Wow Bestnya Kaw2 Sale Lazada Online Revolution

Assalamualaikum dan salam sayang… Buat kaki shopping online memang satu perkara yang menggembirakan bila dengar kaw2 sale waktu Lazada Online Revolution pada 12.12.2017 akan datang. Pasti ramai yang akan check wishlist masing-masing dalam website Lazada. Adakah harga yang ditawarkan berbaloi dan lebih murah berbanding pada sebelum sale Lazada Online Revolution?

Yelah kalau nak shopping secara online ni kena lebih bijak survey. Berbaloi tak harga barang yang nak dibeli tu? Hasil review dari pembeli sebelumnya bagaimana?

Paling penting jangan lupa, baca betul2 description pada barang yang nak dibeli. Kadang-kadang gambar je nampak besar. Tapi barang dapat cinonet. haha…

Sebenarnya Lazada Online Revolution ini dah bermula sejak daripada 11 November sehinggalah 14 Disember 2017. Sales waktu 11 November lepas, cik tom memang tak sempat nak shopping apa-apa di Lazada. Next planning nak shopping untuk Online Revolution Sales yang 12 Disember 2017 punya. Harap2 semua barangan dalam wishlist cik tom sale kaw2. Barulah berbaloi2 nak shopping online kan. hihi…

Lazada Online Revolution

Pengalaman Kali Pertama Beli Barang Secara Online

Cik tom ni boleh dikategorikan shopaholic untuk pembelian barang secara online. Kalau beli kat kedai biasanya nafsu shopping cik tom lebih terkawal sikit. haha… Kalau nak diimbau kembali la kan. Tak silap barangan shopping pertama cik tom beli ialah produk kecantikan iaitu produk Clinique. Waktu tu cik tom share beli dengan kawan Jaa. Sama-sama beli trial pack yang Clinique. hehe…

Kat website Lazada pun ada jual produk kecantikan Clinique, boleh tengok kat >>Clinique.

Jenis Barang Cik Tom Suka Beli Secara Online Shopping

Cik tom ni tak kisah, semua jenis barang dah pernah beli secara online. Asal nampak berkenan di mata dan harga pulak lagi murah dari beli di kedai. Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. haha.. Barang untuk dekorasi rumah macam rak pun cik tom pernah beli secara online. Alhamdulillah setakat ni semua barangan secara online, cik tom beli berpuas hati dengan kualiti dan harga yang dibeli.

Waktu cik tom kahwin tahun lepas pun serba serbi jugak la persiapan kahwin cik tom order online je macam kad kahwin, doorgift, paperbag, baju bertandang, veil, tempah jahit baju akad nikah pun online. haha..

Terkini boleh dikatakan hampir 80% persiapan bakal anak cik tom semuanya dibeli secara online sahaja. Yelah nak beli just klik..klik mana yang berkenan. Then bayar dan tunggu je posmen datang pos ke rumah. haha..

Keseronokan Beli Barang Secara Online Shopping

Apa yang cik tom suka shopping online ni, cik tom boleh window shopping banyak kedai dalam satu masa yang sama. Contoh la kan nak tengok barang baby macam baju baby. Cik tom boleh tengok brand Anakku, Cuddles, Tollyjoy, Fiffy, Pureen, Baby Kiko, OKBB, Disney, Sesame Street, Master Baby dan banyak lagi dalam satu website Lazada je.

Boleh compare mana lagi comel, harga, free pos dan sebagainya. Kadang-kadang siap dapat voucher kod promo, dapat diskaun lagi barang yang dibeli. Cik tom bukan membuta je beli online. Bila pergi mall atau kedai, ciktom akan survey harga kat kedai juga. compare range harga berapa. Kalau yang berbaloi di kedai, cik tom beli kat kedai je. Cuma takdelah dapat compare banyak kedai kan.

Tapi seronoknya tak perlu lenguh nak jalan kaki pergi window shopping, jimat minyak kereta, jimat tol, jimat duit dan masa cari parking. haha.. Kebetulan dapat suami pun bukan rajin sangat nak shopping lama2. Pergi tuju tempat barang nak beli je. Lepas tu balik. Pernah pergi mall dengan dia sejam je!! Rekod paling singkat ciktom shopping. haha..

Antara Wishlist Barang Yang Cik Tom Plan Nak Beli di Online Revolution

Banyak wishlist cik tom tapi setakat ni semuanya barangan bayi. Yelah tengah excited nak tunggu baby keluarkan. Cik tom sekarang tengah study nak beli stroller baby dengan car seat baby. Tak habis study lagi. Tengah survey lagi brand seperti Sweet Heart, Sweet Cherry, Recaro, Sparco, Koopers, Halfor dan Joie. Kena tengok specification dan harga. Within budget ke idok kan?

Buat masa sekarang, cik tom punya small target yang barang bawah ni je. Cuma yang ni tak boleh pakai lama la. Estimate dari newborn hingga 2 tahun. Kalau baby jenis cepat besar ni maybe less than 2 years. hihi

1 set RM359.00. Offer dah bagus FREE POSTAGE!

Nak survey jugak boleh tengok sini>> Sweet Heart Paris.

Korang pulak macam mana? Suka shopping online tak?

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

6 thoughts on “Wow Bestnya Kaw2 Sale Lazada Online Revolution

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!