Pengalaman pakai kereta terpakai (second hand)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Cik tom nak share pengalaman pakai kereta terpakai (second hand) selepas cik tom dapat banyak pertanyaan mengenai kereta kelisa terpakai yang cik tom pernah beli pada Mei 2011. Okay ke kereta secondhand cik tom beli tu? Kereta banyak meragam tak sepanjang pakai?

Sebelum beli kereta terpakai atau secondhand, sila rajin-rajinkan diri korang baca —>>Tips penting beli kereta terpakai (second hand)

Pengalaman pakai kereta terpakai (second hand)

Cik tom beli kereta secondhand kelisa pertengahan tahun 2011 dan sekarang dah nak penghujung tahun 2015. Alhamdulillah sepanjang hampir 5 tahun menggunakan kereta terpakai kelisa cik tom ni memang tidak pernah meragam yang major kerosakan. Kalau meragam sikit2 tu biasa cik tom bawak pergi bengkel je. Betul2kan sikit2 je dan biasanya mekanik tu tak kenakan bayaran pun. Alhamdulillah. Hehe..
Pengalaman pakai kereta terpakai (second hand)

Kos maintenance pakai kereta terpakai (secondhand)?

  1. Sepanjang 2011-2013 hanya servis biasa anually. Sekali servis range in between RM80-RM300.
  2. Pernah 2X tukar bateri kereta pada 2011 dan 2014 kos RM180 & RM160.
  3. Pernah 1X pasang tinted ikut color kereta+uv pada 2012 kos RM150-ini upgrade untuk keselesaan je.
  4. Pernah 1X tukar timing belt pada 2013. Lupa kos tapi rasa dalam RM300-RM500 kot.
  5. Pernah 1X tukar 4 biji tayar (upgrade) & 1 biji (rosak terpijak paku-tak boleh tampal) pada 2014. Kos RM670 & RM150.
  6. Pernah 1X tukar alarm system pada 2014 kos RM100-ini upgrade sesuka hati je.
  7. Pernah 1X tukar suis automatik tingkap kereta pada 2014 kos RM60-ini ada hamba Allah pinjam kereta rosakkan.
  8. Pernah 1X tukar pelindung air hujan pada cermin & wiper (*rs dah 2x tp lupa) kos RM90-ini upgrade je.
  9. Pernah 1X tukar breakdisk tayar depan pada 2015 kos RM75-masalah bila tekan break ada bunyi nyaring.
  10. Yang lain-lain ialah servis sepanjang tahun macam biasa tukar minyak hitam, minyak break, balancing, alignment,aircond, etc.

Best ke pakai kereta terpakai (second hand) ni??

Kenapa cik tom siap tulis kos? Nak korang maklum pakai kereta ni jangan ingat nampak best je time bawak kereta sebenarnya banyak lagi kos yang kena tanggung untuk lifetime maintenance kereta after beli kereta.

Sebabnya ada kawan2 yang takde kereta selalu cakap untung la ada kereta boleh bawak jalan ke mana-mana. Kalau diorang ada kereta dah lama langkah panjang berjalan setiap minggu. Al-maklum cik tom kalau tak berjalan memang terperap dalam rumah je. Nak jalan-jalan pun kena ada ongkos minyak dan tol dik. Kalau sekali sekala okay la. Tiap minggu mau sengkek hujung bulan. Hihi..

Cuma yang jadi sakit sikit tiba2 kalau time nak servis kereta itu lah bulan yang sama juga korang nak kena renew insurans kereta. Pastu time tu jugak rayanya. Sebab roadtax cik tom renew bulan 7 or 8.

Awal-awal dulu pakai kereta cik tom tak pandai nak manage lagi. Pening kepala jugak. Sekarang dah tau awal-awal lagi sediakan terus tabung emergency +insurans kereta.

Jom baca: Panduan Lengkap Penjagaan Kereta

Ada juga tanya pendapat cik tom better beli kereta baru ke kereta terpakai? Pendapat cik tom semuanya bergantung kepada kemampuan kewangan dan komitmen korang. Kalau kewangan okay dan mampu bagi komitmen untuk bayar hutang kereta baru 7-9 tahun.

Malas nak fikir beli kereta terpakai yang banyak possibilty rosak. Sebaiknya belilah kereta baru je. Kalau tak mahu berhutang, belilah kereta terpakai mengikut kemampuan masing2 ye.

Terima kasih luangkan masa membaca Pengalaman pakai kereta terpakai (second hand)!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

23 thoughts on “Pengalaman pakai kereta terpakai (second hand)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!