree hussin …Penjual ubat-ubatan dan gamat di Pulau Langkawi
Lazada punya barang mmg murah dan sesuai la dgn keadaan ekonomi skrg ni kan CikTom. Selamat berbelanja. hahaha
Jom baca entri terkini Ridz …5 Tips Mudah & Berkesan Untuk Kurus Secara Sihat
tahniah cik tom.. cantik rumahnya..
saya pun suka beli brg online… byk pilihan dan senang…
Alhamdulillah…berjaya juga dapat rumah sendiri kan…bukan semua orang mampu tue… 🙂
Rumah corner lot tue ker?brapa heh harga rumah jenis tue? Area mana nie heh?
Dah dapat rumah baru pasnie tambah orang baru pulak kan…InshaALLAH… 🙂
Jom baca entri terkini si bongkok …Kerja Dari Rumah Dengan iLancee Boleh Buat Duit Online Ke?
tahun ni sy bertekad untuk tidak membazir…
Jom baca entri terkini seri …5 Testimoni Hilang Bekas Parut Jerawat Pada Wajah
Bila masuk rumah baru memang wajib kena ada barang keperluan asas
.
Mesin basuh dan peti ais tak boleh tinggal kan Cik Tom
.
Microwave tu Maznee lebih prefer oven biasa
.
Hehe
Jom baca entri terkini Mazni Azmi Happy Family …5 Cara Mengatasi Hemoglobin Rendah Ibu Mengandung
Wishlist saya tahun ini dah separuh tercapai ada lagi separuh nak kena kejar
Jom baca entri terkini Khairul Zamri …Nu Caffee Tongkat Ali Arabica Asli
Wishlist ni mmg sesuai benor di tahun baru ni..
Jom baca entri terkini Ira …Selamat Hari Bapa, Abah
Rumah teres biasanya nak buat pengubahsuaian di dapur dahulu 🙂
Jom baca entri terkini Ikhwan …Daftarkan Uber Driver Dapat Komisyen